Adik ipar lelaki saya ni pulak kalau nak makan dia ketuk2 bilik paksa saya masak sedangkan dia pandai masak hari2 saya masak untuk dia selama satu tahun.

hi min hide my profile, saya dah 3 tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, berusia 6 bulan min, husband saya mualaf, alhamdullilah min keluarga dia benarkan masuk Islam untuk berkahwin ngan saya min, cuma hari ne saya nak meluah betapa sakit hati saya min, tahun pertama dan kedua perkahwinan saya menahan perasaan makan hati min, sebelum keluarga mertua dan kami pindah rumah baru, macam2 yang saya alami min adik ipar sekolah menengah lelaki tak kisah lah sebelum ada anak dan takda anak, Adik ipar lelaki saya ni pulak kalau nak makan dia ketuk2 bilik paksa saya masak sedangkan dia pandai masak hari2 saya masak untuk dia selama satu tahun.

Masuk bilik kami sesuka hati, belum lagi bab dia x cuci bekas dia makan, ambik barang kami sesuka hati, lepas ambik barang take mengaku, boleh gaduh suami istri jadi dia, baju dia tak pandai cuci, sedangkan bilik kami private min, malas orang kacau, masuk bilik dia baring kat tilam kami min sedangkan dia lepas main bola min, kadang2 lepas pergi tandas, dia pijak tilam kami dan lap kaki kat tilam kami min, pastu dia ketawa minta puji min, nak tak nak terpaksa cuci cadar tilam, belum lagi perangai abg dan kakak dia, kakak dia dah kerja tapi pemalas min.

Kakak dia min bekas masak tak pandai kemas, kuali tak cuci, pinggan simpan kat singki, kadang2 mun makan kat bilik kami time husband sya takda kat rumah, dia simpan kat lantai min, dia tak simpan kat singki, cuci baju tak pandai, kemas rumah tak pandai, kucing dia ambik kat orang tak pandai urus, sya buang najis kucing, beri makan kucing dia, sedang kan sya yg beli makanan kucing dan tempat kucing berak, sya beli memandang kan sya ada kucing, mandi kucing dia yg bau busuk pun dia malas min, dia suruh saya mandikan min, sya cakap sya malas mandikan min, memandangkan sya busy jaga anak dan banyak kerja rumah saya perlu buat.

Belum lagi bab abang dia yang kerja onshore baju kerja harap kan orang cuci, bekas makan tak pandai cuci, kereta mak bapa dia, just dia jak nak guna maklum lah anak kesayangan, pernah kereta husband rosak, kami beritau mertua kami nak guna sekejap, baru beli barang anak, dah dia call marah2 nak guna kereta, sedangkan dia just nak pergi club malam min, balik pagi, pernah juga min anak terpaksa tukar tarikh klinik gara2 adik ipar marah2 nak guna kereta untuk jumpa perempuan, mak bapa dia tak kisah dia guna kereta min maklum anak kesayangan, mun husband sya guna dah mereka membebel dan kena marah, sedangkan husband yg tolong bayar rotik semua.

Husband saya yg banyak tolong keluarga tapi mak bapa dia just pandang sebelah mata dan asyik burukkan kami suami istri tak pandai tolong min, belum bab mak mertua pilih kasih, time saya masih berpantang 10 hari min, time anak asyik menangis, mertua suruh sya jemur baju, dan angkat baju time hujan renyai2, kadang2 dia tau anak saya menangis, dia suruh sya masak banyak jenis lauk dan sayur, sedangkan anak perempuan dia kat ruang tamu tak dia suruh, sedangkan anak dia just busy chat lelaki, chat tau mengatal ngan lelaki dia nak, tolong buat kerja rumah dia tak nak, selepas kami pindah rumah pun mak mertua saya srlalu suruh saya buat semua benda mun husband saya takda kat rumah,

