Allahuakbar masalahnya M ni merupakan seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak

Mohon admin hide profil saya..
Hai krt, saya sangat2 memerlukan pendapat anda semua, Begini. Suami saya ada b’hubung dengan bekas rakan sekolah dia, perkenalan b’mula oleh si perempuan ini (saya gelarkan M), 2 minggu mereka b’hubung sebelum suami saya tiba2 ajak saya ke rumah M, konon nya nak kenal kan rakan.

Perkahwinan kami tahun ni masuk 9 tahun, sepanjang 8 tahun sebelum ni, kalau ada kawan perempuan yang contact, dia rajin tunjuk conversation kat saya, tapi bukan conversation di antara dia dan M, bila saya nak baca, telefon dia rampas dari saya dan katanya tak perlu baca, benda ni kerap dan berlarutan, saya katakan pada suami,

tak elok rakan berlainan jantina berhubung sesama sendiri, kerap whatsapp, selfie (sedang kan dia tak pernah pun nak selfie dan hantar pada saya), update ke mana, buat apa, balik bila, tak perlu..

Sebaliknya dia katakan pada saya yang itu hak dia untuk berkawan dengan sesiapa sahaja, kerap sebut nak bebas, dia cakap yang dia tau dia ada tanggungjawab, dia tau batas2 nya, tapi bagi saya.. Itu semua ungkapan dari mulut, sebab..

Dia usaha sembunyi perbualan dia bersama M ni, klu nak whatsapp pun senyap2, sampai mute whatsapp tu, saya pernah baca conversation mereka secara senyap, ayat nya risau lepas ni tak berhubung lagi, yg suami saya pulak cakap kasih sayang seorang kawan dari abang untuk M takkan pernah kurang..

Allahuakbar masalahnya M ni merupakan seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak, ye saya ada bercakap dengan dia, kalau ikut kan masa tengah phone call tu nak je saya maki, tapi suami minta saya cakap elok2, baik..

Saya cakap elok2 dengan dia, saya tanyakan mana suami dia, dia jawab suami nya ada, tapi jarang di rumah, jadinya dia lah mak & ayah untuk anak2, saya terpaksa jaga hati suami saya utk cooldown masa bercakap dengan M sebab suami saya merupakan pesakit kronik yang sentiasa memerlukan rawatan di hospital & dia ada sakit jantung serta darah tinggi,

sebelum ni kami pernah teruk b’gaduh sehingga dia masuk wad akibat dapat serangan jantung, puas mak ayah suami bagi teguran, nasihat, tapi suami lawan cakap mereka, salah ke saya menegur suami supaya kurang kan perbualan whatsapp dengan si M?

Kalau boleh saya nak elak kan berpisah, saya cuba kembali suasana perkahwinan kami seperti sebelum ini, tapi suami seakan rimas dan kurang berminat, dia lebih suka duduk di bilik main game daripada borak dengan saya dalam rumah, muncul pun bila nak makan, nak keluar, nak solat,

atau mandi tukar baju, itu sahaja, dari zaman bercinta, kahwin, sampai lah sebelum kenal dengan perempuan tu saya selalu ikut dia sekali pergi minum dengan kawan2 dia, kalini dia lebih suka saya tak ikut & duduk di rumah.. Bila dia berubah macam tu, saya rasa tak selesa,

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top