Assalammualaikum. sebelum itu, saya mohon tolong jangan komen2 negatif. saya perlukan komen positif saja untuk kuatkan semangat saya. jangan kecam saya. saya ada dan suami ada anak. sebenarnya dari dulu suami memang jenis kaki perempuan. Jadi saya ingatkan semua tu sudah berubah. Sehinggakan saya bersalin tahun lalu saya bawa dia masuk labour room sebab saya nak dia lebih menghargai saya Kerna saya bertarung nyawa mengeluarkan anak kami.
mungkin ahli2 KRT, saya terlalu bodoh. sebab masih cuba pertahankan rumahtangga saya, walaupun selama ini suami sudah ramai berjumpa perempuan2 di luar sana. Dan buat mak siat dengan perempuan2 di luar tu. walaupun saya tau dia susah nak berubah.. ya Allah, saya pernah lalui juga sebelum ne. sekiranya, kami berpisah, ini adalah kali kedua..sakit hati saya melihat gambar dan video2 suami dengan perempuan lain.
Saya banyak kali bagitau suami secara berdepan, mahupun sms whatsapp. Saya mau dia lepaskan saya. Mungkin saya bukan isteri yang sksi dan pandai bergaya macam dulu. Saya akui itu tapi itu bukan LA alasan dia untuk bertukar2 perempuan di luar. Perempuan tu pernah cakap dengan saya, suami bertahan dengan saya, sebab anak bila saya tanya suami, dia terus marah. bila saya cakap dia ada perempuan lain pun, dia marah. dia tak ngaku padahal terang2 saya nampak mereka berpeluk. wahai ahli2 KRT yang saya hormati, saya mohon semua pada kamu, saya buntu. sebab dah minta suami ceraikan saya,dia buat tak tau je.