Tapi yang saya sakit hati harini saya tengok dp whatsapp perempuan tu letak gambar anak saya apadia Ingat aku dah mti ke berani nak berangan ambik anak aku ke.

Assalamualaikum min. Hide profil saya ye. Saya pjj dengan suami start bulan 1 sebab kerja. Jadi pkp 3 bulan tak jumpa. Saya memang syak dia macam lain sebab cara dia layan saya, so saya warning, kalau ada orang lain tinggal kan sebablm saya tahu, dan saya cakap lama2 allah akan tunjuk. Alhamdulillah 1st dia balik lepas pkp allah terus tunjuk. Tapi perempuan tu duduk jauh, just chating, tapi chating lu cah. Jadi saya terima dia dengan syarat dia berubah dan minta dia taklik saya. Dia sanggup tukar no n fon biasa. Tapi saya risau jugak kalau fon biasa nanti saya lansung tak dapat korek apa2 buatnya dia ada fon lain kan. so saya bagi je fon lama dia konon dia bagi buat whatsweb semua.

Tak lama pun balik semula ke tempat kerja dia seminggu hari kedua buat perangai sampai ber zina (1st time) dengan perempuan lain. Lepas tu weekend balik macam biasa jumpa saya. Masa tu saya tgk fon dia terjumpa kat activity dia ada install 1apps ni michat. Saya tak syak pape n dia pun balik bekerja macam biasa. Tapi tuhan nak tunjuk, agaknya taknak bagi saya berdosa lama2 sebab dia dah langgar taklik kan, dua tiga hari lepas dia balik, saya tergerak hati nak buka apps dia, sebab no dia ada kat saya. So saya jumpa ada satu perempuan yang cari dia.. Lepas pd dia dapst, dia tinggal perempuan tu.

Jad sekarang saya tengah proses bercerai. Sayu hati tengok anak2 kecik sangat baru 5 tahun kawin, tapi saya tak sanggup dah nak membayangkan perbuatan dia. Konon dia janji nak berubah, saya layan kan lagi. Tapi dalam masa yang sama saya prepare untuk diri saya, saya pegi khidmat nasihat peguam, saya call tempat kerja dia untuk tau apa tindakan untuk periuk nasi dia sebab dia bawak balik kuarters kan. Saya syak dia contact perempuan 1st sebab budak tu ada kacau saya.

Tapi yang saya sakit hati harini saya tengok dp whatsapp perempuan tu letak gambar anak saya apadia Ingat aku dah mti ke berani nak berangan ambik anak aku ke. Korang saya nak tanya, ada tak pape tindakan yang saya boleh ambil, sebab sakit pulak hati ni melampau ssngat korang nak telungkup ke lantak la tapi melampau sampai buat dp anak saya, untuk jantan tu memang dah banyak saya nak buat, tak sedar diri, umpan perempuan dengan kerja dia tapi gaji takat tinggal 1200 nanti saya tuntut apa nak nikah pun tak lepas.

Takpa la saya percaya janji tuhan tu pasti akan ada kifarah, takkan bahagianya dia sebab perempuan2 yang dipilih pun dr apps tu semua social, lu cah. Kenal dua bulan tanpa no fon boleh diajak bersama. Korang hati2 tau kalau suami ada apps tu. Saya dah tgk sndr memang nauzubillah lelaki perempuan semua melu cah. Just korang yang ada pengalaman terutama bab undang2 mtk tlg share ye. Saya nak keadilan untuk ank2 saya yang rapat sgt dengan bapak dorang tepaksa terima kesan akibat perbuatan dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *