Sebelom ni aku solat tak tinggal bila jadi macam ni aku mula tak solat min sebab aku memendam perasaan dan menangis 2-3 hari

Assalammualaikum min, mohon hide profile aku, aku guna fake acc je. Ni kisah aku min, aku dah berkahwin 5 tahun. Laki aku jenis pemalas keje min. Tahun pertama merata kami merempat. Banyak kali aku bagitau suruh dia keja, sementra jela kalau taknak keje lama. Paksu aku tawarkan dia keja kilang keropok lekor, jaga kilang macam incas, dia bagi alasan beribu kat paksu aku, kalau dah malas memang suka beralasan. Paksu aku ni orang baik banyak tolong orang nak keje yang tak ade keje. Dia tawarkan laki aku keje warden asrama skolah tahfiz. Sebab perwatakan laki aku ala² “ustaz” jubah kurta tak lekang pakai hari2. Memang gaya elok sangat lah min. Tapi aku biasa2 je tak ade lah ala² ustazah punnn…
Dua kali dia tolak tawaran kerja dari paksu aku.

Kalau tidak dia dah ada keja sebab mula kawen dok dengan kluarga aku min. Paksu aku bnyak tolong dia, soppurt apa². Yelaaaa paksu aku syg aku min, dia pun mestilah sayang laki aku jugak. Bila dia tolak tawaran paksu aku tu, aku tahu paksu aku memang kecik hati… Orang dah bagi keje tapi tak nak, aku tak tau pun keje apa yg dia suka dan minat. Rupanya dia ada bagitau dia tak suka nak keje bawah arahan orang.. Hmmmmmm.. Aku faham lah min bila dia sebut macamtu.
Memilih keje dan tak bersyukur orang dah tolong carikan kerja. Paksu aku terasa hati dengan dia min. Lepas tu ibu dan ayah angkat aku pula nk tawarkan dia jaga kedai bundle. Boleh laaa 2 bulan dia keja, biasalah kan bundle bukan untung beribu sehari, barang bundleee bukan mahal min. Takpelah tak kisah sgt janji ada keja dari dia dok makan tido hari² langsung taknak buat apa. Sakit jugaklah hati aku ni min.

Tahun pertama aku dah banyak kali beramuk dan brgaduh pasal dia ni malas keje. Dia lebih suka tidoo sepanjang hari min. Pelik aku tengok penyakit apa dia ni. Baru kawen min, aku masih lagu sabar masih lagi bagi peluang. Aku cuba juga nak faham keadaan dia kenapa dia tak suka nak keje.. Pihak keluarga aku dah mula mengata laki aku PEMALAS. dah bagi keje macam2 tapi masih juga taknak. Jaga kedai bundle 2 bulan je. Ibu dan ayah angkat aku tu sanggup min sewa kedai dan buka kedai bundle dekat dengan umah paksu aku tu. Semata nak bagi dia keja jaga kedai dan anggap macam kedai sendiri. Macam tokey laaa. Walaupun bundle murah lepas juga duit makan pakai aku dalsm sebulan adalah juga 500-600 untuk belanja. Yelah dah jaga kedai bundle, rumah pun kat situ jugak. Bukan gaduh nak bayar sewa kedai sebab ayah dan ibu angkat aku yang tanggung semua sewa kedai situ.

Kadang dorg bagi lagi belanja kat kami. Siap ajak holiday lg tiap minggu.
Sedih aku min laki aku sikit pun tak SYUKUR layanan baik dari pihak keluarga aku. Aku tk tau apa yg dia mahu sebenarnya. Atau dia marahkan aku sebab aku yg ajak dia dok dengan pihak kluarga aku, yelah min baru kawen mestilah exited nak bg kenal dgn sedara mara, anggap macam kluarga sendiri lah kan. Takkan nak idop jadi kera sumbang taknak bergaul dgn pihak kluargs isteri.
Hari demi hari, tahun demi tahun min, aku bg peluang cuba faham prngai dia. Cuba sabar juga dgn sikap yg malas keje. Lepas keje kedai bundle kluarga angkat aku tu selama 2 bulan je dia nak keje min. Alasan dia kata kedai macsm tu tak ade masa depan, tak sesuai dengan diri dia. Dah jadi tokey bundle pun dia boleh kata macam tu min.

