salam min, tolong hide kn profil aku yer min. Min aku nak luah kan isi hati aku min. dah 2 tahun aku pendam, aku tak tahu sampai bila aku harus jadi pedendam, cerita dia macam ni min.
ni perkawinan aku yang kedua. Yang pertama kecundang di tengah jln, aku ade 5 orang anak dengan yang pertama, aku ibu muda, lepas bercerai kali yang ke 2 dengan orang same, satu suami.
Ceritanya selepas 4 bln habis edah aku menerima lamaran seorang lelaki yang baru dikenali rapat selame 2 miggu, hanya bertemu skali, berbual telepon skali skala, tetapi dia telah lama cuba untuk mendapatkn aku sjk dr perceraian pertama lagi dengan suami pertama,
cuma aku yang tidak tahu, aku menerima dia memandangkan bekas suami masih mnedesak aku untuk kembali padanya.
Aku dah tak de hati lagi dengan bekas suami, suami baru pulak memang terlalu baik, sangat mengambil berat.
Sanggup berbuat apa sahaja untuk aku, so aku buat keputusan untuk menerima suami. Hubungan aku dengan suami baru memang sangat2 bhgia, suami sangat2 romentik,
tapi sume tu tak lame, aku dapat thu yang dia masih suami org, ya allah min, remuk jiwa aku min, hancur hati aku, setahu aku dia duda anak 2,
tidak pulak aku tahu dia masih punya isteri, isteri nya di gntvng tak bertali, masih lagi ade ikatan, cuma tak sebumbung, aku tak peduli pasal tu tapi aku peduli kenapa dia tipu aku,
aku jadi stres sangat. aku terpksa refer pakar, makan ubat bagai. Aku tak boleh terima hkikat bahawa aku telah bermadu, telah menyakitkn hati perempuan lain.
Madu aku tak boleh terima aku, hari2 aku di hina, di m4ki di cemuh, ku takkuat nak tempuh semua ni. madu aku suruh suami cerai aku, sebab dia tak rela ada aku,
walaupun mereka memang tak bahagia, tapi suami tak nak lepas kan aku, hingga lah laki membuat pilihan, dan madu ku memohon pasah, dengan mudahnya mereka bercerai,
Bermula lah episod, aku di cop jnda mur4han, janda yang menghancurkan rumah tagga orang, janda vavi dan suami dituduh menjandakn isterinya untuk janda macam aku,
aku semakin membenci suami aku, aku benci sebab dia tipu aku, aku benci sebap jadikan aku mangsa keadaan, aku benci dia sebab aku ialah seorang anak yang membesar tanpa pernah merasa sekali pun kasih seorang ayah,
aku membesar dlm keluarga yang berpecah belah, ayah aku ada perempuan lain masa dia berkawin dengan mak aku. Aku benci pada lelaki yang menduakn isteri. Aku benci min,
tapi allah jodoh kn dengan lelaki tu, dan yang menjadi punca perceraian itu ialah aku, aku min, aku lah penyebap madu ku tiada suami. Anak tiri ku tiada ayah.
Memang sume bukan slh aku tapi aku tak mampu untuk terima, sifat aku dr kecil. Aku memang seorang pedendam min berdosa kah aku,
sampi ke harini aku tak mampu untuk memaafkan suami aku, terlalu bnyak maaf yang di pohon. hari2 dia cuba rawat luka hati aku. tapi sukar min.
Aku cuba bukak hati aku tapi tak boleh. Aku cuma bertahan sebab keluarga mertua sgt baik, anak2 tiri pun sgt syangkn aku dan demi anak kami tapi hati aku min,
tak cara apa lagi untuk aku terima kenyataan bahawasanya semua ini takdir.. sume ni ketentuan allah, hari2 aku berdoa semoga hati aku redha menerima takdir,
aku taksggup nak sakitkn hati suami, tapi dlm mse yang sme, dendam itu tak pudar lagi min.