Salam. Tujuan aku post ni bukan nak merungut..tp lebih kpd nk meluah.. Penat dengan perangai manusia. Aku dah berkahwin. Kami PJJ. Aku kerja bahagian opis. Suami pun sama. Setiap minggu dah jadi rutin harian aku balik rumah mertua/ibu aku. Sebab suami aku stay rumah parents dia (opis suami dekat dengan rumah family). dan aku terpaksa menyewa oleh kerana tempat kerja kami berlainan daerah. Yang jadi masalah bila aku ade suami yang kadang kadang tak boleh nak faham perasaan isteri. dari pemerhatian aku. Dia boleh dikategorikan anak mak. Apa apa semua mak. Yang tu aku tak kesah. faham tanggungjawab anak lelaki takkan habis bila dia dah berkahwin..
Dia selalu buat aku rasa bersalah. serba serbi semua tak kena bila kami bergaduh. Lagi2 bila melibatkn hal rumah family dia. aku cuba tuk biasa kan diri bila ada kat rumah dia. mana2 kerja yang aku mampu. Aku akn tlg buat. menyapu. cuci baju. masak. cuci pinggan..kerja kerja basic. Tp sedia mklum aku ni pon manusia biasa. bukan robot yang 24 jam kene kerah tenaga.. Tapi pandangan suami aku, kerja aku cuma membuta je dan tak ade myumbang pape bila ade kat rumah dia. Sedangkan bila dekat sana aku nak tidur wktu siang pun rasa bersalah wlpn penat tu Allah je y tahu.
Dia nak aku merajinkan diri a.k.a jadi bibik ke sedangkn org lain y dlm rumah tu sedap sedap berehat atas sebab aku hanya hujung minggu je ada kt rumah tu??aku tak layak rasa penat ?aku taklayak nak berehat? bila aku kata penat dia akan kata semua orang pun penat Dia nak aku hari2 cuci baju kami berdua dan family lain? Siap pakej sidai, angkat dan lipat ? (Ikut cara dia siapa yang sidai dia lah yang kena angkat, tak boleh nak harapkan orang lain tolong angkat walaupun ramai je orang dalam rumah tu) Dia nak aku cuci pinggan 24 jam berdiri depan sinki yang selalu penuh (spesis yang lepas masak dan makan tak reti cuci)
dalam rumah tu ada kakak dia yang dah berkeluarga. dalam islam pun ade sarankan seelokknya elakkan duduk dalam satu rumah yang ada lebih dari satu family.
Bila ada salah faham. mula timbul isu berbangkit. Bil elektrik. makanan. Tapi nak buat macam mana. keadaan memaksa. Sebab mil & fil duduk situ (rumah pusaka) Tipu lah kalau hati ni kadang tak memberontak. Tak selesa dan takde privacy.. Belum kira bab makan lagi. Aku jenis tak berkira. Sesekali tu mungkin boleh terima. Anggap kongsi rezeki dengan semua.. Kadang kadang bila tekak ni terasa nak makan ape ape. mesti kena fikir jugak perut yang lain yang kat dalam rumah tu. kakak dia sometimes tak hormat kan aku bila sesuka hati ambil makanan yang aku beli. Bila time rasa nak makan tengok balik dah habis. Sedih ya Allah. walaupun dia sendiri pun mampu nk beli semua tu (bekerja bukan suri rumah).
Diorang sendiri kalau beli pape makanan tak pernah sekali pun pelawa aku & aku tak berani nak sentuh kalau tanpa izin. aku tak kesah cuma kadang2 terasa hati juga dengan cara mereka. Pernah satu hari tu aku beli fastfood. aku betul2 tak ingat yang kat rumah tu ade budak kecik. akak dia agak marah bila aku tak ingat nak belikan something untuk anak nya. Allahu. Bila sentuh bab memasak pula. menu semua kena fikirkn orang dalam satu rumah tu. Kadang2 teringin nak masak itu ini terpaksa batalkan sebab sedar diri kita menumpang je kat rumah tu dan diorang tak pandai nak makan. Belum kira berbelanja barang dapur lagi. Ade je aku tolong belanja barang dapur. Belanja yang sepatutnya boleh bertahan sampai sebulan. Tapi sebabkan ahli yang ramai semua tu bertahan hanya seminggu. Bila barang habis masing masing pakat diamkan diri. Bukan aku tak suka bila balik rumah suami.. MIL okey jee.. cuma sikap ahli2 yang lain tu buat aku rasa tak selesa. aku lebih selesa balik rumah mak aku. baik buruk family aku sendiri
Aku tertekan sangat. Suami aku pula gelar aku bini pemalas nak mam. punca nya ada satu hari tu aku tak cuci baju kotor yang cuma berapa helai je. bukan sampai berbakul (bukan sengaja tapi sebabkan kekangan waktu) dekat rumah dia sebolehnya suami harapkan aku jadi isteri yang paling rajin sekali. Bila aku buat salah suami sesuka hati herdik aku depan family nya terutama depan mak & kakak dia . Nak tunjukkan kuasa dia sebagai seorang suami. aku malu. bila suami cuti kadang kadang dia akan ikut aku balik rumah sewa aku. Dalam sebulan adala sekali dua. aku perhatikan bila suami ada dengan aku, mesti FIL akan cari suami. Temasuk sekali bila kami ada dekat rumah ibu aku..riak muka FIL akan berubah bila suami kata nak ikut aku balik.
Call suami minta tolong buatkan itu ini. Tapi bila suami ada dekat rumah takde pula dia nak suruh buat apa apa. kenapa nampak macam FIL tak bagi ruang untuk kami berdua habiskan masa bersama.
Boleh dikatakan dalam seminggu 5 hari suami ada dekat rumah family dia..dan aku cuma pinjam suami dua hari saja masa hujung minggu walaupun hakikatnya dia suami aku sendiri..FIL pernah cakap dekat aku walaupun suami banyak hari dekat rumah tapi semua tu dalam hari bekerja. bila hari cuti pulak suami sibuk pergi rumah sewa aku..patut ke FIL kata macam tu ?