Kisahnya saya start curang saya main media social balik sedangkan husband memang larang saya main media social except fb nak tgk brg ke apa ke

assalamualaikum. saya nak luahkan something. first of all saya bukan nak bukak aib diri sendiri. ataupun suami. saya nak yang baca fahami dua dua pihak. then pmbaca nilai sndri. Next year saya dah 22. saya ni hidup memang wild gila.

Saya tak nak salahkan my both parents yang kurang bagi perhatian dan pendidikan. Ini letak pada diri kita juga. Saya jumpa husband on his birthday at the club. Love at the first sight masa tu juga. Then sampai skrg our relationship dah 4 yrs.

kitaorang kahwin masa our first year. Dia duda. Masa before kahwin dia rahsiakan yang dia ada anak and ada isteri. Saya yang sendiri tahu sebab terkantoi ada orang tanya anak dia masa kitaorang tengah lepak makan. Dia tua 12 tahun.

Mula2 saya taknak jadi orang ketiga dalam rumah tangga orang tapi selepas sedar niat ikhlas dia akhirnya saya terima dia juga. And first time jumpa his first son, anak dia dah rapat sangat dengan saya.

I was so shocked. But saya layan dia memang macam anak sndr even first time jumpa. nak hantar balik pun anak dia meraung tknk lepaskan saya. His sec son pun. And also his mom. Lega. After dia cerita semuanya a to z. saya ok lah. Saya terima.

Even dulu pendirian saya tak nak dengan siami orang s Yb pun tak tahu kenapa. Tapi after jumpa anak2 dia and his mom saya terbuka hati. Tapi tu lah, manusia kan. Takkan lah nak cerita sejujurnya. Mesti ada yang kurang mesti yang tambah. Saya percaya. but macam tu lah.

Second yrs was okay. But ada yang menghantar. It was from my family. Taknak ckp siapa takut terfitnah. But gaduh macam tu je lah. My husband ni yang baiknya, dia sorang yang bijak bertanggungjawab sangat sangat, baik, romantic and setia but tulah.

hm Our lifestyle memang ikut western punya lifestyle even dah kahwin. Still mabuk, club, enjoy and everything. But my husband dia seorang yang tegas even dengan kawan dia. Dia tak bagi saya ni bercakap pun dengan kawan2 dia. even dengan laki mnapun.

And yeah kawan dia hormat dia sebab dia ni boss and leader. Kerja and persabahatan. Memang seronok lifestyle western ni. Tapi makin lama makin terpesong. Terutamanya my husband. dia tak curang tapi entahlah tknk buka lebih.

Saya ni yang ikut terpesong juga sedar sendiri tktahu macam mana mungkin Allah jentik hati saya. Our relationship getting worst. Memang sangat teruk.

Kisahnya saya start curang saya main media social balik sedangkan husband memang larang saya main media social except fb nak tgk brg ke apa ke. Saya jumpa ex saya dan Saya mngadu dengan ex how semua ni jadi.

Ni sebab layanan husband saya terhadap saya. even romantic but i still feel lonely. Balik rumah kerap and one more dia ni memang pentingkan kawan. Pentingkan isteri pertama Akhirnya saya terlanjur dengan ex,  and kantoi dia maafkan. yeah saya banyak lari rumah and dia pujuk.

sebab semua nya dia yang layn saya macam apa je. dia banyak maki hina my family. and next day dia kata biasalaah orang marah semuanya nak maki. Bila saya tak sengaja ckp psl family dia yang saya tk maksudkan pun dia dah pvkul saya.

And pernah dia remb4t saya on public smpai lebam muka saya. dia malukan saya. Masa tu dia telan fai. tapi tulah dia selalu tanya saya bila nak telan fai. kalau saya halang dia mesti ckp saya ni tak gentle tak open minded. saya ni memang b0d0 biarkan.

and month by month memang getting worst memang ada hari bahagia. saya start curang lagi saya main media social balik kantoi and gaduh teruk and dia maafkan dan memang orang akan salahkan saya. Dia bertanggungjawab, tapi isteri perlukan perhatian.

Ini tidak, kalau dalam seminggu 6 hari kawan dia tidur rumah 6 hari tu lah dia memerap dalam bilik study dengan kawan dia. Dia dtg dkt saya kalau dia need something or need s£x. Salah saya. dari dulu memang macam ni.

Lepastu sehari dia dengan saya dia akan ungkit kalau saya mengadu dkt dia yang i need him. kawn dia dtg ja dia lupa diri. saya dengan kawan saya pun dia jarang bagi keluar. even dengan family pun. Kalau awak semua kt tmpat saya?sumpah saya kata, our relationship dah jadi toxic gila.

