Hai saya nak berkongsi cerita saya dan ingin minta pendapat. Suami saya sangat baik orang nya. sangat bertanggungjawab dan dikatakan agak romantis. Hal kerja rumah tangga pun turut dibantu dan dibuatnya. Hal agama dan hubungan sesama semua orang turut baik. Tidak ada apa2 yang kurang apa lagi jika hendak di kritik.. Walaupun begitu, ada satu perkara yang sering menjadikan saya merasa isteri yang tidak berguna atau “useless”. iaitu hal ketika di dapur sewaktu hendak makan.
Saya tidaklah begitu hebat atau pandai dalam bidang masakan. kerana saya juga sedang proses belajar memasak. walaupun saya tidak handal memasak, namun saya tidak pernah tidak menyediakan makanan untuknya. dari sesimple2 hidangan hingga ke lauk kegemarannya. Setiap kali saya sedang memasak atau ketika sudah hendak makan, baru mahu masuk sesuap makanan ke dalam mulut dia selalu kritik itu ini masakan saya. rasanya perlu begitu
g dipotong begitu begini tidak di blend ka apa, dia pun kata tidak ada orang seperti itu. jadi tidak boleh kah saya mengikut cara2 masakan di youtube di facebook dan lain2? alasan nya, dia mahu makan cara masakan sama seperti masakan ibunya sahaja. jika kari itu contohnya diletak kayu, maka letak kayu. saya terasa seperti mahu menangis mendengar itu. saya tidak tahu mahu buat bagai mana lagi. saya sudah sedaya upaya cuba yang terbaik. semangat ketika mahu memasak , ketika mahu menjamu dia makan… tapi dia makan dengan berat hati dan muka yang mencuka.. seolah tidak dihargai rezeki dan usaha saya memasak untuknya.
Bila saya kata saya pun ada cara memasak saya tersendiri. dikatanya saya harus belajar memasak lagi. tidak apa2. tapi bila saya masak lagi, dikatanya itu ini begitu begini. saya merasa sedih dan tension. masuk waktu makan sahaja, saya merasa moody. dia pula seperti seorang yang perfect sahaja dlm setiap urusannya. bila saya kata lepas ini saya sudah tidak mahu masak . lalu dia kata ikutla, kalau sanggup begitu.. saya kata saya akan masak apa saja yang terbaik. kalau dia tetap mahu komplen jadi tak perlu makan. pergi balik rumah ibunya. lalu dia kata kalau sanggup hidang makanan yang cara saya untuk dihidang pada suami, jadi terserah.
sepertinya saya kata apa pun tidak akan terkesan di hatinya maksud saya macam mana lagi harus saya buat. saya merasa seperti biarlah dia balik semula ke ibunya. tidak ada gunanya dia menikah, hidup bersama saya kalau lagi mahu makan masakan yang caranya sama seperti ibunya. tidak ada gunanya saya kalau dia tidak mampu terima cara saya dan kekurangan saya. jadi untuk apa dia menikah dgn saya??