Assalamualaikum. Ini kali 3 saya post. Mohon hide nama saya. 7 tahun yang lepas saya berkahwin dengan isteri saya. Semasa itu saya bekerje di oversea, pendapatan antara 20k ke 30k. Saya amat dihormati oleh isteri dan keluarga mertua.
Setahun selepas kahwin setiap hari saya dapat mesej lelaki yang tidak dikenali didalam facebook. Saya abaikan sahaja, sepanjang berada di UK saya amat menghargai isteri dan kami di kurniakan seorang cahaya mata sekarang berusia 5tahun.
Kami balik setiap tahun, setiap kali balik saya dirai penuh hormat oleh keluarga mertua kekadang ada buat kenduri. 1 tahun lepas saya dan isteri balik ke malaysia sebab bapa mertua saya meninggal.
Isteri katanya nak jaga ibu mertua sebb isteri anak sulung perempuan tetapi ada dua org abang dan dua orang adik perempuan yang belajar…Ketika pulang ke malaysia saya cuba pelbagai perniagaan ada
Sampai satu tahap saya tido didalam kereta selama 3bulan sehingga pernah dibawa ke lokap 2kali dan bermalam di lokap sebab tempat parking kereta saya tu ada kes pecah rumah saya menjadi suspek.
Hal ini tiada siapa yang tahu termasuk isteri pun tidak tahu sebab saya sayangkan dia, saya taknak dia risau dan setiap kali balik untuk melihat anak bini. Saya tetap pakai pakaian yang kemas dan segak.
Masjid menjadi tempat saya bersihkan diri… memang pelik mana simpanan saya sepanjang kerja di UK sebenarnya saya ditipu oleh rakan niaga saya dan telah kehilangan hampir RM800k.
Bisnes saya buat semua tak menjadi akan tetapi saya tidak pernah abaikan tanggungjawap walau pun sikit tetap saya bagi.Allah menguji bersebab saya terima. Saya tahu ada hikmahnya dan saya mampu handle.
Saya tak dapat bayangkan kalau saya di uji anak saya menghadapi penyakit kronik. Allahuakbar… saya tak sanggup.Ujian besar mula melanda. Seminggu sebelum puasa isteri keluar rumah dengan exbf dia iaitu lelaki yang selalu mesej saya di facebook yang saya nyatakan sebelum ini. S
elepas membuka facebook isteri rupanya mereka telah berhubung kembali beberapa bulan lamanya Isteri tinggalkan rumah selama 10hari tanpa saya tahu dia pergi kemana. Selepas balik dia minta saya melepaskan dia sebab saya banyak susahkan dia.
Keluarga mertua yang saya minta pertolongan untuk membantu turut menikam saya, tidak berpihak pada saya, dituduh memberi bangkai pada anak dan isteri . Itu kata dari mak mertua dan abang2 isteri saya, itu lah ujian dan cacian saya terima ketika susah.
ALLAHUAKBAR.ALLAHUAKBAR. Allah peluk saya erat2, tolonglah ya Allah. Ketika ini saya masih menangis, ketika menulis kisah ini sebab saya rindukan anak saya. Saya tidak diberi peluang melihat anak. Saya call tak angkat hanya pic whatapps sahaja diberikan.
Video yang saya record sebagai peneman saya ketika rindu anak. Masa dalam proses penceraian isteri kata saya susah tak beri nafkah yang cukup. Taknak bekerje sedangkan sepanjang saya berniaga saya balik 12malam setiap hari,
saya tahu itu hanya alasan hakikatnya isteri dah curang dengan saya dan mengaku pada saya. Dia cintakan lelaki itu. Sedih saya tak terhingga. Sepanjang saya berada di UK bersama dia. Tidak pernah saya abaikan dia ,bunga setiap minggu pasti saya akan hadiahkan.
Saya suke buka pintu kereta setiap untuk isteri walaupun dah bertahun berkahwin itu habits saya sebagai tanda hormat saya dan berterima kasih saya pada dia. Saya tak pernah lupa tarikh2 penting. Saya bagi kenangan manis bersama sebab lelaki di uji ketika senang,
jdi saya nak buktikan pada dia yang saya sayang dan setia ketika saya senang, jika suatu hari nanti susah dia tahu dan akan kenang kenangan manis bersama tapi apa yang saya jangka tidak sama sekali. Kini ketika saya susah, dia tinggalkan bersama penghinaan.
Wahai isteri diluar sana. Terutamanya didalam group KRT ini, jadi lah isteri yang menerima kekurangan suami ketika susah atau pun senang. Sayang suami ketika dia susah, peluklah dia beri lah dia semangat.
Kita tak tahu pengorbanan suami yang dia rahsiakan.Kepada suami dalam group ni, kalau anda senang sekarang. cuba lah uji kesetian isteri korang dengan kesusahan. Jika dia masih di sisi,
peganglah erat isteri anda, jgn sesekali tinggalkan isteri anda sbb dia setia, jgn pandang pda rupa tapi pada hati.Isteri di uji ketika susah… Suami di uji ketika senang…
Assalamualaikum warga KRT. Saya nak share kisah hidup saya. Kalau sebelum ni saya share macam mane saya ditinggalkan isteri saya ketika saya susah jatuh tersungkur dalam perniagaan dan exwife pergi bersama first love dia.
Yang paling menyedihkan pernah saya merayu melutut dan sujud pada dia supaya jangan tinggalkan saya walaupun saya tahu dia dah ada hubungan dengan lelaki lain beberapa bulan walaupun saya tahu saya dah dayus ketika itu dan saya dapat tahu lepas jer tempoh eddah dia telah pun bertunang.
Begitu cepat tanpa memberi saya peluang dan exwife saya telah pun berkahwin bulan lepas bersama first love dia. Apa yang saya nak share sebenarnye disini lelaki perlu cari seorang bakal isteri ketika dia tidak mempunyai apa2.
Jika ada apa2 dan kaya sekali pun tunjukkan lah diri anda susah agar kite dapat memiliki cinta sebenar. Berlakon susah pun takpe sehingga hari perkahwinan, kene diingatkan lelaki di uji ketika senang, wanita di uji ketika susah. Alhamdulillah saya telah pun berjaya sekarang.
Kalau sebelum saya pernah tido didalam kereta siap kene soal siasat dengan polis lagi dan masuk lokap sebab jadi suspect jenay4h. Bagi saya kejayaan terbesar akhir 2017 ni saya telah bertemu seorang bakal isteri yang terima saya seadanya,
bakal isteri dan bakal mertua saya hanya tahu saya tidak mempunyai pekerjaan tetap. Umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Takda payslip…bakal isteri pula seorang yang bekerjaya seorang yang lemah lembut dan seorg yang cantik dan good looking type model, bakal isteri sebaya saya 28.
Mereka semua terima saya seadanya. Walaupun ketika ni saya telah memiliki segalanya dan berjaya dalam perniagaan saya. Saya telah berjaya memiliki rumah yang harganya hampir RM2 milion dan mempunyai pendapatan bersih sekitar 25k sebulan
Jangan cakap saya riak, tak terlintas sebab saya rase admin memang akan hide profile saya. Saya menulis hanya untuk pengajaran bakal suami diluar sana jika, ko orang jumpe bakal isteri yang boleh terima ko orang ketika korang susah, pergi lah cecepat pinang…lepas dah kahwin
Jaga elok2, hargai sebaik mungkin, jangan sesekali abai kan dia, jangan mendua kan dia, jadi kan dia isteri dunia dan akhirat.Thanks admin