Salam admin dan warga KRTrians. Saya kat sini bukan nak minta pendapat tapi just nak minta doa especially dari para ibu yang penyayang. Sebab doa para ibu yg penyayang ni In shaa Allah mustajab. Saya seorang lelaki, suami dan bapa kepada 2 org cahaya mata. Umur dalam pertengahan 30an. Isteri pula lebih tua dari saya 3 tahun. Saya bekerja sebagai Jurutera Perisian IT manakala isteri pula bekerja sebagai Doktor. Beberapa hari lepas saya dan isteri ada ‘pillow talk’ dari hati ke hati mcm mana situasi kalau saya berhajat nak beristeri dua. Isteri tanya sama ada saya dah calon ke? Saya cakap saya takda calon pun cuma bertanya pendapat peribadi dan soal hati beliau sahaja. Alhamdulillah, isteri saya sambut baik topik perbincangan kami malam tu.
Isteri tanya atas sebab apa saya nak kawin lagi. Saya cakap satu hari nanti kalau saya sudah tidak ada kat dunia ni Isteri saya boleh travel satu dunia dgn madu dan anak2 guna harta yg saya tinggalkan nanti. Dan lagi satu saya ckp yang mungkin saya ni mcm x sempat hidup lama kat dunia ni. Haha (Saya sentiasa berdoa yang apa pun terjadi biarlah saya yg meninggal dulu berbanding isteri dan anak2).
Untuk pengetahuan semua, isteri saya disamping sibuk dgn tugas sbg pengamal perubatan. Beliau juga seorang yg kurang ada kawan perempuan. Jadi, hidup beliau mmg dgn saya dan anak2. Isteri saya malam tu banyak ketawa lepas dengar semua penerangan saya semua. Alhamdulillah isteri saya dia bersetuju izinkan saya nak kawin lagi satu. Cuma, beliau mintak saya jadi jutawan dulu sebelum beliau boleh izinkan dan ada sign off aggreement tentang nafkah beliau dan anak-anak supaya saya tak terlepas pandang di kemudian hari.
Kemudian, beliau letak beberapa syarat supaya wanita tersebut mestilah anak dara tua atau janda yg tiada anak sahaja yang sebaya umur dengan beliau atau lebih tua sedikit. Isteri saya tolak hasrat untuk izinkan saya kawin kalau wanita tersebut muda dari beliau atau janda tersebut mempunyai anak. Beliau berkata untuk berkawin dengan saya, wanita tersebut tak boleh ada anak dari perkahwinan sebelum. Beliau hanya benarkan wanita tersebut hanya ada anak lepas kawin dengan saya sahaja (Masih ada ke yang jenis macam isteri mintak tu?).
Then, saya pun cakap kalau nak tunggu saya jadi jutawan mau umur saya dah 45 tahun ke atas macam tu. Isteri gelak sambil cakap wajib jugak kena jadi jutawan dulu and penuhi semua syarat yg lain. Isteri tanya lagi saya ada start berkenan pada sape2 dah ke? Saya ckp mmg xda pun and mmg x cari pun and saya ckp lg pd isteri yang intention saya dari awal sebenarnya nak mintak tolong isteri je carikan madu as her bff sendiri. Time ni lagi kuat isteri saya gelak and beliau ckp once saya dah complete apa yg beliau mintak. Baru beliau carikan (sambil jelir2 lidah dan gelak2 lagi).
Isteri saya malam tu asyik gelak dan happy je saya tengok. Saya cakap kenapa happy sangat kemain, bukan normal org perempuan tak suka ke nak further discuss topik mcm ni? Isteri saya ckp takdelah, orang perempuan kalu suami betul2 jujur dan ikhlas, bincang baik2 dan ckp elok2 pd mereka macam saya tengah bincang pada beliau. Mereka ok je nak dengar. Ni apa yg beliau ckp pd saya malam tu.
Anyway, last but not least disini saya nak mintak warga KRTrians tolong doakan saya jadi orang yang berjaya didunia dan akhirat. Doakan saya mudah2an ada rezeki saya dpt bukak company IT saya sendiri one fine day. Doakan saya sentiasa jadi suami yg baik akhlak pada isteri saya (regardless saya kawin 1 ke or kawin 2 in future) dan ayah yg penyayang buat anak2 saya. Dapat bimbing dan bawak isteri/isteri2 dan anak2 saya masuk syurga sama2. Doakan juga kalu diizinkan Allah saya jadi jutawan, doakan saya dpt bantu insan2 yg susah, yg memerlukan dan sebagainya dulu sebelum saya terfikir nak kawin lagi satu. Entah2 masa tu saya dah tak terfikir dah pun nak kawin lagi satu. Terima kasih.
Hello there, just became alert to your blog through Google,
and found that it is truly informative. I am gonna watch out for brussels.
I will be grateful if you continue this in future. Many people
will be benefited from your writing. Cheers!
I was looking at some of your blog posts on this internet site and I think this web site is very instructive!
Retain posting.!