Aku memang tak faham jugak dengan taste laki aku ni sedangkan aku ni muda hampir sepuluh tahun beza dengan dia

Assalamualaikum warga KRT. Pendekkan cite jela macam mana nak buat dengan suami yang jenis suka main2 dengan perempuan lain ni?

Aku dah bosan, baru je tahun lepas aku bagi peluang.. lepas kantoi tahun lepas nangis siap melutut lagi dah serik ni baru je setahun dah buat perangai balik..

Bila tanya apa yang kurang dalam rumahtangga dia cuma jawab takde apa yang kurang dia cuma suka2 je layan perempuan lain, apa aku kt rumah ni patung yang takde perasaan ke?

Dengan perangai sekarang pulak takubah macam orang bujang, rumah ni ibarat hotel je. Anak2 pun dah macam takcukup kasih sayang seorang ayah, balik pun asyik dengan fon.

Ni kantoi lagi sebab aku ada buat whatsapp web dan aku memang dah jumpa perempuan tu.. aku taksalahkan perempuan tu 100% sebab laki aku yang mulakan dulu.

Aku memang tak faham jugak dengan taste laki aku ni sedangkan aku ni muda hampir 10 tahun beza dengan dia.. perempuan yang dia layan tu janda yang tua dari dia tu hampir 10tahun jugak.

Sampai aku jumpa tu aku nak cakap lebih kurang pun tak sampai hati sebab dia macam dah baya mak2 saudara aku dah, hmmm. Bila tanya tak cukup bini sorang dia jawab cukup, bila ajak berpisah dia taknak siap cakap takkan lepaskan aku..

lelaki bila naik pencarian memang dia akan fikir nak main perempuan ke? Aku takpernah larang dia buat apa cuma aku nak dia SETIA je tapi 1 tu yang aku nak dia takmampu bagi.

Betullah orang kata kan lelaki diuji bila berduit, dulu akulah yang terima dia waktu dia takde apa2. Aku sanggup korbankan cita2 aku demi seorang SUAMI..

Kalau dulu doaku semoga suamiku murah rezeki tapi harini doaku dah bertukar menjadi ‘seandainya kerana rezeki murah yang Engkau bagi buatkan suamiku lalai dalam rumahtangga,

kau berikanlah rezeki itu kepada insan lain yang lebih memerlukan.. aku lebih rela hidup sederhana janji suami aku setia dan itulah kebahagian bagi aku..

Ingat para suami, bukan doa seorang ibu je Allah swt permudahkan tapi doa seorang isteri jugak.. jangan kerana doa seorang isteri buatkanmu muflis..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top