Dulu masa paksu aku tawar keja kilang dan warden dia bagi alasan taknak keje bawah orang. Sebab tu kluarga angkat aku sewa kedai bundle dan bg dia jaga.
Kecewa aku dengan sikap dia min, PEMALAS dia ni tahap dewa atas skali. Kluarga angkat aku pun ada terasa hati dengan sikap dia. Sejak dari tu min, ibu angkat aku dah tak berbalas wasap aku, call aku pun dia taknak jawab. Dah 5 thn min, aku sedih sungguh dengan perbuatan laki aku ni. Terasa hati dengan sikap PEMALAS dia tu. Sedih aku, makan hati hidup dengan orang mcmni min. Bagi dia keje tu satu beban untuk dia, satu masalah besar. Yelah kena keja nak bagi bini makan, nak tanggung bini, mungkin dia rasa semua tu menyusahkan hidup dia je. Sebelom kawen pun aku tau dia bukan ada keje min, tapi orangnya perwatakkan mcm ustaz. Jubah kurta tak lekang. Dlm hati aku mgkin ustaz skolah tahfiz. Rupanyaaaaa sangkaan aku meleset. Dia hanya keje sambilan je kat skolah tahfiz bukan mengajar pun.

Masuk tahun kedua perkahwinan aku dengan dia min, kawan dia tawarkan keja menaip dan buat terjemahan arab-melayu. Oklah dalam hati aku lega juga ada keje boleh buat kat rumah, sebab dia memang suka keje macam tu, senang je duduk depan pc dan menaip. Gaji 1300 je min, tapiiii dia buat lg perangai MALAS dia min. Menaip baru 1 muka surat dia tidooo min. Dalam hati aku ni dah membuak² nak marah nak maki hamun semua adaaa. Tp aku sabar lg, aku plak yg sambung keje dia sebab dia tidooo. Banyak aku makan hati berulam jantung ni, sejak kawen dgn dia takde pun usaha nak keja lebih elok mcm org len. Dia kata dia lulusan cemerlang masa di universiti dulu, ada sijil yg bole apply gaji besar. Bnyak kali dia ulang cite “syok sendiri” tu. Bila aku tanya mana sijil nya dia kata kena bakar. Hmmmm Takpelah dlm hati aku, biarlah dia nk menipu pun dia mgkin suka cite syok sendiri mcmtu. Aku pun tkdelah nk tanya apa²

Keje menaip tu tak habis pun min, dia boleh buat hanya 1 buku je, balance lg 5 buku dia tak habiskan, dia buat benda len, tak fokus dan tak tumpu pun pada keje tu, takde pun dia menaip berejam² aku tgok, taip baru sehelai dua muka surat dia pegi tido, mmg suka MEMBUTA min. Aku ni lah jadi kuli dan bibik dia buat semua benda kat rumah, masak utk dia. Makan banyak, bdn pun besar. Org kata jenis PEMALAS ni mmg badan besar sbb tak aktif, suka tidooo sepanjang hari. Lebih banyak masa tido dari buat keje. Aku ni min sebelom kawen lawa lah jugak, badan berisi, kulit putih, glowing, tapi lepas kawen perubahan ketara diri aku ni. Aku jadi berubah habis min, aku jadi stress tekanan dan sakit hati ni smpai dah tkde perasaan lagi dah.

Yelah aku terima dia masa dia takde apa² keje, tkde harta pun. Rumah jauhh skali nak ada. Org kata kena terima kekurangan suami, hidup dan bersama dgn suami susah dan senang.
Tapi aku hidup susah merana dgn suami PEMALAS. tahun demi tahun bergaduh saja min, pernah aku mintak cerai tp dia tak pedulik pun. Tiapkali aku gaduh mesti aku akan berendam airmata, mesti aku akan duk terperuk sorg² je min. Dia tak amik kisah pun aku makan ke aku mandi ke, kalau 3 hari aku berendam airmata tu, 3 hari lah dia tak pedulikan aku. Sentuh apapun tidak. Biasalah prempuan kalau merajuk sedih menangis mesti lah dia nak suami pujuk. Belai rambut ke, cium pipi ke. Tapi aku langsung tak rasa tu semua min. Takde kasih syg hidup aku dgn laki aku min.

Makan hati aku sorang² bengkak mata habis menangis. Masa tu aku tkde pun nak buka cite dlm kain psl rumahtangga aku yg tak bahagia tu min. Aku pendam sorg2. Dulu aku ramai kawan sblom kawen. Lpas kawen aku tkde pun penah skali jumpa kawan2 aku.
Bila aku makan hati mmg aku pendam sendiri je. Aku tegur dan nasihat dia min, sbb aku nak dia berubah jadi laki yg lebih bertgungjawab. Cari keja yg bagus sikit, usaha utk hidup lebih baik. Tapi kata² nasihat aku tu dia jadikan sebagai satu bebanan utk dia. Yelahh kan org dah biasa tak keje takkan tetiba nak keje teruk semata nak bela bini… Aku sedar juga min aku tak keje pun, tu pun aku mengaku salah aku, sepatutnya aku keje dan usaha cari duit sendiri. Tk payah nak harap duit laki. Tapi bila aku keje kangg dia sedap pulak MEMBUTA kat rumah. Mentang2 bini keje, dia bertambah lemak lah. Tahap dewa lah pemalas dia menjadi2 nanti.

