Hai.Tolong hide profile aku. ku dah berkahwin hampir 11tahun dan pada usia perkahwinan kami 4 tahun, aku mengandung tapi luar rahim jadi tiada peluang kami untuk mendapat anak kandung. Kemudian 3 tahun kemudian kami mengambil anak angkat, dia adalah anak saudara suami aku. Kami waktu tu masih belum ada anak kandung lagi. Dan si anak telah menjadi anak susuan kami.
Sewaktu usia perkahwinanku ke 8 tahun, aku dapati suami aku curang dengan isteri kawan dia, aku maafkan dan terima dia dan buat seperti tiada apa-apa. Siapa sangka tahun seterusnya pun dia buat lagi dengan wanita yang lain. Kawan tempat sekerjanya. Mereka semua mengetahui dia telah berkahwin dan mereka mengenaliku tetapi aku taktahu apa yang membuat mereka hendakkan sangat suami aku, sedangkan harta dan rupa pun tiada.
Dia sanggup menceraikan aku semata ingin berkahwin dengan wanita kawan sekerjanya. Motif dia bercerai sebab wanita itu takmahu berpoligami dan dia ingin membuktikan kepada wanita itu yang dia sanggup menduda demi untuk berkahwin dengannya.Tetapi dalam masa yang sama sisuami aku sudah rujuk dengan aku cuma dia tidak mahu daftarkan rujuk tersebut selagi tidak bernikah sama wanita itu.
Selepas 10bulan mendapat gelaran duda atas kertas, dia telahpun bernikah dengan wanita itu.Tapi dia tak tunaikan janji untuk mendaftar rujuk tersebut sampaikan dia ada wanita yang lainnya lagi dan dia juga telah bercerai dengan isteri barunya.
Aku tetap seperti itu, dia masih tidak mahu melepaskan aku mahupun mendaftarkan rujuk tersebut, sudah ku ajak pergi ke mahkamah tapi dia tidak mahu. Katanya untuk apa, aku ini isteri dia.
Sewaktu pkp kami tidak berjumpa selama 4 bulan dan selepas itu dia datang tiba2 lalu menghilang lagi dan dia datang bulan depannya pula dan dia meminta hak dia. Aku tak faham, dia ada wanita yang lain. Kenapa dia tidak minta saja sama mereka, kenapa mahu dengan aku juga. Sedangkan baginya aku ini tidak bermakna, Apa harus aku buat. Aku sudah tidak tahan hidup bersamanya. Aku hanya fikirkan anak. Walaupun bukan anak kandung tapi aku sanggup mati demi anak itu, kerna dari dia bayi sampai 4 tahun lebih aku bersama sianak.