Paling menyedihkan malam itu bertapa terkejut nya aku melihat gambar isteri bersama dengan lelaki lain didalam kereta aku

Kehidupan rumah tangga aku, Aku dah berkahwin selama 5 tahun.. Aku ada seorang isteri dan 2 orang anak.. Seorang lelaki dan seorang perempuan.. Dlm tempoh perkahwinan kami, mcm2 ujian dan rintangan yang terpaksa aku hadapi.. Kami selalu bergaduh dan tidak sefahaman antara satu sama lain…

Selepas berkahwin kami tinggal dirumah ibu mertua aku… Pada masa itu aku baru berumur 23 tahun dan isteri aku 21 tahun.. Dengan ekonomi yang belom stabil dan isteri aku jugak mohon untuk tinggal bersama ibu bapa dia untuk sementara waktu disbb kan dia belom bersedia.. Aku turut kan dan tinggal bersama mertua aku..

Hampir 3 tahun aku tinggal bersama mertua aku.. Dan selama itu, aku cukup menderita.. Isteri aku jadi tidak hormat pada aku, bercakap dengan menyindir2 aku dihadap keluarga dia, keluar tanpa izin aku, apa keluarga dia ckp dia akan terus ikut tanpa bincangkan apa2 dengan aku, sampai kan balik ke kampung tidak berbincang dan tanpa keizinan aku..

Bukan sekali tetapi lebih 3 kali.. Dan  Setiap kali kami bergaduh, dia akan mintak cerai, lebih beribu kali dia mintak cerai.. Sampai kan masalah kecik pon di besar kan dan dia mintak aku cerai kan dia… Aku masih waras dan masih ade akal untuk berfikir.. Aku kawal marah aku, aku tenang kan diri aku..

Disebabkan masalah mcm ni, aku mula rase marah dan panas bila nak balik ke rumah… Hinggakan setiap hari aku balik kerja aku akan pergi melepak dengan Kwn2 dikedai2 sekitar kawasan rumah aku hingga lewat malam.. Aku simpan hingga ia jadi dend4m.. Apabila aku selalu balik lambat hingga lewat malam, isteri aku makin marah dan kami makin kerap bergaduh.

Hingga isteri aku berkali halau aku  dari rumah mertua aku, sampai sanggup ambik kain baju aku letak didalam plastik s4mp4h buang dihadap pintu rumah… Aku malu, aku malu dengan keluarga mertua aku..Aku tetap sabar, ini memang salah aku sbb selalu keluar lepak hingga lewat mlm.

Tapi bila aku dirumah, aku mcm tunggul, mcm x ujud dalam rumah itu.. Aku sedih, hampir setiap hari aku berfikir.. Apa patut aku buat, untuk kembalikan keceriaan dan kebahgiaan dlm rumahtangga aku.. Aku buntu…

Aku rujuk pada ibu aku, apa patut aku buat.. Ibu aku selalu berpesan apa2 masalah itu ujian dan asam garam dlam berumahtangga.. Sebagai lelaki, aku harus bnyak kan bersabar dan harus didik dan bentuk keluarga sendiri.. Setiap masalah ada jln penyelesaian.. Fikir dalam keadaan tenang, kawal marah.. Insya Allah semua nye akan selesai..

Disebabkan aku sentiasa ingat pesan ibu aku.. Aku dpat bertahan hingga ke hari ni… Dan selepas 3 tahun dirumah mertua, kami berpindah dan sewa dirumah lain.. Tetapi Baru2 ini, ujin yg betul2 berat bagi aku dan tidak sanggup aku pikul… Pada May 2022, aku balik kerja dlm pukul 8 mlm.. Tiba dirumah aku tngok rumah aku kosong tiada orang.

Aku pergi ke rumah mertua aku, tiada orang.. Lalu aku terus ke rumah opah isteri aku.. Sampai aku di sana, aku lihat anak2 aku bersama mertua aku disana.. Aku tanya kan mane isteri aku.. Mertua aku berkata dia keluar sekejap.. Aku terus call isteri aku tidak berangkat.. Aku terus call berkali2, tiba2 dia cancel kan call aku.

Aku jadi pelik.. Tiba2 dia whatsapp aku, dia ckp dia ade dekat rumah kwn dia ade open House, dan xboleh angkat call sbb bising kat sini..Aku jadi pelik, alasan yg dia bagi tidak masuk akal.. Aku buat video call dia tetap tidak angkat dan cancel kan call aku.. Aku jadi marah, aku terus whatsapp dia :

tidak kira kau kat mane, aku tahu kau balik sekarang.. Dalam masa yang sama, aku berdoa dan memohon pada ALLAH S.W.T, jika isteri aku ade buat bende bukan2 atau tidak elok kau tunjukkan lah ya Allah.. Dlm 45 minit selepas itu bini aku balik ke rumah.. Dia balik dengan keadaan gembira, seolah2 tiada apa2 masalah berlaku..

