Saya berkahwin dengan suami yang kerja beruniform tapi masalahnya suami terlalu banyak berhutang dengan bank

Assalammualaikum..saya harap admin boleh hide siapa saya..
Saya telah berkahwin masuk tahun ke 10 dan memiliki 2 cahaya mata..saya ringkaskan luahan seluruh hidup saya..

Saya berkahwin di usia yang sangat muda 19 tahun ketika itu..beza dengan suami 14 tahun jarak usia..berkahwin awal atas sebab hendak keluar dari rumah orang tua. bukan sebab hendak bebas seperti remaja lain..

tapi kerana hendak lari dari masalah keluarga yang porak peranda dari ibu & ayah saya…dari sini bermula kehidupan saya..harapan yang hancur seperti kaca bertaburan..

Saya berkahwin dengan suami yang kerja beruniform tapi masalahnya suami terlalu banyak berhutang dengan bank kali pertama dia bawa saya keluar dari rumah orang tua saya.

malam itu dia hanya mampu ajak saya tidur di tepi jambatan berbekalkan duit Rm50..hari tu bermula la keperitan hidup ibarat tiada beza dari sebelum kahwin

Berbekalkan duit simpanan yang saya ada..saya bekerja sebelum ini..malam itu juga kami cari rumah sewa. alhamdullilah dapat la rumah papan yang ipar saya panggil reban ayam..

ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang selama 2 bulan habis simpanan dengan saya bunting pelamin ketika itu..saya nekad belajar buat kuih sendiri..bulan ke 3 perkahwinan ujian ibu mertua sakit..

di situ bermula la saya gadai & jual seluruh barang kemas duit hasil berniaga saya hanya untuk suami ulang alik tengok ibu dia..saya korbankan seluruh hidup saya untuk dia harta..kudrat & keluarga..

Sepanjang tempoh perkahwinan dia tak pernah bagi nafkah pada saya..pakaian dalam pun saya beli sendiri..tambah pula adik dia datang & duduk sekali ketika itu..saya terpaksa sara  dari makan minum & rokok adik dia..

selepas ibu suami meningg4l..dia nekad berhenti perkhidmatan atas alasan takut tak sempat jaga ayah dia kalau sakit nanti..selepas dia berhenti kami struggle bayar hutang bank dengan anak yang makin membesar. Saaya masih terus jual kuih

Penat memang terlalu penat..saya ikhlas menjaga ayah mertua tak kurang sedikit pun sama dengan ayah sendiri..sakit dia saya urut..lapar dia saya masak & suap..tak larat berjalan saya papah..tak mampu bangun saya angkat.

tanpa saya beritahu pada sesiapa..& saya akan buat bila tiada orang..saya sampai bergadai barang kemas hasil titik peluh sendiri..demi beli ubat & keperluan ayah mertua..

Paling saya kecewa bila benda kebaikan yang kita tak tunjuk..di salah tafsir oleh ipar itu memang pekara yang paling sakit..tambahan ada kaki kipas..saat arwah ayah mertua bernyawa saya la yang paling banyak uruskan dia tanpa pengetahuaan orang lain..

sedang saat itu adik beradik suami seronok di buai mimpi kehulu kehilir..saya sampai jual barang ape saja yang ada di tubuh..habis barang kemas saya baru beli hasil pengeluaran KWSP semasa covid.

saya ambil order kuih muih sedang saat itu saya sakit..hanya kerana hendak menampung belanja suami ulang alik hospital..selama suami ulang alik 100% pembelanjaan saya yang tanggung termasuk pembelanjaan rumah..tapi saat akhir arwah ayah mertua.

Saya tidak mampu menjaga lagi..bila penyakit ANXIETY saya ser4ng balik kerana masalah datang bertimpa-timpa..saya dah start shaking tangan..dengar suara bisikan di telinga..tidak mampu mengawal kemarahan..menangis tiba-tiba sehingga suami terpaksa hantar saya balik ke rumah orang tua saya.

Hanya kerana saat akhir arwah saya tidak menjaga..orang sekeliling menghukum tanpa tahu sebab..sindiran dari sepupu sepapat seolah-olah saya tidak pernah menjaga mertua..saya serahkan segalanya pada Allah s.w.t kerana hanya DIA yang mengetahui setiap apa yang telah saya korb4nkan..hanya air mata sebagai peneman..

Saya minta suami ceraikan saya berkali-kali kerana saya rasa tidak mampu lagi terus hidup bersama dia..dengan keadaan kerja tidak menentu..di kejar bank untuk sita harta..keluarga dia yang bermasalah dari mula..saya rasa sangat serabut.

saya perlukan pelindung..bukan untuk melindungi..seluruh hidup saya dari kecik sangat menyakitkan..saya sendiri ulang alik hospital atas beberapa masalah kesihatan..& hidup tiap hari dengan ubat..sakit rasa bila tak mampu puaskan hati manusia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top