kalau suami kerja outstation dia mesti akan bawa saya bersama kadang saya cakap la bawa la akak sekali madu alasannya anak2 tuisyen la belajar online la

salam min, mohon hide profil saya. saya isteri no 2. saya buat confess ni di luar pengetahuan suami dan madu saya. saya berumur 26 tahun manakala suami saya 37 dan madu saya 38. saya tinggal di kl, suami dan madu tinggal di puncak alam. saya tiada masalah pape alhamdulilah hubungan saya dan madu baik2 sahaja. cuma masalah suami saya ni. dia memang tak makan nasi kalau madu saya masak. sampai madu mengadu kat saya yang suami tanak makan nasi atau pape yang dimasak madu saya. alasannya sebab nak jaga badan sebab dia main futsal dan gym.

Yang pelik time dengan saya letak la nasi banyak mana licin dia abiskan. saya kesian dengan madu saya. saya ada tegur suami pasal ni tapi dia cakap ya nanti dia makan nasi tapi sebaliknya madu saya cakap. kalau suami kerja outstation dia mesti akan bawa saya bersama kadang saya cakap la bawa la akak sekali madu alasannya anak2 tuisyen la belajar online la padahal boleh je nak bawak. saya serba salah dengan madu saya. yelah sbb dia benarkan saya berkongsi kasih kira besar pengorbanan dia. dan lagi 1 masalah suami terlalu cemburu kan saya.

Berapa banyak kerja da saya tukar kes suami tak bagi ada rakan sekerja lelaki. tapi madu tak tahu pasal ni. madu ingat saya memang suka kerja kejap pastu berhenti. suami akan ws saya vc dan call tiap jam. kalau saya tak jawab atau lambat balas mesti akan jadi gaduh. lepastu suami banyak tipu madu saya cakap kerja balik lambat la tengok bola la main futsal la padahal hari2 dia dok berkepit je dengan saya. saya tanak la terlibat tipu madu saya jgak. saya pening memikirkan benda ni.

kadang geram jugak. saya baru berkawin 2 tahun manakala madu dan suami da 12 tahun kawin. mereka ada 2 orang anak. saya dan suami belum ada anak lagi. mcm mana saya nak buat suami saya supaya dia boleh seimbangkan masa dengan saya dan madu. nafkah zahir batin mmg cukup untuk madu dan saya. cuma itu la masalahnya. saya takot madu akan fikir saya bukan2. bagi pendapat. terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top