Aku dlm keadaan marah, aku tidak bercakap sepatah pun dengan dia.. Aku diam kan diri dan bersabar.. Keesokan malam nye, pada pukul 2 pagi, anak lelaki aku terjaga nagis nak susu aku buat kan susu dan cuba tidur kan dia semula.. Tiba2 aku terpandang hp isteri, dan aku tergerak hati untuk ambik dan check..

Aku buka whatsapp dan check, tiada apa2 yg pelik.. Tiba2 aku teringat isteri aku suka bergambar tidak kira di mana pon.. Jadi aku buka gallery hp dia.

Paling menyedihkan malam itu bertapa terkejut nya aku melihat gambar isteri bersama dengan lelaki lain didalam kereta aku.. Siap berpelokkan hingga gambar berc¡um mulut kat situ.. Allahuakbar, berderau d4rah aku YA ALLAH. Aku cuba tenang kan diri aku dan ingat Allah S. W. T.

Aku hantar gambar tu ke hp aku.. Aku check semua gambar2 yg ade.. Ade 2 masa dan tarikh berlainan dia  jumpa lelaki itu.. Aku kumpul kan segala bukti.. Aku tahan marah aku hingga siang hari.. Menjelang siang, aku call ibu dan ayah mertua aku untuk dtng ke rumah aku.. Setibanya ayah dan ibu isteri aku tiba, isteri aku pelik kenapa ibu dan ayah dia tiba2 dtng..

Lalu aku panggil mertua aku untuk duduk.. Lalu aku tanya semula pada isteri aku, kemarin dia ke mana dihadap ibu dan ayah dia.. Dia jawap masih sama, dia ke rumah kwn dia ade open House.. Lalu aku ambik hp dia dan buka gallery dan tunjuk kan gambar2 dia tadi.. Dan aku soal siapa lelaki ini.. Ibu dah ayah dia terkejut..

Tetapi isteri aku dengan tenang sambil senyum pada aku… Allahuakbar, bertapa pedih nye hati aku… Dia dlm status isteri orang, sanggup lakukan perkara sedemikian berzin4 di belakang suami, dalam kereta aku.. Sedikit rasa bersalah pon tiada di wajah dia.. Ibu dan ayah mertua aku hanya berkata keputusan di tangan kau..

Dan klu ayah, ayah dah cerai kan dah…Aku kuat kan semangat aku, aku teruskan bersabar.. Aku terus keluar dari rumah itu dan pesan pada ibu dan ayah isteri aku nasihatkan lah dia dan tlong ajar dia.. Aku terus keluar pergi ke rumah ibu aku…

Aku cari ibu aku untuk mintak nasihat, aku cerita kan hal ini ke ibu aku.. Aku x kuat untuk hadapi ujian ni.. Aku ade 2 orang anak yg masih kecil.. Tlong aku ibu.. Ibu iku cuba tenang kan aku.. Dia suruh aku banyak kan bersabar dan mohon pada Allah S.W.T untuk tunjukkan jln untuk selamat kan rumahtangga aku..

Ya Allah, apa salah aku, apa dosa aku.. Hingga isteri aku jadi sedemikian.. Aku kerja siang mlm dari nafkah untuk keluarga aku.. Setiap bulan aku gaji, aku selesai kan semua… Hingga baru pukul 9 pagi tadi gaji, pukul 1 tangah hari duit gaji aku hanya tinggal rm 150 sahaja..

Bayar segala keperluan, kereta, barang anak, nafkah isteri dan sebagainya.. Dan rm 150 itu jugak lah aku nak buat belanja hingga bulan akan dtng.. Sedikit pon aku x pernah merungut.. Yg penting anak2 aku cukup pakai dan mkn.. Hinggakan aku nak beli air pon duit x cukup, tekak aku terlalu haus.. Hingga aku terpakse minum air paip dalam tandas..

Kau dah cuba sebaik mungkin untuk keluarga aku..Selepas 2 hari aku cuba tenangkan diri aku, aku mohon pada Allah SWT untuk kuat kan aku hadapi ujian yang dia beri.. Dia dengar nasihat dari ibu aku.. Apa2 keputusan di tangan aku, pandangan muka anak2 kau..

Dan cuba maafkan beri peluang sekali lagi pada isteri kau… Bertapa sukar nya aku nak melupakan gambar yg aku dah lihat.. Bertapa sukar nya aku nak lupa apa yg dah isteri aku lakukan kat aku.. Mcm mane aku nak bersama isteri aku semula dengan masalah ini semua..

