Assalamualaikum min. Hide kan profile aku ye min. Aku seorang isteri dan ibu kepada 3 anak dan tengah mengadung zuriat yang ke4. Alhamdulillah aku tahu kisah aku akan buat semua kecam habis habisan. aku redha. kisah aku bermula 4 tahun lepas apabila suami yang aku percaya mula curang saat aku mengandung anak ke3. Bukan sekali malah berkali kali kantoi selepas aku berjaya buka password fone yang selama ini mati2 dia sorok dr aku.. gambar perempuan b0gel tak pyah cerita berlambak dalam gallery dia.
Bila kantoi dia akan mintak maaf dan minta aku lupakan. masa tu aku redha tapi paling menyakitkan hati aku masa aku dlm pantang 2 kali lagi dia kantoi curang. saat itu kali terakhir dia kantoi curang dan dia betul2 mohon aku maafkan dia. Aku diam tapi dlm hati dah tawar..dan sudah timbul rasa dendam disitu bermula kisah hitam aku dari situ aku mula bersocial, mula berketrampilan menarik dengan niat balas dendam pada suami ku. Ya Allah tak dapat aku bayang bertapa jahilnya aku.
Saat itu aku mula bergaul dengan ramai lelaki, rasanya dalam tempoh 2 tahun aku sudah tidur dengan hampir 10 orang lelaki ya tuhan tolong la ampunkan aku. aku pernah ditangkap oleh suami sendiri dibilik hotel berdua duaan tapi masa tu kami memang tak buat apa apun tapi dosa tetap dosa. Tapi suami dengan ikhlas terima aku lagi tapi aku tak berhenti disitu aku tetap berhubung dan bersocial dengan lelaki2 lain. Suamiku??dia tak pernah salahkan aku. Dia salahkan diri dia kerana dia tau punca semua dr dia.
Tiba suatu malam aku rasa sayu tengok gambar anak dan suamiku. aku menangis. Bertapa aku terlalu jauh terpesong. Ya Allah ampun kan aku. Lepas dr itu aku tidak lg berhubung dengan mana2 lelaki lain biarpun suamiku kerja kecil dan pernah buat aku kecewa. aku kini redha terima. sekarang aku mengandung zuriat suamiku yang ke 4. Alhamdulillah kandungan br cecah 5 minggu. doakan kami semoga bahagia keakhir hayat ya.
Terima kasih Ya Allah. Kurniakan insan seperti dia utkku. Sampai sekarang dia taktahu aku pernah tidur dengan ramai lelaki perlukan aku bagitahu tentang semua yang pernah aku buat pada dia? tapi aku takut dia kecewa lg dengan aku. Dalam masa yang sama aku nak bahagiakan suami dengan ank2. Tanpa ada orang lain ganggu. Maaf jika penerangan agak bercelaru. berharap tidak ada isteri2 lain seperti aku. dendam memakan diri..