Apa yang saya sedih sangat baru2 ni saya ternampak kat fon suami dia screen short pic lama dia sekeluarga dari fb dan bagi saya

Salam min hide fb saya. Deritanya saya bila suami masih rindu dan nak kawen balik dengan bekas isteri dia. Lebih sakit bila saya nak berpisah dengan suami tapi tak boley.. saya akan jadi mcm gila talak. Saya menangis mcm kena histeria. Padahal dulu saya pernah bercerai dengan suami pertama tak ada setitis pun airmata saya yang tumpah tapi dengan suami yang ni saya macam orang gila bila nak berpisah dengan suami.

Bekas isteri suami label saya perampas. tapi dulu dia yang suruh saya kawen dengan suami tapi bila kami dah kawen dia buat perangai tak nak bermadu dan akhirnya dorg pun bercerai dan mula dari situ bekas madu saya mula canang keburukan saya dan hasut anak2 jugak sedara mara sebelah suami bencikan saya tuduh saya bomohkan suami. kata saya cuma nak kikis harta. Allahu kenapa hati dia tergamak tuduh saya macam2 sedangkan dia sangat alim bertudung labuh dan pergi ke mekah 2 kali dah. Dia tak pernah mengaku dia yang nak pinangkan saya untuk suami tapi alih2 dia kata saya rampas suami dia.

Dan suami saya pulak cuba berbaik dengan anak2 lebih dari dulu sebab tidak mahu orang cakap dia cuma gilakan bini baru sahaja. api nampaknya smpai terlebih2 hingga sembunyi2 dari saya dan beberapa kali kantoi rupanya dia nak berbaik dan nikah semula dengan bekas isteri. tapi bila bekas isteri dia tahu kami masih suami isteri dia mengamuk lagi suruh suami ceraikan saya. katanya dia tak nak bermadu dengan saya.

Dia tak bagi anak2 dia dekat dengan saya sbb saya perempuan kotor dan suami pun ikut cakap dia sebab tak nak berpisah dengan anak. kalau tak dia tak bagi jumpa anak2. suami punya ikut cakap dia. saiko otak suami supaya ikut kata dia. Apa yang saya sedih sangat baru2 ni saya ternampak kat fon suami dia screen short pic lama dia sekeluarga dr fb dan bagi saya. Saya rasa suami terpaksa jer kawen dengan saya sedangkan dia masih nakkan bekas isteri dya tapi sebabkan bekas isteri dia degil taknak bermadu suami terpaksa pendam perasaan dia dalam hati.

Tapi saya perasan suami dah lain dengan saya.. sekaramg dia suka maki hamun saya hina saya dengan anak2 saya sebabkan kami asal orang susah. macam2 perbezaan dengan anak2 suami. Ikuntukan hati ni dah hancur lebur dengan kata2 suami tapi saya hairan saya tak boley hilang dia saya tak boley nak lupa dia saya akan jadi histeria bila tak dengar suara dia. Apa saya nak buat…hati dah berbelah bagi tapi saya tak dapat buat apa2 keputusan sebab semuanya akan rosakkan diri saya sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top