Aku berdoa, aku mohon YA ALLAH, klu jodoh aku dengan isteri aku masih panjang, kau kuat kan aku.. Berikan lah aku jln yg betul.. Berilah aku pertunjuk dan hidayah mu yg Allah.. Aku kuat kan hati aku, aku melangkah balik ke rumah.. Sampai aku kat rumah, anak2 aku terus lari peluk aku..

Bertapa sedih nye aku melihat anak2 aku yg masih kecil.. Aku terlalu sedih YA ALLAH.. AKU TIDAK KUAT UNTUK BERPISANG, APA AKAN JADI PADA ANAK2 AKU NANTI.. MCM2 AKU BERFIKIR..

AKU KUAT KAN HATI AKU, AKU PANGGIL ISTERI AKU.. AKU MINTAK DIA CERITA KAN SEMUA.. DIA MEBERI TAHU AKU DIA KENAL LELAKI ITU DI TIKTOK, DAN DAH KELUAR 2 KALI DENGAN LELAKI ITU..
AKU MINTAK NO HP LELAKI ITU, DIA CAKAP DAH BUANG DAN DIA TIDAK ADA APA2 HUBUNGAN DENGAN LELAKI ITU..

Mcm2 soalan aku tanya, tetapi aku dpat rasakan  tidak semua nya betul dari mulut dia.. Dari 100%, hanya 1% sahaja yang betul..aku cuba kuatkan semangat aku.. Aku cuba untuk lupakan semua ni, aku maaf kan dia walau berat dan aku tetap tidak reda dengan perbuatan dia.. untuk aku lupakan ini semua demi anak2 aku.. Aku harus kuat..

Dlm masa yg sama, Aku call Kwn2 terdekat aku untuk tlong cari lelaki ini.. Dan aku hanya ckp lelaki ini hutang aku x bayar.. Aku cuba jaga aip keluarga aku.. Setelah berhari2 mencari, aku tidak dpat berjumpa lagi lelaki ini.. Dan aku terus mencari hingga ke hari ni.

Selepas isteri aku mohon maaf, aku CUba maaf kan dia, dan cuba lupa kan semua ni.. Aku cuba ubah perangai aku, aku abis kan masa aku bnyak dirumah, bawak keluarga aku keluar berjalan.. Dan kehidupan kami semakin pulih dan baik semua… Tatapi pada bulan june 2022, aku balik dari kerja jam 9 lebih kerana aku kene kerja lebih masa..

Aku balik isteri dan anak2 aku tiada di rumah.. Aku call isteri aku, dia angkat dan jawap ade dirumah mertua aku.. Aku suruh dia balik.. Aku terus masuk bilik air mandi dan mkn.. Semasa aku sedang mkn isteri aku pon balik.. Tetapi dia balik seorang diri.. Aku tanya mana anak2, dia jawab anak2 xnak balik.. Nak tido umah mertua aku..

Aku okey je lah, tiada anggap apa2 yg pelik..Selepas aku mkn, tiba2 bini aku hidang kan aku segelas air.. Aku pelik, sbb air yg dia beri tadi warna nye pelik.. Aku tnye kan air apa ni.. Dia ckp ini air ubat.. Lalu aku baca bismillah dan terus minum..

Aku minum sedikit, tiba2 bini aku bersuara suruh aku abis kan air tu.. Aku jadi bertambah pelik, aku cuba abis kan air tadi.. Semasa aku minum, aku perasan di hujung dasar cawan itu ade serbok putih yg belom larut.. Aku jadi tertanya2 air apa isteri aku beri ni.. Aku kuat kan semangat aku, aku minum sampai abis.

Selang beberapa minit lepas tu, aku jadi mengatok.. Mungkin penat berkerja.. Lalu aku baring dan terus tertido… Hentah mcm mane aku tersedar, aku toleh isteri aku tiada di katil.. Aku jadi pelik, tiba2 aku nampak isteri aku mcm pelik di ruang tamu, dia ke sana ke sini, sekejap2 intai aku dalam bilik.

Aku jadi pelik apa yg dia tengah buat.. Aku terus kan pantau dengan buka mata sikit.. Tiba2 isteri aku hilang, masuk ke dlm bilik sebelah.. Aku terus bangun untuk melihat.. Bertapa terkejut nye aku, isteri aku sedang bersiap2 mekup.. Aku tanya kan kau nak pergi mane pukul 12 lebih mlm ni.

Dia terkejut melihat aku.. Lalu dia ckp nak keluar mkn dengan akak ipar aku.. Aku jadi marah, keluar mkn apa mlm2 buta.. Dengan kau sanggup keluar senyap2 tinggal kan suami kau sedang tido.. Aku terus suruh isteri aku masuk ke bilik.. Dia masuk ke bilik dan terus main hp dia.

