Saya tak pernah terfikir suami akan buat sejauh itu dan akhirnya suami merayu mintak maaf dan kami rujuk semula sebelom saya bersalin alhamdulillah masih ada jodoh..

Assalamualaikum.. tq admin. siarkan luahan saya. Saya seorang ibu 29 tahun… seorang bersekolah. Lagi 2 masih kecil. Ujian Allah datang berbagai cara.. dari mula berkahwin sampailah saat ni. Allah masih beri ujian. kadang rasa kuat. Selebihnya menangis. sebelom kawin saya bnyak kawan laki. sampai la jumpa suami. dalam usia yang muda. Kawin yang mana mampu je. Alhamdulillah. mula2 kawin dulu pakai moto. kadang berhujan dengan anak. susah senang saya sentiasa dengan suami.

Lepas 2 tahun kawin, saya kerja. bantu suami. dapatlah kami pakai kereta. Alhamdulillah.. Suami saya seorang yang baik. Apa yang isteri dan anak nak selagi boleh akan dtunaikan. suami seorang yang penyayang dengan anak. tak pernah marah sekalipun pd anak. selalunya bila saya marah anak. Saya pulak dimarah suami.. tapi dengann saya. ada barannya.nterkadang naik tangan.. ada masa maki hamun. dan saya tak juga sempurna. kadang melawan suami bila taktahan.. bila tersedar saya mintak maaf.. keadaan kembali seperti biasa.. begitulah sampai 7tahun perkahwinan kami..

selepas 7 tahun saya mengandung anak no 2. pernah suami lafazkan cerai. saya tak salahkan suami.. saya yang mencabar kerana emosi. dengan keadaan yang sedang mengandung.. dan ketika dalam pceraian tu.. saya dapat tau suami pnah curang di trmpat kerja.. cerita sudah 1 tahun yang lepas.. tapi ketika bcerai tu Allah nak tunjuk. saya dapat mesej dari pmpuan tu di hnfone suami.. perempuan tu tuntut hutang (bayaran kerana dia cuci kandungan). katanya kami berbincang ttang smuanya. sakitnya hati Allah saja yang tahu..

Suami curang dan terlanjur di blakang saya. sedangkan saya sangka kami elok. saya kerja dr pagi sampai malam bantu suami. walupun tak mewah.. Saya tak pernah terfikir suami akan buat sejauh itu dan akhirnya suami merayu mintak maaf dan kami rujuk semula sebelom saya bersalin alhamdulillah masih ada jodoh..

Sekarang di usia 10tahun pkahwinan.. kalau nak cerita terlalu banyak.. ujian datang lagi.. suami skrang di penjara..kerana tersilap langkah.. Terpaksa saya mencari rezki sendri. yang dulu suami tunjangnya.. tiap hari saya berdoa semoga Allah mudahkan urusan saya dan anak2.. murahkan rezki kami.. dan panjangkan jodoh saya dan suami.. Sekarang.. suami sentiasa menangis mnyesal sebb terlalu banyak sakitkan hati saya. Bjla merajuk tak dpujuk. bila masak tak dpuji. bila nangis tak diendah..

Saya bersyukur walaupun perjalanan yang Allah bagi ni sakit.. sekurang2nya suami sedar salah dan silap dia . tak terus hanyut dengan dunia. suami ckp bila keluar nanti dia akan tebus segala salah silap dia.. saya tak baik. saya pun ada silap. tapi saya sayag suami dan anak2. saya mohon pada pembaca krt. berikan kata2 semangat dan nasihat. Doakan saya kuat. doakan saya sekeluarga.. moga Allah murahkan rezki dapat kami bersama jd keluarga yang drahmati Allah. di dunia dan akhirat. doakan urusan kami dipermudahkan.. Ameen aameen ya rabb. terima kasih semua..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top