Masalahnya sebelum kami nikah kakak suami ada cerita keburukkan suami dan mengajar saya untuk tarik diri

assalam, min mintak hide profile saya. saya nak tanya pendapat semua yang lebih berpengalaman. saya baru bernikah, sebelum ni saya tidak kenal suami saya.

sebelum mnikah bapa saya ada bertanyakan tentang suami pda org sekeliling dan org sekeliling cakap suami llaki yang baik, oleh krna itu saya dan kluarga terima pinangan suami saya tu.

rumah kluarga suami saya berdekatan rumah saya. Masalahnya Masa sebelum kami bernikah kakak suami ada ceritakan burukkan dan mengajar saya untuk tarik diri dari pernikahan yang bakal berlangsung lagi 2 hari.

waktu tu saya percaya semua kata kata ipar saya bahawa bakal suami saya iaitu adiknya berperangai buruk. saya percaya kata katanya kerana mereka berdua adalah saudara kandung.

bagi saya ipar saya itu berkata benar dan tak mungkin seseorang tu akan memburukkan saudara kandungnya sendiri. oleh kerana percaya pda kata kata bakal ipar tersebut dan takut hdup saya musnah lepas kawin dgn adiknya,

saya telah merakam percakapannya dan berikan kpda kluarga sbgai bukti dan saya buat keputusan untuk batalkan pernikahan. namun itu dihalang oleh bakal ipar yang lain dan mengatakan bahawa apa yang dikatakan tentang bkal suami saya itu adalah fitnah.

perbualan memfitnah adik sendiri tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan pemilik suara dan beliau bertindak mem4ki hamun saya dari dua hri sebelum pernikahan sehingga skrang. sekarang saya telah pun bernikah hampir dua tahun dan sedang mngandungkan anak pertama.

suami saya seorang yang tak pernah tinggal solat. saya hairan kenapa ipar saya yang satu tu benci saya sebegitu rupa. adiknya seorg yang berduit dan ada paras rupa.

Sebelum menikah, suami saya lah yang menanggung semua perbelanjaan di rumah ibubapanya. saya pula lulusan ijazah dan memiliki kereta sndri, pandai berdikari dan ada la rupa juga.

tak tahu apa sebenarnya motif ipar saya yang bermasalah tu. sehingga sekarang dia memburukn saya pada org sekeliling bahawa saya belagak kerana mahu menolak dan batalkan pernikahan bersama adiknya tapi hakikatnya saya mahu batalkan pernikahan tersebut kerana dia memfitnah adiknya pada saya.

perbuatan memfitnah tersebut tidak di ceritakan kpda sesiapa kecuali keluarga saya dan ipar saya yang lain. kluarga saya menutup rapat aibnya itu. tapi dia pula makin menjadi burukkn saya pda org sekeliling dan ada pula yang percaya

sekarang dengan keadaan sedang mengandung, emosi saya terganggu dan suami pula tidak pernah menegur sikap ipar saya tu kerana ipar tu lebih tua iaitu mempunyai 3 anak yang masih kecil dan kami nie masih belum ada anak dan dia perlu dihormati.

sikap suami saya membiarkan apa saja yang dibuat oleh ipar saya tu menyebabkan saya teknan. ipar saya tu bebas buat apa saja pada saya dan saya tidak boleh buat apa apa dan perlu berdiam diri.

dengan keadaan begini lama lama saya boleh hilang hormat pada suami kerana suami selalu seakan menangkan saudara kandungnya itu. bila diajak berbincang perkara ini, saya pula di katanya jgn “bvsuk hati”

tapi hakikatnya saudara kandungnya yang banyak cari masalah dengan saya dan saya belum balas satu pon masalah yang dia cari dengan saya mengenangkan hubungan kekeluargaan.

saya sahaja perlu diam tak membalas dan fikir untuk jaga hubungan kekluargaan tapi ipar saya tu tak perlu fikir jaga hubungan kekeluargaan.

ada kah perlu saya bercerai selepas bersalin nanti atau teruskan kehidupan ni dengan menelan segala kepahitan ini?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top