Ujian bermula dalam hidup kami bila staff  prempuan baru masuk dkt ofis biasa lah sembang2hal Kerja dll

salam min. Terima kasih min sudi siarkan cerita saya. Tolong hide profile saya yek. Cerita saya ni taklah menarik sgt. Cuma nak minta pendpt semua. Saya seorang suami awal 40an dan mempunyai wife yang caring dan rajin.

Setiap hari pergi keja pagi2 dah sedia bekal sebab saya allergic. tiada rahsia antara kami sebab wife mmg byk bercakap dan bertanya, dia seorang cemburu dan kuat merajuk senyum  comel ja saya tengok perangai dia..

Ujian bermula dalam hidup kami bila staff  prempuan baru masuk dkt ofis biasa lah ofismate sembang2hal Keta dll. Saya ada cerita kt wife bkenaan ofismate ni. Kadang2 ofismate ni wasap sy bkenaan keja.

Pernah satu hari saya Kene outstation bertiga dgn ofismate prempuan ni dan seorang lagi lelaki (Ali)..Saya gilir2drive dgn Ali. Sampai satu tempat tu Ali sakit perut. Saya  n ofismate prempuan tu pun tunggu la dalam Keta sebab cuaca kat luar panas.

Nak dijadikan cerita kami tserempak dgn wife saya, dia just angkat tgn. saya pun bg isyarat lampu. tkejut jgk macam mana wife ada situ. Balik rumah wife bgtahu dia ada cod bisnes onlinenya. Saya pun explain hal td.

Ok ja wife kata cuma kalau boleh katanya elak fitnah. Untuk pgetahuan semua wife saya ni berasal dr keluarga yg sgt mjaga adab n alim juga. masa terus blalu hampir setahun.. Diam2wife check phone sy. wasap mcm 2dlm phone tu. kalau dgn Ali tu mmg kwn gila2saya.

ada la kmi tersebut nama ofismate perempuan tu. Saya pun tanpa sedar selalu sebut nama ofismate perempuan depan isteri. yelah kami saling bantu mbantu dkt ofis tak berniat apa pun.

Suatu hari saya ada tersalah faham dengan ofismate ni jadi  berbalas wasap la. wife saya diam2baca wasap tu. Time Saya tidur wife curi2 ber wasap manja2dengan ofismate. wife menyamar jadi saya. alamak!.

ofismate tu pulak reply elok ja. Wife saya call ofismate tu. sekali angkat tkejut dia. Kena ceramah cukup2dgn wife. Ofismate minta maaf, dia kata hormat saya sebagai kawan ,tak lebih dari tu. Siang nya wife luahkan perasaan dia.

gaduh YaAllah rupanya dalam setahun ni memang wife pendam perasaan. Dia kata kenapa saya asyik sebut nama n kepandaian ofismate tu. Dia jugak tak suka saya wasap 2 dengan ofismate tu. Saya minta maaf sangat dekat wife.

Saya tak pandai jaga hati dia. Mulai hari tu saya lebih hati2. Nak taknak saya kena jugak hadap semua ni. keja perlu terus. Suatu hari ada panggilan dr ofis saya pun jawab.

kebetulan wife ada sebelah. Saya ckp Ali yang call. Akhirnya isteri dpt tahu juga ofismate tu yg call sebab  saya lupa nak delete. Isteri marah katanya kenapa ofismate tu tak call Ali je. Kenapa perlu call saya.

Saya pening Time tu. Serabut dengan hal keja. saya terus marah wife. saya kata salah ke ofis mate tu call saya. Hal kerja, Saya tengok muka wife masa tu senyum tawar. Tiada airmata macam selalu. Dia minta maaf, katanya Ya ofismate tu betul dia yang salah.

Dah lepas kejadian tu. Saya kehilangan min. isteri yg BYK bertanya, banyak mulut,  merajuk cemburu manja. Isteri yg selalu menangis bila saya sakit. Isteri yang selalu sikat rambut saya.

Tapi saya bersyukur kerana dia masih menjalankan tugas hakikinya.. kadang2isteri ada bercerita perihal org2 bermadu yang bahagia. kadang2 ceritanya tentang isteri nusyuz.

jika suami sayangkan isteri baik dilepaskan saja jika sudah tak sehaluan. selepas berpisah boleh bsahabat untuk anak2katanya.. Apa perlu saya buat. Sayang perlu ditinggal atau sayang perlu disimpan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top