Saya mempunyai seorang ibu angkat yang membela Saya dari kecil tapi memisahkan saya dari ibu kandung dari Hari kedua dilahirkan sehingga harini

Salam min, Saya cuma nak minta pendapat, Saya mempunyai seorang ibu angkat yang membela Saya dari kecil tapi memisahkan saya dari ibu kandung dari Hari kedua dilahirkan sehingga harini, selama 32 tahun saya hidup di muka dunia ni hanya Dua tiga Kali saya dapat melihat wajah orang tua saya sehinggalah pada tahun 2012 ayah Saya meninggal dunia tapi saya Tak dapat balik melihat jenazah ayah sendiri kerana tidak tahu khabar berita.

Adik beradik kandung saya cukup marah waktu itu pada ibu angkat saya kerana bagi mereka ibu angkat tidak memberitahu saya tentang berita itu.
Ibu kandung saya memendam rasa sehinggalah pada tahun ini beliau dijemput illahi dalam keadaan hati yang masih kecewa, saya rasa berdosa sangat kerana lebih kan ibu angkat saya dalam segala Hal sehingga harini bila Allah uji saya sekali lagi, ibu angkat Tak dapat berjalan kerana sakit tua.

Untuk pengetahuan semua semasa hayatnya ibu angkat saya lifestyle ala ala datin ,very bossaya. aura negative dia terlampau banyak tak pernah menolong saya membuat kerja rumah sampaikan suami saya Naik berang Dan menyampah dengan perangai ibu angkat saya, dengan mertua saya pun ibu angkat Tak berapa berbaik. walaupun hampir tujuh tahun kami menikah,ast berjumpa diantara besan Masa Hari perkahwinan saya sahaja itupun lagak nya sebagai tetamu

Hampir saban Hari kami bertengkar admin. kini suami memberi kata putus keluar kan ibu angkat saya dari umah ni kerana beliau tidak sanggup lg memberi ehsan kepada wanita tua berumur 64 tahun itu lagi. jawapan nya kemana saya hendak letak kan wanita ini, dirumah orang tua tua dia tidak mahu, adik beradik ibu angkat saya langsung tidak ambil peduli tentang dia. Dan mengatakan ibu angkat saya Ada saya tapi mereka lupa, saya sudah pun berkahwin saya mempunyai tanggung jawab jadinya sekarang saya inggin minta pendapat Sapa saya perlu dulukan. Dan berdosakah saya, Saya buntu, Saya letih, Saya penat admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top