Saya dulu baran tapi skrg saya banyak tunduk saya banyak diam salah dia pun saya kata salah saya. Sebab saya dah sedar, kita takkan menang kalau lawan dengan orang yang rasa diri selalu betul. Masa saya tak curang dia tuduh saya macam macam.

smpai orang lalu pun dia kata orang tu nak ngorat saya. saya tak salahkan dia. memang akan bergaduh je. smpai saya bergaduh besar dengan dia, saya kena fitnah saya curang.

and i was so st0pid i cut my hair untuk nak dia percaya sebab dia kata ‘cut ur jair if u want me to trust u’ya Allah sebak gila saya. Saya sayagkan dia, i cut my hair.

And after that dia baru tahu benda sebenar dia salahkan orang yang fitnah saya and say sorry macam tu je.And dia ada msg dengan his wife pertama. Behind my back. Dia tak bagi saya pgg hp dia langsung dr dulu kecuali hp android. yang hp kecik tekan tekan tu dia tak bagi.

smpailah kitaorang gaduh balik dia tunjuk mesej dia dengan wife dia untuk bagi sakit hati saya. banyak kali dia kata dia akan bawa balik wife dia. dia fikir saya curang lagi. dia tak pernah nak puji wife dia dia kata dia takkan buat macam lelaki yang setia buat.

but hestill keep wife dia punya gambar. dia msg behind my back. i think ni balasan sebab saya pernah curang. tapi tulah dia ni banyak berahsia dengan saya dari awal our relationship. saya tk percaya dia tak curang juga.

sebab masa mula mula i asked his excouple punya fb sj je biasalah perempuan. and dia bukak and dia senyum2 tgk gmbr tu. Kalau saya buat macam tu rasanya saya dah kena rembat.smpailah wife dia buat tahi kat dia.

and dia bengang dengan wife dia. smpai skrg dia layan saya hambar gile. dia jadi kurang n4fsu and kalau nak bersama mesti tengok blu dulu. baru dia on. kadang saya tak faham dia duduk bilik study lama terperap tengok blu. tapi bila saya tanya dia kata janji dia tak curang.

tapi pelik smpai satu hari dalam bilik tak keluar dengan blu nye tu. bila tanya sayang saya? dia sayang. semua nya dia bagi saya duit emas semuanya. tapi saya memang tk faham.

skrg, saya sedar yang saya jauh dari Allah. Mungkin saya dapat restu dari keluarga, tapi tidak dengan restu Allah. Mungkin sebab semua benda ni jadi. Saya jauh terpesong. Skrg saya rasa lonely. Husband dah banyak berubah.

Saya nk cerita dengan dia mybe dia tkkan faham. Saya rasa lain skrg. Hidup dalam m4ksiat even dah kahwin. Saya jadi fikir m4ti setiap hari. I really need him to lead me in this thing, nak berubah. I really need someone to supporting me. Saya jujur hati saya ni tak kuat. Dah terbiasa hidup wild.

Tapi bila tengok husband lagi jauh terpesong, saya cuba start belajar support my self sendiri. and saya sedar. Memang betul. Allah beri nikmat kekayaan tpi allah tarik nikmat kasih sayag pada seseorang itu.

Yes hidup memang senang tpi entahlah. Saya bukan ckp saya ni baik or dah berubah hundred percent but saya dah memang tknk curang dah. and nak berubah jadi sebaik baiknya. Tapi tulah dia pun kdg macam tak support saya.

Dia kata janji nak support saya berubah. Lepas dia yang sndr berubah, macam mana? tpi itu bukan alasan untuk saya stop berubah. Saya dh tak faham dia. Saya terkurung. Dalam game dia sndr. Dia ugut saya if i leave him. Saya tak boleh tuduh dia nnt saya kena marah. baru baru ni saya kena siram air panas.

Yeah, saya jauh dari kekasih saya yang sebetul betul nya. Saya relakan je. Saya tahu dia ada orang lain. Takpe, saya pun ada orang lain iaitu Allah yang betul betul saya perlu kenal. dalami.

Tapi berdosa ke saya kalau tak patuh dengan suami yang memang jauh terpesong? sangat jauh. saya jadi takut mungkin ini b4l4 Allah turunkan pada kami. takda dh kemanisan.

Saya tknk ikut suami saya yang jauh terpesong tapi dalam masa sama saya takut dia apakan saya dan keluarga saya kalau saya banyak menentang dia.

Saya kemurungan sangat. Betul, saya dah 90% nak jadi gile. mental. saya tak macam orang lain. dari awal hidup kebebasan disekat. Kecuali nak gi enjoy itupun dengan dia.

nak Jumpa kawan memang macam kna nak jumpa perdana menteri. punya payah. hidup saya dah lama betul betul sunyi, saya bertahan. Saya nak rapat dan dalami agama saya yang lama saya jauhi. Saya betul2 harap suami saya pun sedar one day.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top