Assalamualaikum dan salam jumaat kepada admin dan semua readers KRT. Terima kasih jika luahan saya ini disiarkan.. Yang baik jadikan pedoman yg buruk jadikan sempadan.
Saya kenalkan diri saya sebagai Tihah, berusia 31 tahun dari Utara tanah air bekerja sebagai Kerani di sebuah pejabat swasta. Cerita saya tidak la besar seperti yang lain tapi cukuplah memberi pengajaran kepada para-para isteri diluar sana.
Saya mulakan dgn terstalk ig seorang isteri dan ibu ini. Saya suka dgn kehidupan dia jadi saya terus follow dia menggunakan fake account di ig..
Kami seusia dia bekerja sebagai seorg guru. Anak2 nya tersangatlah comel dan bijak. Saya namakan dia sebagai Anna.
Anna berkahwin semasa masih belajar (kawen muda) Anna pandai menyanyi, sangat cantik pandai memasak, Pandai menanam pokok bunga.
kehidupannya sangat sempurna di mata saya. Suami Anna juga boleh tahan hensem dan romantik seorang org berpangkat di dalam bidang beruniform dan selalu berada di langit biru.
Semasa saya mengenali Anna mereka berdua PJJ.. setiap kali suami Anna balik ke rumah Anna akan update di Ig dgn gambar memasak dan kehidupannya bila ada suami disisi..
Saya tidakla cemburu cuma menumpang bahagia saja. Oleh kerana Ana selalu cerita tentang suaminya di Ig lama kelamaan saya pula yang terjatuh hati.
Diam diam sy cuba google nama suaminya yg unik dgn mudah saya mendapat semua butiran tentang suaminya alamat num tel email kelab sukan dan pelbagai lagi.(Butiran ini didapati didalam kelab sukan yg dianggotai suami Anna
<span;>Saya hanya menyimpan num telefon suami Ana. Anna tinggal di selatan suami Anna di utara dlm dekat sahaja dgn tmpt saya
Satu hari semasa memeriksa contact di Michat saya dapat tahu yang suami Anna juga mempunyai account Michat. Dan saya cuba add dia dan dia terima. saya terasa sangat bahagia..
kami berkwan. Suami Anna (saya namakan Haikal) tidak menyembunyikan status nya sebagai suami org dan anggota beruniform…
Haikal juga sunyi kerana Pjj. Sayalah yang bnyk membantu nya disini.. pada mulanya kmi hanya sekadar kawan berbual.. kemudian keluar makan ketika hbis kerja.
Diam tak diam lama kelamaan kami terlanjur. Bukan sekali tetapi berkali kali. Saya pula memang sangat sygkan Haikal.
Tahun lepas Haikal dan Anna sudah berpindah dan duduk sekali di negeri kelahiran mereka.. tetapi ini tidak pernah menjadi penghalang utk sy menghubungi Haikal setiap hari.
Adakalanya Haikal bertugas disini dan saya akan setia menemani seperti suami isteri. Berterusan bergini membuat saya terasa bdoh dan berdosa.. tambahan Haikal sangat sygkan isteri dan anak-anak nya..
Skrg sy dah block Haikal di semua media sosial dan bertaubat. Dan mendalami ilmu agama Alhamdulillah syukur segalanya dipermudahkan walaupun Haikal cuba menganggu saya berkali kali cuma tabiat sy utk stalk ig Anna masih belum hilang…
Apa yang saya nak kongsikan disini berwaspada lah para isteri kurang kan berkongsi apa saja di media social.. Banyak mata yang memerhati. Banyak jugak yang sedang mencari peluang jika ada ruang yang diberi. Maaf luahan saya panjang. Assalamualaikum