Apa yang paling sedih selepas bercerai baru anak2 saya cerita kalau suami saya sendiri yang mengumpt isteri pada adik beradiknya terutama pada adik bungso nya

salam. saya tak tahu nak meluahkan betapa sedihnya hati saya. Sepanjang cerita hal rumahtangga saya. Saya mempunyai 2 orang anak satu 12 tahun satu 10 tahun. saya tak tahu nak meluah dari mana satu dulu. macam2 saya rasa, saya pendam. Saya diceraikan 20 mei 2020. Nasi dah jd bubur. Ni kali pertama saya diceraikan dan kali ke dua saya dipukul. Kali kedua saya dipukul depan anak2 saya. Saya tahu bekas follow page ni. 10 tahun juga saya sara suami saya dan anak2 memandangkan dia tak mampu saya dan anak2. dia jadi housewife. dia jaga anak2 dan anta saya dan anak2 pergi balik kerja dan sekolah.

Sesusah mana pun ada je rezeki untuk kami anak beranak. Tak pernah merayu minta simpati adik beradik suami saya. Cuma apa nak saya dia tahu. selama dia jadi suami saya. Saya tak 0pernah berkira dengan di dan anak2, sanggup berikat perut demi keluarga kecil kami. cuma saya sedih dia tak pernah cuba jadi teman baik, rapat gurau senda. dengan saya kasar. Sebab tu saya jadi kasar dengan nya. Seperti apa dia buat pd saya. Saya banyak diam pendam tak mesra dan segalanya pendam. Dia sangat lain depan family dia. peramah, mesra dan nampk sangat baik. takpandai melawan. Jauh beza layanan pada isteri sendiri yang banyak berkorban selama 13 tahunn.

Apa yang paling sedih selepas bercerai baru anak2 saya cerita kalau suami saya sendiri yang mengumpt isteri pada adik beradiknya terutama pada adik bungso nya. sebab tu adik dia berani bini sendiri depan suami. malangnya anak2 dengar perbualan mereka. yang paling saya takkan maafkan dunia akhirat. family diaorg layan anak2 baik depan suami. bila suami tiada, hina saya dan kutuk saya depan anak2 saya. bila anak saya myampaikan apa berlaku. sikit pun suami saya tak percaya. Talam dua muka ni berlaku dah lama. masa 1st penah sekali gaduh besar pun suami percaya adik beradik dia.

Saya tak tahu penulisan saya boleh dikongsikan untuk suami2 yang lain. supaya hargai la bini sendiri. jangan ingat bertudung labuh hati sebersih kain putih seperti adik beradik bekas suami saya. kita tak tahu pengakhiran kita. biar kita sehina mana pun. tapi jangan talam atau menabur fitnah. Dan masuk campur hal rumah tangga org lain. saya tak mampu maafkan adik beradik dia terutama adik perempuan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top