Salam admin krt fans dan likers alahai min. min.. aku cuma nak bercerita kisah rumahtangga aku. Laki aku, dia ni baru je balik dari outstation kat Kedah. 1 bulan station kat sana handle projek sana.
Projek dah setel dia balik sini. Balik dari sana aku tengok dia lain macam. Asik senyum2 aje aku dah saspek lain dah ni. Aku dah agak dah. tiap kali berbual dia asik bilang awek Kedah lawa2 belaka. Dah la lawa, senyumannya mengorek kalbu. Dia yang kata laaa.. aku tak kata sebab aku tak ikot ponnnn..
Dah tu sejak balik sibuk bagi hint nak pasang cawangan. Sibuk nak kawen dengan awek Kedah. Aku cakap sukati kau laaa bang asal kau bahagia. Bawak jumpa saya calonnya pastikan muda 10 tahun dari saya. Kurang atau lebih, no way! Dia kata ok no problem. Ehh orang tua ni no problem yer?? Nanti kau.. aku pun tambah lagi syarat. Calon tu mesti bekerja tetap dan sekurang2 nya pendapatan sama macam aku kalau lebih itu rezeki kau bang. Dia kata dont worry laa i know laa… ehhh orang tua ni makin merenyam kau yaa nanti kau.
Akhirnya laki aku bawak juga calonnya jumpa aku. Orangnya memang lawa dan memang manis. Kalau nak dibandingkan dia dengan aku, lawa lagi dia Aku tak nafi laaa orangnya baik lemah lembut sopan satun. Tapi umurnya muda dari aku 4 tahun, bekerja sebagai jurutera di syarikat yang dia tumpang outstation dulu cehhh patut laaa cepat betul dapat calon.. ni kes jatuh cinta pandang pertama laa ni.. Hmmmm syarat2 umur pun dah dicapati hmm takpelah.. aku redha bang kau nak kawin dengan dia.
Pihak aku, aku takde masalah. Pihak perempuan pun aku harap takde masalah. Pihak kau bang ahhh memang sejak azali takde masalah! Ehh ehhh ehhh.. takpe takpe aku redha.. sekarang sudah pun dalam planning nak bertunang. Rancangnya nak tunang dan nikah dalam 3-4 bulan lagi tapi majlis kompang dipalu belum tahu bila. Takpe faham. Fasa PKPP ni semua masih terbatas. Takpelaaa bang semoga panjang umur murah rezeki bahagia anak cucu. Orang dah nak menikah cara baik, buat apa aku nak halang.
Daripada dia tak gentleman nikah senyap2? At least laki aku jujur. Aku ikhlas redha dan aku happy je. Aku takde pun rasa nak meroyan atau nak naik hantu serang memba bi buta. Pada aku, its ok. Pada aku la. As long laki aku ni dia tak menipu tak curang tak membohong tak main judi tak malas kerja tak malas sembahyang tak malas puasa pada aku itu ok. Nafkah dan tanggungjawab dia pada aku pun tak pernah bermasalah. Lagipun kasian juga pompuan tu dah masuk 4 series tak kawin lagi. Bila dah ada laki nak pinang tu sebat ajelaaaa (laki aku laaa tu) Dan ada satu hari tu aku ajak laki aku pergi tempat pertama kali kami dating.
Aku talk sikit laki aku. Macam mana kita dulu sama2 susah senang bang, bawaklah sekali pengalaman tu dalam mengemudi bahtera baru bang. Itu doa aku bang. Kunci syurga aku ada pada kau bang. Redha aku membawa kau bahagia. Redha kau membawa aku ke syurga. Dia menangis, tak putus2 duk cakap akulah yang terbaik akulah yang paling dia sayangi. Yelah tu bang, tak kisah lah janji dah sedap kawin nanti jangan lupa yang no.1. Dia kata sampai bila tak akan lupa. Hmmm baguslah syukurlah.
Apa nak cakap min. Dah memang itu jalannya. Aku tak harapkan bulan bintang. Dunia ni bukan selamanya mutlak. Kita pun kena fikir jugak saham akhirat. Lagipun, kerana suami nak kahwin aku jadi isteri derhaka? Oh tidakkk.. paling aku takut jadi isteri derhaka. Aku sekelumit pun tak kesal dan tak pernah bantah keputusan suami. Sekian min.. sekadar nak meluah dan bercerita. Terima kasih sudi membaca.