Hi semua. Saya nak mnta sedikit pendapat, suami saya kantoi bercinta dgn prempuan lain. prempuan tu bkerja di syarikat kakak ipar saya. Ini kali kedua suami bercinta dengan staff dmana sbelum ni dihalang oleh kakak ipar saya sndri.
Kalini suami tak bohong lama setelah kantoi dia ceritakan semua siapa prempuan tu dan saya dah bersemuka dengan prempuan tu. Bagi saya dia seorang yg baik. Mungkin silap dia termakan kata2 suami saya.
Untuk mengelakkan bergaduh saya benarkan poligami dengan syarat tertentu tetapi Secara jujur hati saya remuk retak tapi saya tahu jika halang suami tetap akan buat perangai yang sama.
Saya bsabar kerana saya surirumah anak sorang dan skrg mengandung anak kedua. Bila saya rela bg mereka bercinta keluar bsama suami layan saya dan anak dengan baik.
Semua lengkap dari segi nafkah. Cuma baru2 ni saya agak bertegang sebab suami selalu belanja dan habiskan duit untuk prempuan tu.
Masalahnya bila saya call prempuan tu dan pesan jika nak suami habiskan duit tunggu la sehingga sah bergelar isteri. Mereka bergaduh sebab prempuan tu merajuk dan mengugvt suami untuk berpisah.
Sekarang suami dingin dgn saya. Apa tindakan saya ? Jika bcerai pun saya tunggu shingga anak lahir dan kembali bkerja. doakan saya sentiasa tabah dan kuat dgn dugaan.
insyaAllah janji Allah itu pasti.saya percaya setiap dugaan tselit hikmah. Doakan hati saya tabah rakan krt. Jika ada cadangan bagaimana utk saya bangkit bangun semula boleh kongsikan. trima kasih