Assalam, admin. Hide profile saya
Saya seorang lelaki berusia 46 thn. saya mempunyai seorang anak hasil perkahwinan pertama. saya telah bercerai dengan isteri pertama 15 tahun yang lalu dan kini saya telah berkahwin dengan seorang balu beranak dua.
anak2 nya 8 dan 10 tahun. Saya seorang penyelia senior disebuah syarikat swasta. Gaji saya RM3800 sebulan. setiap bulan, saya bagi saguhati pada anak prmpuan saya rm400 dan pada menantu lelaki saya pula rm300 sebagai tambahan duit poket mereka.
dan jika ada lebih, baru lah saya bg RM800 pd isteri saya. ikut pd kemampuan saya , kdg2 rm700. duit tu termasuk keperluan dapur selama sebulan, lauk harian selama sebulan, jajan dan duit sek anak2 tiri, barang peribadi isteri (mekap,
alatan mandian, pakaian dan sebagainya), petrol selama sebulan utk hantar n amik anak sek n ke pasar je.
Ceritanya kelmarin isteri saya merajuk dan cakap duit saya bagi tu tak cukup kerana harga barangan keperluan semua nya naik mendadak.
Dia tak pernah merungut selama nie sebab dia tak tahu pun gaji sbnr saya 3.8k. Saya tak pernah izin dia tahu tentang gaji saya. Saya cuma bagi tahu dia yang gaji saya cuma 2k macam tu jer. Saya tak nak dia minta lebih2.
Saya nk dia berdikari. dia tak ada kelulusan. tapi dia ada juga cari duit poket dia sendiri , dia jual biskut2. Tak mungkin tak cukup. Soalan saya , apa pendapat para pembaca, kalau kena up lg , berapa yang perlu saya tambah?
Tak kan nak bagi 1000 pulak. Kalau kena kurangkan, saya akan bagi rm500 sebulan. T. Kasih admin dan semua. Salam. Lagi 1 admin saya fikir
Anak2 tu bukan dar4h daging saya. Jadi bukan tanggung jawap saya utk nafkah kan diorang. Budak2 tu masih ada nenek dan bapa saudara serta ibu saudara yang sepatutnya kena sara anak2 tiri saya tu.
Kira okay lah saya bg jugak duit sekolah diorang termasuk dlm 800 td tu