Hi kepada yang sudi baca sudi komen.. Saya sekadar ingin meluahkan sahaja , sebab perkara ni dah terbuku kat hati tak tau nak luahkan kat siapa. Saya dah berkahwin 3 tahun, tahun pertama dan kedua suami ok tak suka melepak, balik kerja pergi kerja sahaja. Tahun ni, bila balik kerja malam suami suka lepak sampai 2 3 pagi, saya tak tau nak kata suami saya curang ke apa ke. Saya sedih sensorang dekat rumah, kadang² saya rasa takut duduk sorang2 tapi suami tak fikir semua tu .
Bila saya persoalkan semua ni pada suami suami kata saya isteri yang tak reti nak memahami dan saya isteri yang queen control tak bagi suami lepak. Tiap malam saya tunggu dia balik awal, tiap malam jugak saya menangis. Dalam segala hal suami lebih pentingkan kawan daripada saya. Siang kawann, malam kawan, kat whatsapp kawan. Kadang2 cuti kerja pun suami still nak jumpa kawan. Kalau daripada segi nafkah dan kelengkapan mmg suami tak culas .
Saya ni memang isteri tak guna ke ? Saya ni memang isteri tak boleh buat suami bahagia ke? Mungkin sebab saya tak lawa, saya gemok pendek, tu sebab kot suami tak suka duduk rumah lama2 pandang muka saya. Takpelah satu hari nanti saya doakan suami saya bahagia dengan kawan2 dia, saya harap Allah amik lah saya daripada dunia ni supaya saya dah tak susahkan suami saya lagi.