Saya tak nafikan rezeki Allah kurniakan buat saya mencurah2. Sebulan sahaja saya boleh buat saving 2 hingga 3ribu

Salam admin. Saya nak mintak pendapat kepada ahli2 KRT. Saya seorang ibu anak 3. Umur anak 6 tahun,4 tahun dan 1 tahun 3 bulan. Storynya begini. Suami saya seorang yang ego, panas baran pluss kedekut kalau bab duit ringgit. Nafkah duit lokek sangat nak hulurkan kat saya walaupon hatta RM50. Selama dah kawen hampir 7tahun dah saya boleh kira bape det sangat nafkah duit yg dia bagi. Sampai lah dalam taun 2019 saya tekad nak wat bisnes betul2 sebab nak ada duit sendiri sampai sekarang. Ada duit poket untuk saya balik ke kampung jenguk satu-satunya ayah yang saya ada.

Saya tak nafikan rezeki Allah kurniakan buat saya mencurah2. Sebulan sahaja saya boleh buat saving 2 hingga 3ribu. Sejak saya dah start ada duit sendri suami makin abaikan tanggung jawab dia. Kalau nak beli barang keperluan rumah suka lepas tangan. sesekali ja beli. Walaupun saya dah sibuk bisnes saya tak penah abaikan tanggung jawab seorang isteri. Hari2 saya masak untuk dia. Bizi macammana sekali hari2 saya dengan uruskan bisnes dan anak2 makan pakai suami saya tetap jaga.

Semalam kami bergaduh besar. Isu gaduh kecik saja. dia tegur saya pegang henfon sambil masak. sebab henfon saja sumber pendapatan saya. Saya online bisnes. Tu pon sambil tunggu masakan siap atas dapur saya pegang Jap henfon. Saya terasa hati dia cakap. saya tak buat apa hanya pegang fon. Padahal saya balik kija dari kedai dengan anak-anak, sampaikan anak-anak belum mandi. Maghrib masa tu terus masuk ke dapur masak sebab saya tahu satgi suami balik lapar nak makan. Sedih ati saya,sebab dia kata saya lupa diri dah pegang duit banyak lupa tanggungjawab, rasa hebat.

Lepas tu terus tmbuk cermin sampai pecah berderai dan tmbuk pintu bilik mengamuk marahkan saya sampai mai kat saya balik cakap maki2 saya beraku kau. Saya berpaling dari berhadapan gan dia. Remuk hati ni sambil baca doa macam2 dalam hati semoga tak berlarutan. Ya Allah kau maha melihat segalanya. Benda ni dah jadi berkali2. Saya buntu tak tahu nak nasihat suami macam mana. Sebab suami saya ni panas baran dan ego.Sukar nak berbincang gan dia.. Dia suka guna kuasa veto dia konon dia suami so apa yg dia buat betul. Apa saya perlu buat kalau suami saya berterusan macam ni? saya kadang dah lali dengan kata-kata makian amukan dia. Macam hati mti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top