Assalamualaikum admin dan warga krt.
Saya mohon warga krt doakan saya sabar dan kuat untuk hidup sebagai ibu tunggal nanti. Saya bakal dijandakan secara rasmi tak lama lagi kerna suami telah memperisterikan janda anak 7.
Suami saya tak mampu nak adil walaupun saya dah redha. Nafkah tak bagi. Gaji selalu tiada padahal kerja setiap hari. Anak tiri 7 bukan tanggung jawab suami nak bagi makan minum boleh bagi atas dasar ihsan.
Tapi bila semuanya dikontrol madu duit pun tiada. Yang paling menyayat hati saya tengok mata sendiri suami melutut merayu dekat madu mengaku dia sudah ceraikan saya dengan talak 3 lama dah. Patutla suami balik rumah saya seperti pencuri.
Dengan megahnya madu katakan pada saya dan suami dia tidak madu berkongsi, tak mahu bergilir malam. Mudahnya padahal saya isteri pertama. 18 tahun usia perkahwinan akhirnya runtuh juga.
Selepas kejadian itu suami hanya balik waktu siang hari saja. Hinanya rasa. Mahkamah sudah memutuskan talak 1 saja terhadap lafaz cerai di depan madu dulu.
Saya cuba bersabar, berdoa tapi hampa bila hati suami dah berubah.
Kali ini suami sudah membuat permohonan cerai sekali lagi keatas saya. Doakan saya kuat untuk melangkah selepas ini.
Alhamdulillah saya bekerja masih mampu untuk menyara anak saya.
Masalahnya Ketika sendiri saya masih sangat rindukan suami, rindu saat2 manis kami dulu.
Berbahagia ke perempuan yang meruntuhkan rumah tangga orang lain.
Sepanjang tiga tahun bersabar hidup bermadu saya dim4ki hamun oleh suami, dipukul saat mengandung dan berpantang. Madu mari rumah saya cari suami maki hamun saya. Doakan saya semua yer.