Baru2 ni saya dikejutkan dengan mesej wasap dari pompuan cakap kalau suami saya melamar dia dan serius siap bagi cincin emas dan kasut mahal lagi.

salam min. Pohon siarkan luahan masalah. saya tak tahu nak mengadu kepada siapa. diharap lepas baca comment krt, boleh memberi semangat kepada saya. Salam semua warga KRT.

Baru2 ni saya dikejutkan dengan mesej wasap dari pompuan cakap kalau suami saya melamar dia dan serius siap bagi cincin emas dan kasut mahal lagi.

amboi, bini sendiri pun jarang merasa pemberian barang kemas dan perhiasan dari suami sepanjang perkahwinan. Baju dan spender saya pun dia beli yang rm2 kat shopee (kentvt sikit pun spender terus berlubang dah tu pakai sandal jamb4n beli kat diy.

Ironinya,masa yang sama dia bli cincin emas 999 dengan kekasih dia tu, saya ada mintak blikan barang kemas jugak sebab tau suami dapat bonus dari syarikat (sebelum pkp).

Dia cakap saya beli sendiri sebab saya ada duit sendiri. akhirnya saya beli gelang emas bangkok jer sebab teringin tengok org lain pakai emas. Suami saya tak mampu pun nak kahwin dua sebenarnya.

Semua yang kami ada adalah sokongan daripada saya. zahir dan batin saya tak pernah cukup , pun begitu saya belajar untuk redha dan syukur sebab saya percaya tugas suami isteri adalah untuk mencukupkan keperluan masing masing.

jadinya bila masa duit tak cukup ke atau performance dalam bilik tak memuaskan, atau apa jua pekara terkurang dalam rumh tangga, saya dengan rela hati mencukupkannya dengan cara saya sendiri, sebab..

pekara paling bernilai bagi saya dalam perkahwinan adalah kebahagian rumah tangga. Tapi saya silap. untuk sebuah keluarga yang bahagia, suami isteri kena sepakat, menyayangi dan saling menghormati.

Perlukan 2 org (suami isteri) bukan saya seorang utk menjayakannya. Saya tak tau lah kenapa niat dia nak kawin dua jugak. lepas satu pompuan tak jadi, dengan satu pompuan lagi.

sampai sekarang saya masih tak dapat jawapan kukuh kenapa nak perlu kawin dua kalau semuanya cukup. suami cakap takda apa yang kurang dengan saya dan dia sayanglan saya, tak sesekali akan lepaskan saya.

Alasan pertama suami cakap dia nak kawin dua sebab nak bagi saya senang kiranya kalau ada madu budak pompuan tu akan jadi kawan saya dan boleh tolong bantu saya mengurus rumah tangga (cth: mengemas umah, jaga anak, masak).

Saya cakap dengan suami, kalau betol nak bantu saya, suami sendiri patut tolong saya. bukan dgn cara menduakan saya. Alasan keduanya ialah suami memang niat nak kawin dua.

dan saya sebagai bini tak boleh ubah dah niat dia dan apa yg dia hendak lakukan. Melihat akan kemampuan dia dan sikap dia dengan saya, pasti perkahwinan ke2 akan mendatangkan kezaliman kepada saya dan anak anak.

Sebelum pekara tu berlaku, saya terpikir untuk mengundur diri. Insya Allah. saya akan cuba dapatkan khidmat nasihat. Kalau perlu fasakh, saya akan buat sebab saya dah tak tahan lagi dah 7 tahun perkahwinan, emosi dan mental saya dimain mainkan.

Dalam 7 tahun perkahwinan ini, antara doa saya adalah agar kami diberikan taufik dah hidayah dlm apa yang kami usahakan, dekatkanlah hati saya suami isteri dan saya dijauhkan dari derita penyakit hati dan ment4l (selain ada pompuan lain di luar,

di rumah suami pantang kalau saya buat silap, dia kuat mencarut dan menengking saya dan anak sampai anak pun takut). maaf ya. kalau penggunaan ayat saya tunggang terbalik.

Saya berhak bahagia bila mana keluarga yang kami bina selama 7 tahun ini bukan lagi home sweet home bagi saya. Doakan yang baik baik untuk keluarga dan diri saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top