Bila saya mengamòk saya marah anak2 dan suami malahan suami cakap saya asyik cari mensalah dia dan anak2

Assalammualaikum semua..macam biasa min kene hide fb saya ye. t.kasih. Saya takde masalah rumahtangga. Cuma nak tanya pendapat semua. Hampir 13 tahun saya mendirikan rumah tangga. memiliki 4orang anak. 12 tahun, 10 tahun, 8 tahun, 5 tahun.

Saya dan suami pjj dah masuk 6 tahun. Sebelum ni suami balik jenguk anak isteri sebulan 2 kali. Sejak pkp3 suami banyak habis masa kat rumah. Work from home kan. Kadang2 je bos panggil outstation seminggu.

selebihnya memang berkepit dengan anak bini. Alhamdullah mungkin ade hikmahnya pkp ni saya dan anak2 dapat luangkan masa bersama suami. dapat gantikan masa 6tahun berjauhan(konon la).

Semua kerja di rumah saya yang buat. barang2 dapur pun saya sorang2 je pergi beli. Sebab dia taktaw nak beli ape. Dia cuma bagi duit n bila  saya balik dia angkat barang2.

Pdpr anak2 saya yang hadap dari mula sampai akhir. kerja rumah saya yg buat dari celik mata sampai diorang tidur. Anak2 n suami ada tolong tapi selepas mulut saya bising bertempik baru la diorang begerak buat keje.

kalau x suruh  tak de nya diorang nak buat. kadang2 perli2 pun tak jalan. saya tak tahan, penat tapi suami anak2 buat tak tahu. rumah sentiasa bersepah sebab anak2 dan suami tak peduli pun.

Nampak sampah tak de nak ambik buang ke sapu ke. tak de. semua saya. semua nk kene suruh. korang tak penat ke cakap bende yang sama je hari2.

Bila saya mengamòk saya marah anak2 dan suami malahan suami cakap saya asyik cari salah dia dan anak2. tak malu ke cakap kuat2 sampai jiran dengar ..kenapa nak kene malu..jiran2 pun paham diorg pun ada anak2..

kenapa nak kene malu kalau perangai suami dan anak2 tu yg buat kan saya jadi macam orang gila.. salah ke saya beri tunjuk ajar ape yang sepatutnya pada anak2. ada ke ibu2 yang suka2 marah anak2 tanpa sebab?

salah ke kalau saya persoalkan pada suami kenapa awak dah lain tak macam sebelum ni.bsemua ni memang salah isteri ke.? memang salah isteri ke menegur kesilapan anak2 dan suami?

memang isteri ke yang suka mencari salah suami? bila suami cakap saya suka cari salah suami dan anak2 rase sedih n terase hati sangat2..tak pe la. mungkin dia tak suka saya bising2 marah anak supaya menjadi”orang”

Dan tegur perangai dia untuk dia jdi suami yang “prihatin” dengan keadaan isteri dia kan..biarlah..nak cakap panjang lebar pun tak guna kan..

pendam je la dalam hati..diam kalau itu yang membuatkan diorang bahagia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top