salam admin, Lama dah tak jengah ke KRT, ni saja nak share pengalaman dan meluah perasaan sikit, Alhamdulillah saya dapat perhatian dan menjadi keutamaan suami walaupon sudah 15 tahun berkahwin, (kami kawin muda) Suami good looking dari zaman muda lagi, saya ni biasa2 dan sederhana je. Sweet dan romantik juga, Bapa yang penyayang pada anak2, susah nak marah atau naik tangan pada anak2, seorg yang family men. Tak ada melepak atau main game, bekeje dr pg sampai malam, So far tk penh ada issue psl perempuan lain.
Nafkah pulak, suami akan serahkan semua gaji pada saya dan ambil untuk belanja seharian suami sahaja, yang lain2 semua bayaran belnja bulanan,saving keluarga, saya yang urus kan, saya pon bekerja. Kisah nya suami saya ni akan utama kan saya dalam apa juga benda, seronok memang seronok, tapi 1 je masalah suami saya ni, dia akan wthapps chat dan video call saya setiap hari, setiap jam, kadang2 hampir (setiap minit).
masalah nya ialah, Time saya free ok la saya akan terus reply, tp time saya buzy terlambat sikit reply, dia dh kelam kabot, saya ni sgt active online FB tapi silent reader je, so die akan cri saya die chat di mesegger pulak, sbb FB dan Whtapps saya install di PC office, automatic akan nmpak kita online je sentiasa wlaupon sebenrnya tk tgk pon FB or wttapp tu, so dia jd marah sebab saya lambat reply, kata nya saya sebok tgk FB atau status wtapp org lain dari cepat2 reply chat dia, bende itu lah yang buat punca kami begaduh.
Suami saya ni boleh kata macam cemburu yang gila dan buta jugak sebabnya selalu syak wasangka yang bukan2 pada saya kata saya ada FB fake la. Ada chat dgn lelaki lain la, tp dia tk pernah ada bukti pon, dan saya sumpah demi allah tkd trpikir nak ada scandal pon, kita pon dah 15 tahun berkawin, Kesian kat anak2, Dulu suami lagi teruk tahap syak wasangka dia, kalau vedio call msti nak kena tunjuk 1 rumah bawah2 katil semua, kalau dlm kereta kena la tunjuk belakang kereta juga. Pernah 1 hr dia pg outstation, macam biasa la kena vedio call 1 rumah, tiba2 dia ternmpak macam ada lintasan lelaki pulak dlm rumah kami, terus suami saya kelam kabot balik rumah malam tu jugak, walaupon 400-500 kilometer jauh nya dr rumah. padahal tkd sapa2 pon.
Lagi 1 kalau mana2 FB yang sama nama dengan saya guna, dia cari selidik 1 per 1, dia akan tuduh tu semua fb saya buat fake akaun banyak2. atau gambar2 perempuan dalam FB yang ada menyerupai saya pon dia akan cakap tu saya. Walaupon org tu dh bersuami dan ade anak2.. FB saya tk boleh ada friend lelaki, tak boleh komen2 sesuka hati, hanya boleh like atau komen dekat friend yang dia kenal sahaja. Kalau nak kluar dgn family atau kawan kawan tanpa ada suami, jangan harap la.. Tarik muka atau akan begaduh la seminggu tu nnt.
Tapi sekarang dah ok sikit, Cuma still ada lg cemburu atau rasa curious dia tu dan buat saya rasa rimas yang amat2 sgt, pekerjaan dia memang ada banyak masa free, selalunya apa dia buat, pergi mana makan apa pon dia akan wtapp saya, so dia nak saya pon macam tu jugk sebab tu kalau saya senyap je, setiap masa dia akan check saya online ke tak, akan Tanya tu online dgn sapa. Online kenapa.
Ya Allah stress nya, yang tak best nya lg, kita selalu akan begaduh dan masam muka dan tak bertegur berhari2, dan punca nya adalah benda bodoh2 dan kecik tu je Semoga perangai suami saya ni beransur2 berubah dan mohon dia percayalah pada saya ni sebab saya tak ada orang lain selain dia, 15 tahun suka duka susah senang saya tetap stay, takan saya nak sia2 kan semua tu, beratus kli dh bag tau dia, tetap sama tak pecaya, insayaallah. saya sayang dan akan setia pada dia seorang sampai bila2.