Nafkah selama 2-3thn hidup dgn aku bole kira baju pakaian harian kat rumah ada sehelai dua je min. Selebihnya baju aku zaman bujang dulu smpai reput dan benang menetas pun aku pakai lagi.
Baju raya jauh skali dia nak beli, aku pakai baju raya masa zmn bujang dululah min. Dulu aku keja hidup mewah jugak bnyak lah baju yg ada, pakai jelah baju tu smpai mereput. Aku tak mintak pun kat dia. Yelah sbb dia pun tak berduit takkan aku nak minta itu ini. Aku faham dia min. Cuma aku tak faham sikap PEMALAS TAHAP DEWA dia….

Semua isteri nak ada suami yg bagus tanggungjawab pd isteri dan anak². Tak dinafikan juga nak layanan yg baik dari suami, belaian dan sentuhan ksh syg pun satu kebahagian juga min. Tp aku tak dapat semua tu min, paling ketara bila aku merajuk lepas gaduh dgn dia. Langsung tak pujuk, dia biar je. Smpailah aku sendiri yg tegur dia min, barulah dia nk cakap dgn aku. Tekanan perasaan mcm nilah yg membahayakan kesihatan. Memang betul pun, aku ni sikit hari lagi nak jadi gila dek perbuatan dan layanan suami yg mcmni. Aku pendam sorang2 min, takde aku nak mengadu pun kat org. Ni je 1st time aku mengadu di krt…. Airmata pun masih jatuh, baru semalam bergaduh besar lagi. Entah kali ke berapa dah.

Perkahwinan kami dah masuk 5 thn. Sikap laki aku masih juga sama min. Dulu tahun kedua dan keempat aku pernah keguguran. 2x gugur sbb doktor ckp aku tekanan dan stress yg melampau². Tp aku takdelah ckp stressed dgn laki aku. Aku banyak diamkan diri sejak akhir² ni dah malas nak gaduh min. Cuma aku akan berendam airmata 2-3 hari. Kusut dan serabutnya diri aku tak berurus. Aku mula jadi seorang yg suka termenung. Dulu aku seorang yg ceria, happy go lucky, seorang yg suka senyum dan ketawa. Skrg hidup aku berubah 100% min. Kusut serabut aku tu semua aku tanggung sendiri. Aku tkde kawan nak meluahkan rasa duka dan sedih tu.

Semalam brgaduh teruk aku bagi dia pilihan sama ada ceraikan aku atau aku akan keluar dan balik kerumah mak angkat aku. Aku ni yatim piatu min, takde mak ayah. Dah mening gal. Mgkin juga sbb aku tkde siapa² tulah punca aku down sgt² dgn sikap laki aku ni tak pernah dia nak berubah min. Banyak dah aku nasihat, banyak dah aku membebel. Skrg smpai masanya aku diamkan diri. Aku banyak termenung je min, fikiran aku serabut tktau nak luahkan pd siapa. Sebelom ni aku solat tak tinggal bila jadi macam ni aku mula tak solat min sebab aku memendam perasaan dan menangis 2-3 hari. Mungkin tahap tekanan dah makin teruk hampir gila juga. Cuma aku belom ambil psau saja…

Takpalah min, ni bahagian aku, ujian aku.. Untuk aku bangun dan bangkitkan semangat yg baru aku perlukan sokongan dan nasihat. Semoga aku boleh kluar dari semua masalah ni. Aku teringin juga nak keje lagi min, mcm masa zaman bujang dulu. Tp aku dah tak secantik dulu lg. Badan pun kurus kering, dari berat aku 55kg skrg hanya 41kg. Turun mendadak sgt selepas 5tahun kahwin… Dulunya kulit glowing putih gebu skrg dah jadi hitam legam. Yelah min, aku serabut dan tekanan sorang². Menangis aku min bila aku taip kisah aku nih. Allah mungkin nak uji tahap kesabaran aku. Mungkin ada bahagia yg akan datang lepas nih…
Terimakasih min sbb siarkan kisah aku.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top