Assalamualaikum semua. saya cuma nak berkongsi kisah saya dengan semua. Saya dah berkahwin selama 13 tahun dan dah ada anak.. dan suami saya pon dah berkahwin lagi. memang sedih sangat2. pada mulanya suami nak lepaskan saya.. dan dia pun pon taknak bermadu. dan saya pon ada mintak dilepaskan tapi Oleh kerana rasa sayang saya pada suami melebihi dari rasa marah, saya merayu2 pada suami dan pujuk kekasihnya supaya terima saya dalam perhubungan dieorang.
Alhamdulillah. suami berubah pikiran dan terima saya.. saya sangat bersyukur kepada ALLAH kerana dengan izinNYA masih ada lagi jodoh saya dengan suami.
Walaupun saya bukan lagi isteri yang terbaik untuk suami. Tapi saya akan buat yang lebih baik dari dulu. Sebab apa yang berlaku pon memang salah dari diri saya sendiri juga. Saya yang tak pandai menjaga suami. padan la dengan muka saya ni, suami bg madu.
Suami saya sangat baik. Dia tak pernah pon naik tangan, jentik pon tak pernah. kalau gaduh biasa tu adalah. Adatlah berumahtangga kan.. sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pulak suami isteri..kannn sebab tu la saya sangat syanggg pada suami. Takdir saya dh tertulis utk bermadu. Siapa la saya tuk menidakkan takdir drNYA.
Saya banyak dengar ceramah agama tentang hidup bermadu ni. kalau nak hidup lebih tenang, mestilah byk2 bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. dan kalau nak Senang masuk syurga, ikut cakap suami selagi tidak melggar hukum Islam. dan buat lah suami bahagia.. itulah yang saya buat sekarabg ni.. Alhamdulillah. Memang saya rasa lebih tenang. in Shaa Allah saya akan terus bersabar, kuat dan tabah menghadapi ujian mendatang.
Saya tidak akan memikirkan perkara2 yang negatif yang boleh merunsingkan pikiran.. saya akan pikir perkara yang baik2 je. kalau ada terdetik rasa tidak puas hati ke. Saya cepat2 ingat ALLAH. dan buang jauh2 perasan tu.. Saya akan berusaha untuk menjaga keharmonian rmhtngga kami. Saya turut rasa gembira jika suami saya bahagia. Saya dengan isteri ke2 suami sangat2 baik. Saya sangat bertuah kerana dapat “kawan” yang sgt baik.
Saya berharap semoga kami berdua sentiasa baik hingga ke akhir hayat. biarlah smpi orang caakp kami ni adik beradik. pon takpe.. Terima kasih kepada suami kerana saggup lagi menjaga saya walaupun dia tidak berapa mampu. Semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah kepada suami. terima kasih juga kepada maduku kerana bole terima saya dalm perhubungan dieorg dan sanggup “bermadu”..
Saya sentiasa berdoa semoga keluarga kami ni akan hidup bahagia dan harmoni hingga ke akhir hayat. dan ikatan perkahwinan kami ni akan berkekalan juga hgga ke akhir hayat kami. IN SHAA ALLAH. Inilah serba sedikit..kisah saya yang saya nak kongsikan.. walaupun tak semua saya ceritakan..maaf jika ayat tak berapa cantik. tak pandai nak karang. tapi ni kisah benar saya. Terima kasih admin.. Assalamualaikum