Aku terus rampas Hp dia dan chek.. Tiba2 dia marah, dan mcm orang gil4. Dia menjerit2 cuba untuk ramp4s semula Hp dia.. Hingga sanggup b4ling barang kaca ke aku.. Nasib barang kaca tadi kene kat badan aku dan pecah.. Aku jadi pelik, kenapa dia jadi sampai mcm ni.. Dlm kami bergaduh, tiba2 ade whatsapp masuk.

Aku buka, nama yg keluar nama perempuan ( wani) dia tulis, awak kat mane? Jadi xnak keluar dengan sye.. Aku buka gambar whatsapp tu, bertapa terkejut nye aku lihat  gambar lelaki… Allahuakbar, x sampai 1 bulan dia dah buat hal semula.. Aku tnye siapa lelaki ini, dia jawap lelaki yg sama sebelum ini.

Aku betul2 x percaya, sampai tahap mcm ni kau sanggup buat dengan suami kau.. Sanggup beri ubat tido semata-mata nak keluar jumpa lelaki lain.. Allahuakbar.. Apa dosa aku YA ALLAH.. APA LAGI SALAH AKU YA ALLAH..  KENAPA ISTERI AKU JADI MURAH SAMPAI TAHAP MCM NI.

aku dah x sanggup nak tahan, tanggung semua bende ni.. Aku terus melangkah keluar rumah.. Hati aku hancur YA ALLAH.. tidak sampai 1 bulan, dia buat lagi.. Allahuakbar… Pedih nye hati aku YA ALLAH.. KLU AKU TIADA ANAK, AKU DAH TAK TUNGGU, DAH LAMA AKU PERGI…

Aku tetap bersabar, dan aku cuba pertahankan pernikahan kami ni demi anak2 aku dan aku harap isteri aku dpat ubah perangai dia dan bertaubat… Selepas berberapa bulan, kami sering bertengkar walaupon hal kecik.. Dia asip ckp aku xade masa dengan fmly.. Aku kerja siang, mlm aku niaga..

Dan tidak pernah sekali pon aku abai kan tanggungjawab aku dari zahir dan batin.. Badan aku letih, gaji aku x seberapa klu nak harapkan 1 kerja.. Nak x nak aku terpaksa lakukan kerja.. Untuk mencari rezeki untuk anak dan isteri aku.

Ada satu hari tu aku balik terlewat sebab barang yg aku niaga stok baru sampai so aku perlu buka dan susun.. Dia whatsapp aku marah.. Dan sekarang isteri aku mengandung.. Aku faham dia letih, tapi aku x cukup masa untuk bersama mereka.. Dan nak tumpu kan perhatian dekat dia..

Aku tahu itu salah aku, tapi aku tiada pilihan.. Klu aku tidak meniaga aku x ade duit untuk rolling modal untuk kerja 1 bulan ke hadapan.. Aku dah terang kat dia.. Dia masih x boleh terima.. Dan asip tuduh aku melepak…

X fikirr anak bini.. Dlm pergaduhan mcm tu, ada satu perkataan yg buat aku terasa hingga ke hari ni, dia ckp pada aku lepas dia bersalin dia dah xnak hidup dengan aku.. Dan dia nak aku cerai kan dia..

Hati aku hancur,aku terlaku sedih.. aku dah cuba perbaiki dan cuba berusaha untuk pertahan kan rumah tangga aku.. Setiap perbuatan dia aku perlahan2 untuk lupa kan dan cuba maaf kan.. Aku sayang kan isteri aku, aku syg kan anak2 aku.. Skrng aku tetap usaha untuk pertahan kan rumah tangga aku..

Aku selalu berfikiran, klu betul jodoh kami x sampai, apa akan jadi dengan anak2 aku yg masih kecik2.. Ya Allah kuat kan hati aku dan tabah kan hati aku..

Dan sekarang aku hanya menghitung hari, dan menunggu apa akan jadi dimasa hadap.. Pada sahabat2 dlm group mohon beri sye sedikit kata semangat dan nasihat… Untuk sye terus dpt pertahan kan rumah tangga sye.. Bila sye teringat perkara2 yg dah berlaku hati sye jadi pedih, sakit dan kecewa. Admin mohon hide profil sye…
Luahan hati seorang suami…

3 thoughts on “Paling menyedihkan malam itu bertapa terkejut nya aku melihat gambar isteri bersama dengan lelaki lain didalam kereta aku”

  1. Hey! Do you know if they make any plugins to help with Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords
    but I’m not seeing very good success. If you know of any please share.

    Many thanks! You can read similar article here: Sklep online

  2. Good day! Do you know if they make any plugins to help with Search
    Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good results.
    If you know of any please share. Many thanks! I saw similar article here: GSA List

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top