Mesti ada yang tertanya kan kalau dah rindu kenapa tak pegi mahkamah buat hak penjagaan untuk pengetahuan aku sendiri pun tak tau patut ke tak aku buat,

Assalamualaikum. Min, min hide profil ye. Nak mintak pendapat semua, mungkin khilaf aku masa becerai dulu. aku masih percaya dengan kata2 ex kerana sayang 2 masih ada. kami bercerai d atas kerelaan masing2, kami di anugerahkan 2 orang anak, 1st lelaki 2nd perempuan. masa becerai aku tak fail kan hak penjagaan anak kerana percayakan kata2 ex, ex mintak kami ambil salah sorang anak, bila nak jumpa nak keluar bila2 masa pun blh ambk tapi semua tu tipu.

Bila aku nak ambk si abang je dia tak bagi macam2 alasan dia bagi tak besedia la apa la, dan dia tak penah tanya langsung pasal anak ke2 saya. hm sampai satu tahap aku redho bila ramai jiran2 becakap yang dia pandai jage anak, anak ko tejaga elok terurus semua, aku pun fikir tak pela tak nak ganggu janji anak terjaga. sekarang masing2 dah kawin dan dah ada anak dengan pasangan masing2. Sebenarnya aku rindu anak aku terlampau rindu bila aku cal dia tak nak jawab bila wasap gambar anak je dia bagi. tak pela sedap kan hati tak nak ganggu emosi anak. Janji anak bahagia. gambr jela pengubat rindu di hati.

Mesti ada yang tertanya kan kalau dah rindu kenapa tak pegi mahkamah buat hak penjagaan. aku sendiri pun tak tau patut ke tak aku buat, kalau aku buat adakah aku pentingkn diri memandangkan anak dah membesar dengan dia, mungkin aku pun dia tak kenal, rasa hanya aku yang tau. sampai laa bulan 1 atau bulan 2 hari tu bila last aku mintak gambr anak sebelum dia block aku dia bagi alasan gambar anak tak ade la itu la ini la. Sampai aku ug ut nak buat kes mahkamah baru dia bagi gambar.

Anak aku yang sulung dah 10 tahun. masa 2 dah rasa lain tapi tetap positifkan diri lagi, masa terdetik di hati tak pela tak nak kacau dah dia dengan anak, janji anak dah bahagia, bukan nak lepas tangan tapi dia langsung tak nak bekejasama dengan aku soal anak. Tak nak berhubung dan tak nak bagi aku tau apa2 perkembangan anak. hm. tapi pada masa aku tekad untuk tak nak ganggu dia dan anak ,aku scrol kat fb aku nampak gambar budak lelaki yang dah di blurkan muka mewakilkan seseorang untuk memohon bantuan untuk bersekolah di sekolah agama, mase ni aku tau ni anak aku walaupun muka dah di blurkan.

walaupun dah terpisah hampir 7 taun. terus aku start kete pergi cari maklumat dan yes itu anak aku, sekarang dia susah dia dalam kategori keluarga asnaf aku wasap dia mintak anak aku blik aku nak jaga umah aku dengan tempat tinggal dia tak jauh. Aku kate ko nak datang amek anak bila2 pun boleh tapi mengamok dia kate kenapa aku kacau fmly dia. Apa aku nak buat sekarang? Family ex husband tergolong dalam keluarga asnaf, hari2 di beri sumbangan makanan, aku bukan pandang hina pada ex husband.

Aku kate dekat ex husband takpe anak biar aku jaga ko uruskan wife dan anak ko dulu, wife dia tekena penyakit misteri susah untuk begerak, anak istimewa, aku nak mudahkan jalan dia, biar aku jaga anak2 aku bagi belajar bukan aku kate aku orang senang tapi in syaa allah untuk anak aku masih mampu. ‘.tapi dia tak nak dia terus block aku. Aku tak tau apa yang aku boleh buat, tolong bagi pendapat untuk aku. aku ada tanya peguam kalau aku nak buat hak penjagaan tapi peguam kata susah sebab anak dah besar, takut nanti anak tak nak dekat aku, aku pun tak pasti anak kenal aku lagi tak , dah dekat 7 tahun tak jumpa. ALLAH. bantu aku kawan2

2 thoughts on “Mesti ada yang tertanya kan kalau dah rindu kenapa tak pegi mahkamah buat hak penjagaan untuk pengetahuan aku sendiri pun tak tau patut ke tak aku buat,”

  1. hey there and thank you for your info – I have definitely
    picked up something new from right here. I did however expertise several
    technical issues using this website, since I experienced to reload the web site a
    lot of times previous to I could get it to load properly.
    I had been wondering if your hosting is OK? Not that I’m complaining, but slow loading instances times will
    very frequently affect your placement in google and could damage your high quality score if ads and marketing
    with Adwords. Anyway I am adding this RSS to my email and
    can look out for a lot more of your respective exciting content.
    Make sure you update this again very soon..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top