Paling aku sedih kandungan aku 3 bulan aku mimpi macam2, mimpi pocong dan mimpi mayat sampai tidur malam aku jadi kepanasan bila bukak surah ruqyah pun aku jadi mengamuk

salam sejahtera admin & krt. mohon hide profile ye. aku sekadar ingin berkongsi cerita dgn semua ttg pengalaman hidup aku. sudah 4 tahun aku berkawin & ada seorg anak. cerita waktu aku sedang mengandung subahanaallah banyak betul dugaan yang aku terima, dari mula mengandung sampai akhir apa yang aku mengidam aku sanggup tahan dan beli sendiri sedangkan saat itu aku ingin bermanja dengan suami. suami aku sedikit pun tak tanya aku nak makan apa (kata pendek buat2 tak paham) orang tua aku lagi la sepanjang aku mengadung tak tanya apa2.

Paling aku sedih kandungan aku 3 bulan aku mimpi macam2, mimpi pocong dan mimpi mayat sampai tidur malam aku jadi kepanasan bila bukak surah ruqyah pun aku jadi mengamuk. aku mengadu dengan suami aku tak tahan macam ni hari2, respon dia hanya mampu dengar dan tak menolong langsung aku iktiar jumpa ustaz or buat apa yg patut. Setiap kali bangun tido aku jadi penat tapi aku tetap kuatkan semangat hidup kerana allah dan cari duit kerana allah juga.

Letih tu hanya tuhan yg tahu, yela kawan2 aku yg lain mengandung steady je tak ade kaki bengkak & mimpi bukan2 seteruk aku. aku ni sampai pi kerja pakai selipar suami tau, boleh bygkan tak kaki saiz 9 bertukar jadi saiz 11. tu baru 3 bulan punya cerita. masuk kandungan aku 7 bulan aku kerap mimpi yang bukan2 sampai tiap2 hari ada pelesit dekat pagar rumah, asal dengar azan je aku terus tido tak kira la azan zohor ka, asar ka confirm badan terkunci untuk pi solat.

Suami aku tetap buat2 tak tahu sampaikan aku mengadu dekat kawan2 itu cara last aku untuk luahkan semua terpendam mereka terkejut terus bawak aku tempat syifa buat rawatan susulan .. aku tak suka nk bercerita personal dengan orang luar sebab malu. tapi time tu aku kerap sangat sesak nafas dan tido dekat office takot gak officemate mengata belakang lalu aku terus terang je la bila ada yg menanya alhamdullilah aku tak sangka kawan2 aku ni betul2 hati jernih.

Hari2 tanya aku mengidam makan apa bia mereka yang belikan sebab kaki dah bengkak yang amat sampaikan ada yang sanggup nak amik dan hantar aku pi kerja sebab tak sanggup tengok aku memandu. aku kira beruntung part kawan je la.. part suami aku leleh air mata hari2. kerja rumah satu benda tak tolong, cuci toilet lagi la pemalas sampai aku tergelincir dlm toilet tu, penah sekali waktu magrib aku penat sangat sampai jatuh tangga depan dia, syukur time kandungan aku tak apa2. aku ni kandungan sampai 37 week kene urusksn semua benda sendiri padahal ank sama2 ni. org tua aku lagi la tak amik peduli.

Aku ni kira malang sikit, orang nak berbaik dgn aku time aku duit berkepuk dan sihat je. time tengah sarat atau sakit orang orang keliling lari tak amik peduli. aku pun tak tahu kenapa tapi aku perasan semua ni masa mengandung satu org pun tarak tolong termasuk la suami.. barang baby dari a-z duit aku sampainkn bil hospital pun duit aku. duit kumpul aku dlm card bole bertukar jadi duit suami aku untuk bayar kereta untuk bulan tu. tengah berpantang pun aku rasa hancurnya hati aku bila kenang kan balik duit tu mengalir macam air sedangkn aku baru 3 hari berpantang perlukan duit banyak untuk buat itu ini.

Masa aku berpantang lagi la koyak mental aku suami aku bole cakap tak tahu nak buat ape. yela dalam masa yang sama aku ada masalah berpantang 3 hari badan aku lebam2 tak boleh tido malam dan anak menangis macam rasa sesuatu yang kacau . asal pejam mata je kaki , pehe aku kene libas bercalar jugak la bdn aku. aku menangis2 mengadu dengan orang tua aku dan suami.. sorang pun tak tolong wei sampai aku mintak tolong orang luar sekali lagi. Siksanya lagi bila jahitan bawah tu terkoyak balik sampai berbau bangkai, anak menangis sepanjang malam, suami tido buat2 tak dengar.

Kau tak tido 3 hari dan menangis tenung muka anak yang melalak sebab pergerakkan terbatas serta kene telan ayat mereka cakap “itu perkara biasa semua orang bersalin macam tu ” gugur air mata aku macam tu ke ahli keluarga sayang keluarganya sedangkan bila orang lain susah sanggup tolong sampai gadai nyawa tapi bila darah daging susah buat2 tahu je siap cakap mengada. hari ke 12 aku berpantang dengan orang lain yang hati betul2 baik merawat aku sampai aku aktif 40%.. pantang aku dijaga , waktu tido malam ku tenang nikmatnye hanya allah yg tahu.

Aku bersyukur masa tu aku sempat selamatkn diri aku dari meroyan. sikit je lagi nak kene. amik masa jugak la aku nak sembuhkn yang jahitan terbuka sampai isi punggung aku busuk dan berlubang. 6 bulan baru sembuh. 6 bulan jugak la aku duduk menyengget tahan sakit punya pasal. lepas je abis pantang aku semua family aku sibuk nak cium anak aku cakap mereka la yang jaga waktu dalma hari.. ya allah aku time tu tak dapat nk kawal perasaan marah. semua benda aku lepaskan. aku sindir semua orang sampai diorg tutup mulut ..

Aku harap sangat kepada semua pembaca terutama sekali para suami. tolong la jaga isteri tu macam jaga kereta dan nyawa anda sebab isteri itu kunci rezeki bagi suami, jangan la mempergunakn isteri masa senang dan berseronok sahaja. niat awal2 kawin kerana allah bukan kerana nafsu ..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top