Yang jadi saya terkejut 5 hari selepas dia bernikah dia elok je raya dengan saya siap bertema baju raya sedondon lagi Boleh Bayangkan tak

Salam Min, hide kan profile saya dan terima kasih terima kisah saya. Saya nak berkongsi kisah saya sahaja, harap tiada kecaman.

Pada awal 2021 sy memang niat nak cari suami setelah hampir 7tahun saya menjanda, dan akhirnya saya berkenalan dengan seorang lelaki ni, dia kata dia bujang semua,

siap cakap nak bincang dengan family nak kawen dengan sy dalam masa terdekat / hujung tahun. Selama kawan dengan dia, dia sangat baik, memahami saya, ubah penampilan saya, suruh saya menutup aurat, jaga solat, baik dengan family saya.

Tiba2 dah nak hujung tahun ni saya dapat mesej kalau dia suami orang siap Isteri dia suruh saya tinggalkan dia, siap bini dia bagitahu tarikh kawen semua.

Yang jadi saya terkejut 5 hari selepas dia bernikah dia elok je raya dengan saya siap bertema baju raya sedondon lagi Boleh Bayangkan tak ?

Lepas bini dia mesej saya, bini dia block semua media social dia dari saya, saya tak dapat nak tanya penjelasan lebih detail dari dia.  Untuk awak, terima kasih untuk semuaNya,

Yang baik saya ikut, Insya Allah saya akan jaga aurat saya, solat saya. Terima kasih pernah hadir, gembirakan sy, bagi saya semangat untuk bangkit dari kecewa lama Dan terima kasih kerana awak , saya rasa SEMUA LELAKI SAMA !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top