Assalamualaikum. hi aku nak tanya pasal perkara yang aku suspicious pasal family sepupu aku. aku nak minta pendapat semua, sebab kami tak tahu nak refer siapa. Ceritanya macam ni, sepupu aku merupakan anak sulung (lelaki) dari 7 orang adik beradik, aku namakan dia sebagai Man.
Man sekarang dah berumur 27 tahun dan baru berumahtangga.
Sebelum Man tu kawin, Man nak kumpulkan dokumen2 yang berkenaan sbg preparation nak nikah. masa Man dalam proses nak lengkapkan dokumen2 untuk dia nikah , Man terjumpa sijil nikah parents dia..
Itu adalah pertama kali dlm hidup Man tgk sijil nikah parents dia sendiri. Dalam Man baca sijil nikah parents dia, Man TERperasan tarikh nikah parents dia yang tertera di sijil nikah tersebut. Di situ tertera tarikh nikah parents dia 5 bulan selepas tarikh lahir Man.
Kemudian Man tanya dekat makde dengan pakde aku kenape tarikh nikah parents mereka 5 bulan selepas tarikh lahir Man. Makde ngn Pakde aku jawab sbb sijil nikah dorang yang sblm tu dah terbakar oleh seseorang.
Jadi mereka terpaksa buat sijil nikah yang baru, iaitu 5 bulan selepas Man dilahirkan. Dalam erti kata lain, Makde dgn Pakde aku menafikan yang Man tu ialah anak luar nikah dan mereka tetap nak yakinkan Man bahawa tarikh sijil mereka berubah sebab mereka mendaftar sijil nikah yang baru 5 bulan selepas Man dilahirkan
Persoalan di sini ade tiga. Yang pertama, Boleh ke jabatan pendaftaran sesuka hati buat tarikh nikah yang baru ( bersamaan tarikh daftar sijil nikah baru), disebabkan sijil nikah yang asli telah terbakar tanpa merujuk kepada sijil nikah yang asal, atau memanggil saksi2 yang ada semasa pernikahan mereka.
Yang kedua, Bukan ke sepatutnya tarikh nikah tersebut tidak boleh berubah dan sepatutnya mengikut tarikh nikah dalam sijil nikah yang asal, jika mereka ingin buat sijil nikah yang baru? Yang ketiga, betul ke Man tu tidak boleh mewalikan adik beradiknya sebab Man kata, Pakde aku selalu cakap dkt adik beradik dia yang lain,
kalau Pakde aku dah tak ada, takda org lain yang boleh mewalikan adik beradiknya yang perempuan, melainkan ahli keluarga kami yang lain. Mohon pencerahan dari semua. Terima Kasih. Jadi mereka terpaksa buat sijil nikah yang baru, iaitu 5 bulan selepas Man dilahirkan.
Dalam erti kata lain, Makde dgn Pakde aku menafikan yang Man tu ialah anak luar nikah dan mereka tetap nak yakinkan Man bahawa tarikh sijil mereka berubah sebab mereka mendaftar sijil nikah yang baru 5 bulan selepas Man dilahirkan. Persoalan di sini ade tiga…
Yang pertama, Boleh ke jabatan pendaftaran sesuka hati buat tarikh nikah yang baru ( bersamaan tarikh daftar sijil nikah baru), disebabkan sijil nikah yang asli telah terbakar tanpa merujuk kepada sijil nikah yang asal, atau memanggil saksi2 yang ada semasa pernikahan mereka.
Yang kedua, Bukan ke sepatutnya tarikh nikah tersebut tidak boleh berubah dan sepatutnya mengikut tarikh nikah dalam sijil nikah yang asal, jika mereka ingin buat sijil nikah yang baru?
Yang ketiga, betul ke Man tu tidak boleh mewalikan adik beradiknya sebab Man kata, Pakde aku selalu cakap dkt adik beradik dia yang lain, kalau Pakde aku dah tak ada, takda org lain yang boleh mewalikan adik beradiknya yang perempuan, melainkan ahli keluarga kami yang lain.. Mohon pencerahan dari semua. Terima Kasih.