Teringat masa tu saya berpantang dekat rumah ibu saya tapi dia pulak masa tu  kesempitan duit untuk tampung makan saya dalam pantang

Assalamualaikum min dan sahabat KRT Di sini saya ingin meluahkan rasa yang mana saya kira terlalu lama saya pendam. Tatkala saya nak menaip ni air mata saya tak surut mencurah curah jatuh.

Saya dah pun berkahwin selama 7 tahun. Alhamdulillah saya dikurniakan dua org anak  seorang 4tahun dan 3tahun. Kini mengandung anak ketiga. Perkahwinan yang saya bina bukanlah saya kata tak bahagia. Kadang suka, kadang duka.

Namun lebih banyak duka dari suka. Memendam air mata tu dah sebati dengan saya. Makan hati tu dah jadi kawan baik saya.  Perkahwinan saya bukanlah macam org lain. Hanya buat kenduri doa selamat.

Sebab ketika tu dia tak ada duit simpanan pun. Bertunang dah terlalu lama sampai 4tahun. Ibu saya dah bertanya bila nak kahwin. Ketika tu ibu saya panggil dia dan saya utk bincang tentang perkara ni.

Ibu saya tanya dia, kamu nak ke tak kahwin dengan kakak? Dia jawab nak. Ibu tanya saya pulak. Sama ada saya nak ke tak kahwin. Dengan spontan saya jawab tak nak. Sebab saya dah tawar hati dengan dia.

Terlalu banyak duka yang dia bagi dekat saya. Ibu ckp dkt dia. Kalau betul nak kahwin boleh buat sekali dengan adik saya sebab adik saya pun ketika tu dah pilih tarikh utk nikah. Saya diam.

Dengan keadaan serabut saya pun ikutkan je. Dengan duit simpanan yang saya ada ketika tu cuma 3ribu saya hulur dekat ibu utk buat majlis nikah. Hantaran pun semua pakai duit saya. Tak ada satu pun dari duit dia.

Even duit mas kahwin pun saya sediakan. Tapi saya tak kisah. Ketika tu, saya cuba muhasabah diri..saya katakan pd diri saya hati saya. cuba bg peluang. mana tau dia berubah.

Mesti semua tertanya kan. Teruk sangat ke suami saya ni? Dari kami bercinta lagi, betunang, berkahwin dan sampai dah ada anak. dia suka maki hamun saya dengan perkataan tak senonoh siap J4l4ng pun pernah. Naik tangan?

Pun pernah. Saya pernah dipvkul, ditvmbvk masa saya dalam pantang anak kedua. Sebabnya? Teringat masa tu saya berpantang dekat rumah ibu saya tapi dia pulak masa tu  kesempitan duit untuk tampung makan saya dalam pantang.

Jd dia paksa saya blk rumah mak dia dekat Ipoh. Kononnya kalau blk rumah mak bapak dia. makan semua ada dekat sana. Saya bgtau takpe la pantang dkt rumah ibu pn. Makan je apa ada.

dia berkeras xnk. Dia tetap paksa saya blk Ipoh. Masa bergaduh tu dia sep4k muka saya. dia tvmbvk tubi tubi kepala saya. Lebam lebam badan saya masa tu.cbayangkan pantang dlm seminggu macam tu.

Tapi saya tak buat report polis pun sebab saya bayangkan saya tgh sakit baru lepas beranak..saya simpan dulu dlm hati saya diam diam. Saya pendam. Malam tu jugak dia bawak saya balik ipoh.

Walaupun lepas apa yang jadi. Saya masih boleh layan dia macam biasa. Gelak gelak macam org lain. Selain dari makian, dia ada satu lagi perangai yang buat saya bertambah m4ti hati dengan dia.

Dia suka duduk dlm bilik, tutup pintu, dan tengok byk video lvc4h dlm hp dia. Dia ada telegram yang penuh dengan channel video lvc4h. Bila saya tolak pintu bilik dia menggelupur macam tgh buat something.

Saya ckp apa guna saya sebagai isteri kalau tengok video lvc4h jgk? saya tak layan dia elok ke? Saya tak puaskan dia ke? Dia diam je. Bukan sekali. tapi dari awal kahwin sampai dah ada anak dia buat macam ni dekat saya.

Dia buat macam tu seolah olah dia bujang. Dia tunggu saya tidur lepas tu dia buat projek dlm bilik. Bila saya sedar dia takda dkt tilam. saya jerkah dia dlm bilik tgh menggelupur buat benda tu sambil hp dkt tangan. Ya Allah. knp hidup saya macam ni? Kenapa Allah uji saya macam ni?

Utk pengetahuan. Saya nikah menggunakan wali hakim disebabkan status saya. Saya ingat lagi masa dlm mahkamah. hakim ada tanya dia. Betul kamu nak kahwin dengan dia? Dia jawab ye.

Hakim tanya lagi. cuba kamu selawat dan istigfar saya nak dengar. Dia tak tau. Tergagap gagap nak jawab apa yang hakim tanya. Terus hakim ckp macam tu kamu ckp kamu nak kahwin dengan dia?

Macam mana kamu nak bimbing dia nanti kalau selawat dengan istigfar pun tak tau? Dipenghujung tu, hakim ada pesan pada dia. Sekiranya kamu tak suka, gaduh macam mana sekalipun jangan diungkit kisah silam hidup dia dan asal usulnya. Dia angguk faham.

Tapi. Apa yang jadi sekarang. saya dikatakan ja4l4ng setiap kali gaduh. Bila dia xpuas hati dengan saya perkataan tu la yang dia akan keluarkan pd saya. Dulu sebelum kahwin. masa gaduh dia ada ckp. mak bapak ko tu menj4l4ng sebab tu dpt anak macam kau. anak luar nik4h.

Sampai sekarang saya ingat apa dia ckp. Tapi saya masih boleh layan dia macam biasa. Allah kuatkan hati saya. Kuatkan semangat saya utk teruskan hidup. Bila dah tak tertanggung rasa beban sedih tu. saya nangis atas sejadah.

Saya salahkan Allah sebab takdir hidup saya macam ni. Doakan saya semoga saya terus kuat. Doakan semoga saya tak putus asa dlm hidup. Semoga kalian yang punya masalah jugak terus kuatkan semangat. Maaf kerana posting ni terlalu panjang.
Terima kasih min

3 thoughts on “Teringat masa tu saya berpantang dekat rumah ibu saya tapi dia pulak masa tu  kesempitan duit untuk tampung makan saya dalam pantang”

  1. hello there and thank you for your information –
    I have certainly picked up something new from right here.
    I did however expertise some technical points using this site, as I experienced
    to reload the site many times previous to I could get it to load properly.
    I had been wondering if your hosting is OK? Not that I am complaining, but slow loading instances times
    will often affect your placement in google and
    could damage your quality score if ads and marketing with Adwords.
    Anyway I am adding this RSS to my e-mail and can look out for a
    lot more of your respective interesting content. Ensure that you
    update this again soon..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top