Assalamualaikum admin minta rahsiakan fb saya ya puan. Saya ingin luahkan.. Kami suami isteri diuji kesusahan sejak 2017 sampai sekarang. Selepas itu mak saya stroke lalu saya sepakat dgn suami hendak jaga mak dan ayah sekali duduk sekali. Ujian saya bertimpa dgn tiba2 mak tak sihat diuji dgn duit tak berapa ada.
Mertua suka salah anggap kata saya hasut suami tak bagi reply mesej tak bagi balik jenguk mereka sedangkan saya tidak pernah sekali tergamak buat camtu.
Ya saya dan suami tidak pernah bercerita pasal kesusahan kami kerana pernah awal perkahwinan kami suami memang pernah susah bila diluah atau hendak pinjam wang asyik mengeluh cakap tak ade duit kenapa susah kenapa tak cukup duit sedangkn mereka org senang.
Sebab itu saya dh set dekat otak saya susah cam mana pun jgn sesekali mintk pertolongan atau luah dekat mertua.saya selalu pesan dekat suami dan suami pun paham peel ibu bapak dia..
Bila sekarang ni kami susah kami diam saja sesekali telefon bila time raya kami tak dapat balik kami call dua2 tak angkat baik ibunya baik bapanya. Dan mulai syak saya yang hasut suami saya yang kongkong suami. berderai air mata sebab saya betul-betul kecewa.
Masa saya senang duit berlambak saya bukan kedekut setiap kali balik umh mertua saya bisik dekat suami jom beli barang dapur jom belanja makan mereka bagi duit dekat adik2 dia bagi duit dekat mak ayah dia.. saya bukan isteri yg tamak dan sekat hubungan anak dgn mak ayah dia.
Bila senang semuanya indah, layanan pun baik. Bapi bila allah uji saya susah baru saya nampak peribadian sebenarnya mertua saya. merungut masa menolong. Syak saya sebagai menantu yg tak baik.
Sampai suami agak kecewa. sebab dia tahu saya bukan mcm untuk hasut dia.adik-adik ipar saya kurang ajar cara diam. lalu depan tak hormat tak tegur sapa,tak salam waktu saya dtg umh mereka. Masa tu memang saya menitik air mata.tahan dan sabar.
Suami pun nampak semua tu dan dia pun diam tenangkan saya. kami tak pernah sesekali kurang ajar dgn mertua dan suami saya tak pernah kurang ajar dgn ibu ayahnya.
Kdg2 saya rasa ada hikmah tika saat susah allah nk tunjuk kt saya peel sebenar belah mertua saya. mereka ni alim disanjung oleh sana saudara belah mertua saya sebab mereka berwang dan alim. bagi mereka ibu bapa sentiasa betul dan anak sentiasa salah.
Saya juga ada anak saya rak letakkan saya sentiasa dipihak betul dan anak saya dipihak salah. kadang kadang saya juga pernah bersalah dekat anak saya dan saya meminta maaf begitu juga anak saya meminta maaf jika dia bersalah.
Tapi tidak mertua saya bagi mereka IBU BAPA SELALU BENAR! TIDAK PERNAH SESEKALI LAKUKAN KESALAHAN. Anak saja yg selalu buat salah.
Sampai pernah mereka berkata suami saya anak derhaka sedangkan suami saya seorang anak yang sangat baik. dia anak yang baik jika ibu bapanya memberi ceramah pasti dia diamkan sahaja. sesekali suami saya telefon ibu bapanya ingin tanyakan khabar terus mereka menghukum”br telefon apa la tak ingat mak abah, ingat skit syurga tu kt mana”
Sedangkan suami saya br sahaja hendak telefon bertanyakan khabar sebab br bayar bil telefon kene potong berminggu2. suami saya hanya diam dan bertanyakan khabar sahaja.
Kecewa memang kecewa saya tak pernah berdendam cuma selepas ini saya terus bawa diri mungkin saya tidak mahu lagi melihat muka mereka. tapi saya sudah pesan dekat suami, dia perlu sesekali balik menjenguk ibu bapanya dan bukn buat seperti saya. saya pesan jgn jadi anak derhaka. ada rezki duit balik sekejap jenguk ibu bapanya. tapi saya tidak. Saya akn terus bawak diri dan tidak akan bersemuka dengan mereka lagi.sebab kecewa saya kalini lain. tidak berdendam cuma nk jauhkan diri saja sebab saya tak mahu hati luka lagi.
Saya takkan sesekali sekat suami saya bertemu ibu bapanya. saya dh pesan diizinkan allah ada duit dalam masa terdekat ni saya akan suruh suami saya balik rumah ibu bapanya jenguk ziarah mereka.suami saya paham.dia tidak akan paksa saya sebab dia tahu saya kecewa sebab layanan saya dekat mereka masa saya senang sangat sangat baik saya tak kedekut saya beli belanja mcm2. tapi bila saya susah saya disalah ertikan. Kecewa sgt. saya tak dendam tetap saya doakan dari jauh semoga mereka panjang umur dilimpahi rezki selalu.
You really make it seem really easy with your presentation but I in finding this topic
to be really something that I believe I might never understand.
It sort of feels too complicated and extremely extensive for me.
I am taking a look ahead to your next submit, I’ll try to get the hang of it!
I like this site very much, Its a real nice
berth to read and receive info.!