Suami saya jenis tak suka bergaul dengan orang dan tak suka bercakap jadi seluruh keluarga saya benci kan suami saya

Salam admin minta hide profile saya. saya nak mencerita kerana masalah dalam hidup saya. Saya buntu tak tahu nak cari jalan keluar dari masalah yang saya hadapi. Suami saya seorang yang panas baran dan cepat melenting. Dia juga seorang yang kaki control dari segala hal. Masa awal perkahwinan ibu saya terlantar sakit di hos jdi saya tolong jaga ibu saya tapi disebabkan suami tak suka saya jaga ibu lebih2 jdi suami saya sound ibu saya Dan mereka bergaduh sehingga setahun. Sepanjang perkahwinan saya dengan dia Macam2 yang saya hadapi. Saya sabar dan bersabar menahan perit kehidupan sebab saya yakin satu hari pasti ada sinar dlm hidup saya.

Suami saya ada kelulusan degree dan bekerja sambil belajar sambung Master. Saya pulak ada degree tapi saya tidak bekerja hanya meniaga tapi income yang saya dapat dari hasil meniaga mampu membantu menyara perbelanjaan saya dan suami ulang alik setiap minggu merentas negeri sebab suami sambung belajar. Dan saya juga dpt bantu dia menyara yuran Master dia. Bnyk susah senang saya Sama2 bantu dia. Sepanjang perkahwinan saya memang jarang dpt nafkah dri dia. Tpi saya tak kisah sebab saya faham dia belajar. Semua perbelanjaan dapur bil api dan air semua saya akn bahagi dua dengan dia.

Saya memang bekerja keras dlm bisnes untuktolong dia. Jdi saya ambil satu langkah tolong adik saya dlm bisnes dri situ juga saya dpt side income utk memperkembangkan lagi bisnes saya. Tapi suami saya tak suka saya tolong ahli keluarga saya jdi dia suruh saya berhenti tolong adik saya meniaga, walau pon saya dpt side income. Adik saya pulak marah sebab kenapa abang ipar dia busuk hati TAK bagi dia meniaga sembilan tolong saya. Jdi adik saya dan ibu saya sambung bergaduh dengan suami saya. Seluruh keluarga saya memang anti dan marah Sgt2 dengan suami saya.

Yela mcm mana dyorng tak anti dan marah pd suami saya sebab saya nak balik kampung jumpa keluarga saya 2 bulan sekali pun susah. Klau balik kampung saya bukan boleh jumpa mereka dan berbual2 saya akn di kawal ketat oleh suami. Saya kne duduk dpn TV dengan suami saya 24 jam. Lps tu saya tak dibenarkan tolong mak saya di dapur. Nenek saya meninggal suami saya tak dtg melawat dan semua jenis majlis yang melibatkan keluarga suami saya tak nak dtg dan saya pn tak dtg la.

Suami saya jenis tak suka bergaul dengan orang dan tak suka bercakap jadi seluruh keluarga saya benci kan suami saya. Bila suami saya balik kampung beramah mesra dengan keluarga dia saya akan rasa cemburu dan merindui keluarga saya. Saya akn menangis dlm bilik rindu kan keluarga. Saya Betul2 rindu kn keluarga saya kenapa saya tak bole layan keluarga saya baik. Kenapa saya tak bole bantu keluarga saya sendiri. Skrng ni lagi la sebab suami saya gaduh hebat dengan mak saya. Saya tak dibenar kn call mak saya atau masej ahli keluarga saya.

Saya kadang fikir suami saya ni gila sebab dia panas baran. Cepat melenting. TAK bole mengalah dengan org. Ego yang terlalu tinggi. Suka bergaduh dengan org. Semua dia shj yang betul. Dia dengan mak kandung dia pn dia bergaduh sebab mak dia baik dengan adik perempuan dia lebih2 jdi dia jealous. Suami saya kalau marah dia akn pegang pisau bercakap benda bukan2 nak ugut macam2. Lps tu dia akn mengamuk.

Selang beberapa hari lepas pergaduhan dia akan mimpi buruk dan dia akan risau dengan mimpi buruk lepastu dia ungkit balik pergaduhan yang lepas. Ya Allah buntu nya saya. Saya takut kalau saya silap langkah memilih jalan keluar. Dulu Kalau bergaduh suami saya kerap lafaz cerai pada saya tapi saya sda tanya peguam syariah dia kata TAK jatuh talak. Ada 5 lafaz

1) Kau diam dan bergerak kalau kau tak bergerak aku cerai kau. Lalu saya pn bergerak. 2) Dia beritahu ibu dia aku macam nak cerai je bini aku
3) Kalau sampai aku tumbuk kau aku cerai kau. Tapi dia tampar bukan tumbuk
4) Kalau aku cerai kau pn tak guna sebab tangan aku dah sakit macam ni lain lah tangan aku baik. 5) kalau aku naik tangan dekat kau aku cerai kau. Tapi bnde ni samar2 sebab ni macam lupa tak ingat betul ke dia lafaz atau dia mimpi.

Bila cerita macam ni saya memang nampak bnyk Sgt2 bnde yang saya lalui. Saya kadang rs give up Dan rs nak lari rumah n pergi mahkamah minta fasakh. Tpi saya thu kalau saya pergi pon TAK guna sebab nak tuntut fasakh atas sebab ap. Lps tu suami saya jenis 24 jam ad dengan saya sebab dia kerja dkt rumah secara online. Jdi mcm mne saya nak keluar kalau saya sndiri dikawal ketat oleh dia. Buntu Sgt2 tak tahu nak buat apa. Perlu ke saya lari rumah pegi mahkamah minta cerai atau saya ikut kn rentak dia makan hati smpy bila2 dan tengok aksi dia sambung bergaduh dengan keluarga saya. Allah sakitnya bnde yang saya alami ni. Hari2 saya berfikir jln keluar tpi saya takut tersilap langkah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top