Anak dia yg kat rumah dia langsung tak suruh, bekas kucing berak dia suruh saya mop semua, tukar tempat berak kucing adik ipar saya yg tukar, rumah mop, kadang2 dia kecoh anjing, kucing dan kura2 dah beri makan atau tak, hari2 sya yg beri makan min, tak pernah anak2 dia beri makan melainkn husband saya, susah ada mak mertua macam nie min,terpaksa asyik dengar kata dia, kakak mak mertua sendiri pernah kata mak mertua kamu tu lain, pilih kasih, mun anak bagus rupa, dia sayang, mun salah takda salah, asyik husband saya salah, sedangkan husband sya yg banyak tolong keluarga, setiap minggu mak dia ketuk2 bilik, minta duit beratus untuk bayar hutang dia, tak beri duit tak keluar bilik, tahun lepas dia duit husband kena bawa lari gara2 mertua.

Sekarang kami pula yg ada masalah kewangan gara2 perangai mertua, suami sya kerja onshore saya kisah dia beri duit kat mertua saya min, tapi jangan minta habis min, habis tu kami nak belanja apa min, rumah sewa kami yg bayar, elektrik dan air kami yg bayar min, beli barang dapur lagi min setiap minggu dia minta duit min, husband sya beli kacamata bab dia rabun dan beli safetyboot pun dia marah min, dia kata membazir n sapa nak bayar hutang dia min dia kata, kadang2 mun tak diberi min dia marah2 saya min,dia kata mana gaji husband saya, sapa yg tolong dia bayar hutang, dulu lepas gaji pernah husband saya ajak jalan beli barang, balik rumah mertua masak muka dan tak nak cakap ngan sya walaupun sya belikan dia kuih.

Susah dapat mak mertua macam nie min, dulu suruh mereka bayar rumah, rupanya 3 bulan dah mereka tak bayar, tak tau duit pergi mana,bapa mertua saya ne asyik salah kan husband saya, semua benda husband saya salah, anak yg lain semua betul, anak pemalas dan tak pandai buat kerja semua betul, husband saya balik dia suruh masak dan angkat baju, anak yg lain main game, main laptop, chat lelaki, time saya dalam pantang mertua lelaki paksa saya bermasak dan paksa saya jemur baju mereka, nak ke tak nak, terpaksa jemur memandangkan adik ipar tak nak buat apa2 kerja, pindah rumah baru ne pun perangai tak berubah min, pilih kasih, asyik saya dan husband buat semua kerja.

Kalau tak fikir kami ada masalah kewangan, masalah hutang kat orang dan masalah gaji time PKP, memang dah lama saya ajak husband pindah,saya letih jga hati org, bukan mereka faham keletihan saya jaga anak dan urus rumah, lagipun rumah ne husband saya yg bayar saparuh min, tapi saya dan husband macam orang gaji min,. Hmmmm, kadang2 husband sya dan sya stress ngan perangai mereka, kami srlalu gaduh gara2 masalah keluarga dia, keluarga dia asyik beri tekanan kat kami, time sya berpantang 10 hari husband saya pukul saya, baru2 ne pun dia ada pukul saya gara2 kami bertengkar tentang perangai keluarga dia, saya faham dia min, dia stress, saya tak marah min, saya just terluka, saya ungkit semua.

Selama ne saya tak pernah ambik duit dia, cukup beli barang keperluan saya, selama 3 tahun satu Kali jak dia beri saya duit belanja bab sya sendiri tak perlu duit dia, dan saya kata kamu tak hargai semua pengorbanan sya, saya jauh2 follow kamu, dulu saya kerja onshore min, kami jumpa bab kami dua2 sama2 scaffolder onshore min, saya cinta husband saya min, saya tau kesusahan dia min, tapi tolong ubah perangai, suatu hari nanti saya harap saya ada rumah sendiri dan kerja jauh dari family dia min, saya tau dia kadang2 terluka ngan kata2 saya time brrtengkar, tapi dia patut tau hati saya terluka ngan kata2 dia min, selagi kami tinggal ngan keluarga dia selagi tu asyik bergaduh dan tak bahagia min, semua benda keluarga dia masuk campur min, nak pindah rumah, ada masalah kewangan,.. Saya menulis kat krt rumah tangga just untuk meluahkan perasaan saya, sakit min, Asalamualaikum.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top