Suatu malam saya terdetik nak cek fb suami terkejut saya bila dapat tahu beliau mula berkawan semula dengan bekas kekasih lamanya

Mohon rahsiakan id saya. Saya ibu tunggal kpd 5 anak, dan telah bertemu jodoh dengan lelaki bujang pada tahun 2019. Jarak perbezaan umur kami saya 9tahun lebih tua dari umur suami. Umur tidak menjadi hal dalam masalah kami.
Pada awal perkahwinan semuanya ok, selepas sebulan bernikah saya disahkan hamil anak sulung beliau. Kini ank kami dah masuk usia 4 bulan.
Ceritanya saya dulunya seorang yang bekerjaya dan berpangkat executive di bidang swasta tapi pada bulan Mac lalu sya diberi pilihan utk pindah kerja di Selangor ataupun berhenti kerja.

Tapi saya menolak kerana saya sedang sarat hamil dan tidak mahu diganggu hidup oleh bekas suami di selangor. Suami saya ajak pulang ke kampung beliau dan kami sekeluarga telah menetap di kampung suami.

Saya bersyukur walau beliau hanya seorang buruh binaan, dia sanggup berpanas demi mencari rezeki buat keluarga termasuk dgn ank2 saya dengan bekas suami.

(Bekas suami tidak ambil tahu tentang ank). Peringkat awal semuanya berjalan lancar..Lama kelamaan suami mula berahsia dengan wasap/fb beliau.

Kerja pun malas dah nak pergi keje. Ikut rajin dia nak pergi sampailah dia dibuang kerja. Segala kos tanggung family saya bantu sikit mana yg mampu sebab saya ada buat bisnes online.

Ada suatu hari kami bergaduh perkara kecik sahaja. Tapi suami blok saya dri wasap dn fb. Suami tak balik rumah dan duduk rumah emak beliau.
Suatu malam saya terdetik nak cek fb suami terkejut saya bila dapat tahu beliau berkawan semula dengan bekas kekasih lamanya. Saya cuba minta penjelasan dari suami dia hanya diamkan diri.

Saya beranikan diri kol bekas kekasih dia, salam yang saya beri tapi dibalas oleh suara tengking dri wanita tersebut. Saya tergamam bila dia keluarkan kata “kau yang tak pandai jaga laki, sebab tu laki kau jatuh kat tangan aku”.

Saya terdiam sebentar kerana terkejut apa yang saya fikirkan adalah perkara sebenar yang jadi. Bila saya bagitahu pada suami apa yang dikatakan oleh perempuan tu, Suami pula menenengking saya,

“Nasib baik tu jauh, klau dekat aku tùmbvk muka mu”. Buat kali ke dua saya merasa terkejut. Suami seakan memarahi saya kerana berhubung dgn wanita itu.

Kini sudah masuk hari ketiga saya mendiamkan diri dirumah. Dan suami juga mendiamkan diri tidak langsung berhubung meminta maaf atau bertanya khabar dirumah.

saya merasakan seolah saya ni tiada lagi dalam hatinya. Perlu kah saya terus pertahankan rumahtangga kami, mohon pada yang pernah mempunyai masalah seperti saya memberi untuk memberi pendapat atau nasihat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top