assalamualaikum. saya jadi terlalu buntu. Saya jadi depress terlampau stress and dah tak tau mana arah nak pegi. saya bercerai dengan bekas suami saya sebab tak tahan dengan perangai dia yang panas baran. Suka perli2. Suka ugut2. suka mengungkit. suka marah2 dan jenis pantang tengok perempuan. 10 tahyn saya hidup dengan dia ibarat macam tersiksa sangat2 zahir n batin. dia pula bole mengaku dia kahwin dengan saya sebab dia nak lupakan ex dia dulu.
6/7 tahun awal perkahwinan saya banyak berkorban dan bantu ex saya dari segi perbelanjaan sampai gadai semua barang kemas saya. pendek kata gaji saya pun banyak abis untuk bantu dia. Cuma selepas 7 tahun baru kewangan dia kukuh tapi tu pun saya still bantu separuh perbelanjaan harian. lepas 10 tahun tah nape tiba2 saya jadi makin lama makin tawar hati. dan saya rasa macam dah tak bole go dengan dia. saya jadi macam dah tak de perasaan cinta tu sedangkan selama 10 tahun saya memabg terlalu cintakan dia. dan terlalu agungkn dia. oh ya kami dikurniakan 2 puteri…
Dia nampak perubahan saya dan tiba2 dia jadi berubah. dia tiba2 kata cintakan saya dan sayagkan saya. cuma perangai baran. Cepat marah. Suka mengungkit. suka mengugut. suka perli2 and cakap benda menyakitkan hati memang tak hilang.. dia mmg jenis macam tu…tp dia merayu kt saya suruh bagi peluang yang saya tak ingat kali ke berapa dah tapi saya memang dah tak bole hidup dengan dia. saya sendiri yang nak cerai sebab saya tak nak tanggung dosa dah tak de perasaan kat suami sendiri dan rasa meluat. saya dah tak bole biarpun memang nampak perubahan dia cintakan saya.
Dulu dia asyik fikir pasal diri sendiri. balik keje terus siap pegi gym. lepas tu lepak sPampai 1/2 am. saya yang bertungkus lumus jaga anak sorang diri dari kecik. soal nafkah zahir lagi la. kadang2 sebulan sekali. 2 bulan skali. Kadang2 3/4 bulan skali. masuk tahun ke 5 makin teruk. tiap kali saya minta bersama. bila dia takde mood dia langsung tak layan siap marah2. bila dia nak. dia paksa2 saya..
saya memang simpan benda ni sorang2 sebab tak nak citer aib suami sendiri dan saya nekad untuk minta cerai walaupun dia cakap dia hanya cintakan saya sorang.
6 bln saya cuba bg peluang walaupun sikit pun dah tak de hati tapi dia tak berubah gak. dia masih suka marah2. suka cakap ayat menyakitkan hati, suka perli. lepas bercerai. dia masih menagih kasih. kerap datang jmpa saya dan anak2. saya pun cakap kt dia. saya cuba bagi peluang last. janji dia buang semua sikap baran. cepat marah perli2..l suka ugut dan suka cakap bukan2 dan saya minta dia buat saya jatuh cinta balik kat dia. dalam masa yang sama saya memanng jenis berkawan dengan semua orang dan dia akan stalk dengan sape saya berkawan.
Dia akan jeles tak tentu pasal 0msg orang tu.. suruh kawan dia siasat pasal kawan saya. dan kami masih kerap bergaduh malah makin teruk snpai dia naik kaki tangan. dia penah cekik saya, tampar saya. baru2 ni tumbuk saya. oh ya. mak ayah saya masih mengharap kalau saya berbaik dengan bekas suami. ex suami ni memang tak ade masalah lain dah sekarang ni. memang dah tak ade kaki perempuan dan nampak la dia sayang giler kt saya cuma sikap dia tu je buat saya sakit ati. untuk pengetahuan bila ex saya marah muka dia memang menakntkan. memang jenis marh macam orang dah ilang akal..
saya penah citer kat mak saya pasal saya kena cekik mak saya kata nak tanya pada ex saya tapi smpai sudah tak de pn dia tanya apa2 malah makin galak plak suruh saya berbaik dengan ex saya. Sampai saya jadi kecik ati dengan mak ayah…
baru2 ni tempat saya kena tumbuk tu sakit so saya pegi klinik dan klinik refer ke hosp. tak pasal2 warded sebab ada rex skit kat tulang tempat dia tumbuk. dia pnya rasa bersalah tu sampai dia uruskan saya masuk hospital and ulang alik anta barang. kat situ je skali lg mak ayah suruh saya berbaik dengan ex saya…
lama2 saya jadi tawar hati dah dengan mak ayah. rasa malas nak citer apa2. even saya citer saya kena cekik pn macam tak ade tindakan apa2 dari mak ayah.. saya sebenarnya jenis lurus dan cepat kesian. bila ex saya minta maaf and merayu menangis saya cepat maafkan dia. Saya tak sampai hati nak report polis sebab saya kesian anak2 saya kerana anak2 saya sayang sangat kat ayah dorang dan dia tak de masalah dengan anak2 saya. dia jaga anak2 saya baik dan cukup sempurna. Gaji dia sekarang ni pn cukup dia tanggung semua untuk anak2 saya..
Anak saya pernah menangis suruh saya jangan report polis sebab dia tumbuk dan heret saya suruh keluar dari umah saya duduk sekarang dengan alasan dia nak duduk dengan anak2 kami. dia penah cakap kalo saya tak nak berbaik dengan dia. anak2 dia nak amik dan dia berjaya pengaruh anak sulung saya untuk rapat dengan dia sedangkan selama dia sibuk dengan gym dan perempuan saya yang susah payah jaga anak2. sekarang dia stop gym and mula rapat dengan anak2 saya. belikan macam2. ditatang bagai minyak penuh. belikan hp untuk anak2. saya bukan tak nak dengan dia dah. saya tawar hati sungguh. dah tak de perasaan cinta.
Lepas tu saya tak boleh tahan dengan perangai baran dia. Suka marah2.. suka perli .cakap ayat menyakitkan ati. Suka fikir bukan2. saya jadi stress and depress bila perangai dia macam tu dan dengan mak ayah saya macam tu. saya rasa nak lari je jauh2. Tak pe la. Dia jaga je la anak2 tu. sebab saya rasa dia bole jadi ayah yang baik. saya nampak effort dia dengan anak2. tapi effort dia dengan saya tak ada. saya tak sanggup dah nak bergaduh dengan dia hari2 depan anak.. wpun dah bercerai. dia masih jumpa anak2 ari2 and jmpa saya.