Salam kak. Tolong hidden nama saya ye. Saya ada masalah lah. Saya dapat rasakan isteri saya ada boyfriend baru. Lately ni dia dah jarang pegang tangan saya dan Jarang nak bersama.
Saya nak gura usik-usik sentuh dia pun dia tak bagi. Nak pandang tubuh dia pun dia tutup-tutup. Dulu dia kerap marah saya kuat main handphone. Biasalah kak. Kerja saya ni memang menghadap handphone je.
Kena report sentiasa dengan orang atasan. Ada sahaja perlu dimaklumkan. Kekadang saya suka baca isu semasa di dalam fb. Tapi sekarang dah terbalik kak. Semua perangai yg dia marah saya buat, dia sendiri buat sekarang.
Kekadang saya perasan pukol 2am dia curi-curi berwhatsapp. Entah dengan siapa? Hari yang sama puk0l 4am dia sekali lagi buka whatsapp entah siapa dia whatsapp.
Sekarang ni isteri saya kerap bawa handphone dalam bilik mandi. Biasa hampir 15 minit diam dalam bilik mandi baru kedengaran shower berbunyi. 15 minit awal tu dia berwhatsapp dengan entah siapa entah subuh-subuh.
Tak kan whatsapp dengan kawan atau group office. Macam tak logik je. Hampir setiap hari macam tu. Kalau saya dan anak tengok tv di bawah, isteri saya kerap sangat main handphone kat atas dalam bilik seorang-seorang.
Saya tau dia tengah main whatsapp sebab saya multi-devicekan handphone dia tanpa dia tahu. Cuma tak boleh tau dengan siapa dia berwhatsapp.
Nak kata dia berwhatsapp dengan group keluarga dia tak juga. Masa dia online tu tak ada whatsapp dia masuk dalam group.
Now saya perasan, dia dah berani whatsapp dengan boyfriend dia di hadapan saya. Coz dia yakin saya je is yang tak nak amik tahu. Padahal saya ni orang yang sangat sensitif dan concern. Saya pura-pura bod0 je depan dia.
Dia simpan handphone dia dalam laci bilik. Kejap dia tengok maharaja lawak mega. Status dia offline (ada tercatat last masa dia online) kejap dia pi bilik air tetiba status whatsapp dia online.
5 minit dia ke tandas 5 minit juga lah online. Dan dan dia keluar balik tengok maharaja lawak mega, terus status dia offline balik.
Nampak sangat dia sedang merahsiakan sesuatu. Kekadang masa bersiap pi kerja pun tabiat dia mcm ni. Time dia bersiap di bilik solek, dia online, time dia keluar dia offline. Bila masuk balik bilik solek, dia online balik. Wow…
Perangai pelik terbaru dia yang saya dapat kesan apabila barang keperluan dapur habis dia sudah tak suruh saya beli. Dia sendiri beli. Selama ni mana pernah dia beli sendiri sepanjang kami berumah tangga.
Bila saya tanya nak ke mana? Dia cakap bak ke kedai beli gula lah, beli sayur lah… tapi sepanjang dia ke kedai, dia tak pula whatsapp saya. Tapi memanjang online. Jarang ke kedai dari rumah dalam 10 minit, dalam 10 minit tu lah dia memanjang online.
Baru-baru ni dia pi renew lesen di jpj pun dia pi sendiri. Dulu mesti ajak saya. Saya syak boyfriend dia duduk sekitar rumah saya lah. Diaorang berjumpa di luar untuk melepas rindu. Janji sekejap pun tak apa.
Kekadang bila dia balik, atau balik kerja saya bau, bau isteri saya lain macam. Macam bau lelaki. Tapi saya diamkan saja. Bau peluh pun ada juga. Confuse saya kak.
Sebenarnya apa dia buat dengan boyfriend dia kat luar? Buat ringan-ringan ye? Patutlah malam dah tak nak layan saya. Maybe dia dah janji dengan boyfriend dia, kalau boyfriend dia tak dapat, saya pun tak dapat.
Fuuuu… sampai macam tu sekali. Ni saya dah pasang tracker kat kereta saya semua termasuk yang dia pakai. Masa dia outstation 2, 3 hari saya dapat track dia memang ke lokasi hotel berkursus. Tapi dia tak tau, ada kawan dia seorang tu dah jadi kawan saya.
Semasa berkursus, diaorang kebetulan sebilik. Tapi masa di bilik isteri saya terlalu fokus berwhatsapp padahal masa tu dia bukan berwhatsapp dengan saya. Malam-malam dalam 12.30am dia keluar bilik seorang dengan alasan nak cari makanan jajan-jajan kat bawah.
Dekat 1.15am baru balik. Kawan dia syak dia menyelinap masuk ke bilik boyfriend dia. Boyfriend dia bukan 1 tempat kerja. Maybe diaorang berjanji nak jumpa di lokasi isteri saya berkursus.
45 minit hilang beli jajan, rasanya cukup untuk seorang lelaki menempiaskan nafsu. Bila habis berkursus, isteri saya kuat bersendiri dan dingin dengan saya. Tapi dia tak juga berperangai marah-marah. Cuma tak seceria dulu. Nak i tanya baru jawab.
Saya bukan tak bagi dia ada boyfriend kak, cuma janganlah sampai menyimpan benih boyfriend dia. Kalau dah tak tahan sangat, mainkan saja boyfriend tu guna tangan, jangan sampai mengadung anak lelaki lain. Bingung saya kak. Saya sayang isteri saya, saya tak nak berpisah.
Tapi saya masih tertanya-tanya. Bila saya tanya dia tak mengaku. Tapi banyak juga gerak geri dia yang terkantoi oleh saya.
Saya sedar, saya tahu dia bukan dara lagi sejak awal pernikahan lagi. Tapi saya tak mau ulang dan ungkit kisah dia. Dan sampai hari ni dia tak pernah jujur cerita kenapa dia tak d4ra lagi.
Perempuan kalau tak d4ra mesti dah pernah berzin4 sebelum kahwin kan kak? Saya sekarang ni rasa menyesal kenal dia dan kahwin dengan dia.
Orang tua-tua kata, kalau kita terima penzin4 sebagai isteri, lambat laun dia tetap akan ulangi perbuatan dia yang dulu. Menyesal saya kak. Tolonglah kak, apa perlu saya buat ni?