Assalamualaikum warga KRT.. saya wanita berusia 34thn, hidup PJJ, sorang di pantai timur, sorang di ibu kota .. berkahwin dah 6tahun dan belom dikurniakan zuriat .. masalah yang saya hadapi, saya inginkan zuriat tapi suami macam tak ambil kisah pom soal tu. Tiap kali saya persoal pasal anak, ajak check up dekat hospital mesti kami akan bergaduh dan mula bermasam muka. Dia menuduh saya nak memalukan dia bila saya ajak dia check up.
Pernah saya bagitahu nak ambil anak angkat tapi dia marahkan saya balik dengan seribu alasan sampaikan ada yang tuduh saya mandul padahal lebih 3x dah sy check up diri saya dekat klinik swasta dan hospital, doc kata saya tak ade ape2 masalah.. Nie pom setelah sebulan duduk dengan saya, dia ambil keputusan nak balik rumah family dia, tinggal kan saya dirumah family saya, ingatkan PKP dan PKPB nie boleh laa saya spend masa dengan dia lama tapi semuanya meleset.
Selama sebulan disini tak ade pom dia membantu saya, lepas makan asyik terperak dalam bilik layan movie.. bulan puase dah laa tak boleh nak berbuka sekali, raya pom tak ade terpikir nak balik walau diberi kelonggaran yang PJJ boleh berjumpa isteri baru2 nie.. saya sedih, kecewa dengan sikap suami. Malu sangat dekat family saya dengan sikap dia. Untuk pengetahuan , tahun lepas 2 minggu nak raya, kami hampir bercerai tapi kerana orang tua ,kami masih bersama.
Pernah juga saya terpikir nak berpisah saja dengan dia, tak ade kesudahan bila dia tak pernah fikir perasaan seorang isteri. Asyik pikirkan family dia jew, saya nie macam orang asing jew bagi dia..
Warga KRT, Salah ke saya ingin anak? Salah ke seorang isteri minta suami check up untuk tahu apa masalah?? Salah kew saya minta dia buat begitu? Dan salah kew saya nak ambil anak angkat. Tolong bagi pendapat warga krt. harap tak dikecam