Hi admin. Mohon hide profile saya.
Isteri saya tak reti bersyukur. Saya dan isteri dah berkahwin selama 2 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata awal tahun ini. Semasa isteri berpantang saya lah yang menemankan isteri di sampingan Ibu Mertua saya. Tapi isteri selalu salahkan saya sebab dia masuk angin. Saya pon tak faham kenapa di salahkan saya dan minta untuk balik kampung bersama ibu mertua. Saya tidak benarkan Sebab saya dah ambil Cuti selama 3 minggu dan mmg berhasrat untuk menjaga dia sepanjang tempoh berpantang. Lagi pun ibu mertua dah ada kat rumah.
Saya sebagai suami penat layan karenah isteri. Saya mengemas umah, vacuum umah, mop umah, cuci baju baby guna tangan (Sebab nak ikut adat tak boleh nak basuh baju Baby guna washing machine Sebab takut baby akan liat bila dah besar.), memasak, bangun susu kan anak, mandikan anak dan semua kerja rumah saya buat. Dia still salahkan saya sebab tak jaga dia sebaiknya. Saya confuse.
Now bini dah kembali bekerja semula. Sejak PKP nih saya dibenarkan oleh majikan untuk WFH. Segala kerja2 rumah saya yang buat. Bini pula dah anggap saya nih sebagai pengasuh sepenuh masa. Even baby nak susu tengah malam pon saya yang buatkan. Isteri langsung taknak bangun. Dia bangun pon sekadar nak kejutkan saya je. Kejutkan saya dengan membaling bantal ke arah saya. Kerja remeh kat umah semua nak suruh saya walhal masa tuh saya tengah jaga baby.
Pernah sekali, isteri lupa bawa dompet dan dia cakap lapar tak makan lagi jadi saya sebagai suami kesiankan isteri yang tak makan. Saya pon masak laa. Dapat mesej, dia cakap nak keluar dengan kawan2 lepas kerja. Saya nasihat balik rumah dan jangan keluar Sebab dia tak bawa dompet. Dia pon balik rumah dan sampai rumah je, dia suruh saya masak air Sebab nak mandi (water heater rosak). Tapi saya abaikan sebab saya tengah jaga anak. Si isteri pon tarik muka dan lepas mandi terus keluar kata nya nak cuci kereta.
Saya cakap saya dah masak Kenapa taknak makan, dia buat tak taw je. Tak bersyukur punya isteri. Isteri saya macam dah take for granted dengan apa yang saya dah buat kat keluarga nih. Balik kerja selalu merungut penat tapi bila nak keluar dengan kawan2 penat tetiba hilang plak. Saya stress dan merajuk dengan isteri. Sampai sekarang tak bercakap dengan dia pon.