hai warga KRT. Saya rasa sangat stres dan down kerana masalah rumah tangga. suami saya baik penyayang pada anak-anak, bukan panas baran. tapi dia selalu takda duit sebab hutang banyak. Dia tak pernah bagi tahu saya apa hutang dia. Tanya pun tak nak jawab. Dia banyak kali kantoi main judi on9. perempuan ada pernah juga. Saya dah banyak kali bagi peluang untuk berubah. Saya dah penat sangat nak tolong cover hutang dan pikul tanggungjawab. rumah ni pun sebab tolak hutang dalam payslip gaji dia. dia ni suka sangat tangguh bayar hutang. solat pun bersuruh.
Saya dah banyak bagi nasihat,TAG ceramah agama, sama saja. bila berbincang macam cakap dengan tunggul. saya luahkan dia diam jer takda apa bunyi. minta maaf pun tak pernah apa lagi terima kasih sepanjang lebih 10 tahun kami nikah. belanja makan pun kena minta. Tengok wayang pun tak pernah bawa. besday saya pun tak ingat padahal dah tulis kat kalender. saya nak juga rasa sweet macam orang lain. sampai 1 tahap saya rasa saya tak berdaya untuk ubah dia menjadi manusia yang lebih baik dan saya rasa sunyi sangat dan tak dihargai. Kadang nangis lepas solat fikirkan hal rumah tangga.
Ada suami pun macam ibu tunggal semua hal rumah tangga saya urus seorang diri. Dia tak amik port. kadang saya fikir untuk apa saya kawin kalau saya sengsara macam ni? Tapi bila tengok muka anak-anak. Ya ALLAH, tak sanggup nak tengok anak-anak bersedih bila ibu bapa bercerai ni. Saya fikir kesan akan datang pada anak-anak saya jika bercerai sebab anak-anak rapat juga dengan suami. Suami pun tak reti nak tegur anak kalau buat salah. Saya je nak marah. sakit dada asik marah tau. lama-lama mam pus awal macam ni. saya dah cakap dah tolong didik anak-anak, mereka kecil lagi tak tau apa salah betul.
Lelaki ni kalau bersuara je anak-anak dah diam. tak perlu rotak pun. tu pun dia tak nak buat. Hari-hari saya panas tengok suami. Dia tak memahami saya. benda simple pun dia tak boleh faham. Contohnyer: saya kata ambil barang letak pada tempatnya semula. Dia letak sepah-sepah kunci kereta hilang saya juga nak ganti bukan sikit2 duitnya. mana saya tak hangin. dia jenis tak semenggah asalkan boleh aja. saya tak la cerewet sangat tapi pegawai atasan dia pun hangin dengan attitude dia. mak saya pun bising apa la laki kau ni. Saya kata dah memang camtu. Saya rasa saja dah cukup memahami.
kalau masa bersama macam-macam aksi saya buat sebab halal kan, bagi saya nikmat dunia yang Tuhan bagi dan kalau pergi bercuti pun saya yang banyak sponsor. yelah fikir kita susah senang sama-sama kan. loan puluh ribu saya buat untuk cover hutang dan perbelanjaan yang tak cukup. Masih kurang lagikah saya ni untuk disayangi diberi perhatian?
Hari-hari panas tengok perangai dia. sampai saya dah tawar hati. give-up untuk pertahankan rumah tangga. Saya pun sekarang ni dalam rawatan darusyifa` kerana terkena sihir pemisah.
lebih 30x saya diruqyah benda tu menjerit kata “aku benci kau kawin dengan anak aku. aku tak suka orang negeri tututt aku dah kata mu jangan kawin. mu degil.”ayat yang sama je setiap kali rawatan. mak mertua saya memang nampak dia tak suka saya. tapi saya ni tak nak ambil hati, senyum jer kalau dia perli. sebab mungkin dulu dia ada krisis dengan adik ipar dia org senegeri saya jadi dia benci orang luar la kot. Wawahuallam. bila kita kena sihir pemisah. badan ni nak rasa sakit2, emosi tak stabil, nak pergi kerja rasa susah nak bangun pagi, asik bergaduh je, dengan suami perangai tak memahami. sampai 1 tahap saya rasa nak QUICK je.
Ntah la kadang-kadang rasa nak bercerai, tak larat nak hadap. Tapi askar proses bercerai susah kena lalui KEM. bukan mudah macam orang awam. kadang tengok muka anak-anak comel..Ya ALLAH, tak sampai hati fikir diri sendiri. Dengan kena sihir pemisah, mak mertua tak suka, perangai suami yang kurang tggjawab. Saya buntu fikir semua ni. Saya tak tahu apa nak buat.nak terus atau tak. tapi hati menjerit2 tertekan. Harap warga KRT boleh bg pendapat yang baik dan tidak kecam saya. Doakan ALLAH swt permudahkan ujian yang saya lalui. Isteri BUNTU, TERBELENGGU,