Hi admin. Hi semua. Benda ni saya taktahu nak luah pada siapa, sebab saya tak nak bukak aib suami sendiri. Apa yg saya mampu buat sekarang cuma doa je. Jadi saya luah kat sini lah, sebab takde siapa tahu siapa saya.
Saya baru setahun berkahwin suami saya orang yg baik solat 5 waktu puasa sunat Isnin Khamis tak pernah tinggal. Nafkah semua cukup, apa saya nak semua dia bagi.
Layanan dia pada saya baik, rajin tolong saya buat kerja rumah. Layanan saya ada dia pun cukup. Senang cerita, apa yg dituntut dalam Islam sebagai seorang suami semua ada pada dia. Tapi.. ada satu je tabiat dia yg buat saya kecewa. Dia suka tengok video luc4h.
7 bulan lepas dia pernah kantoi dengan saya tengok video tu. Tapi sikit pun dia macam tak rasa bersalah, tak mintak maaf pun padahal dia dah kecewakan saya sebab saya betul percayakan dia. Dia kata benda tu normal bagi lelaki, jangan sibuk sibuk.
Katanya nak kurangkan sikit, jadi saya percayalah. Sampai lah dua hari lepas, terkantoi lagi dia tengok video tak senonoh tu. Perasaan saya sebagai seorang isteri sangat sangat kecewa. Saya menangis.
Saya bukanlah sejenis yg suka check hp suami, tapi masa tu saya tergerak hati nak check. Macam macam video saya jumpa. Saya kecewa. Saya cuba bincang, saya tanya elok elok. Tapi baru je tanya dia dah marah.
Dia kata tu dosa dia dgn Tuhan, jangan sibuk sibuk. Siap mention ayah saya pun buat dosa sebab ayah saya merokok. Bertambah sedih saya sebab dia sentuh mak ayah saya.
Bukan saya tak pernah tegur ayah saya, banyak kali dah. Suami apa tahu. Tak perlu kot sentuh mak ayah saya dengan kata ayah saya pun buat dosa.. sedih rasa.
Lepas kantoi ni sikit pun dia tak rasa nak mintak maaf pada saya. Sikit pun takde rasa kesian bila tengok saya nangis. Lepastu berangin dengan saya lepas kantoi ni. Saya pulak yg mintak maaf kat dia sebab check hp dia. Dia? Takde rasa pun nak mintak maaf sebab dah kecewakan saya.
Saya taktahu nak buat apa. Taktahu nak meluah pada siapa. Saya taknak cerita pada mak ayah saya atau kawan baik saya. Saya taknak bukak aib dia. Yg saya tahu menangis je, sebab tak kuat. Selalu je berdoa, tapi.. entah lah. Saya taktahu nak buat apa. Bantu saya bagi kata semangat. Doakan saya juga.. Terima kasih.