Assalamualaikum admin tolong siarkan pos saya nie.. sy benar2 minta pendapat rakan rakan. Saya mempunyai seorang isteri dan seorang anak.. usia perkahwinan kami hampir 6 tahun.. saya berkerja dan isteri pun sama.
masalah saya adalah isteri menolak kemahuan saya ketika bersama.. saya sehingga sekarang masih tidak tahu apa puncanya.. benda ini berlaku sejak awal perkahwinan lagi.. mesti saya yang mulakan dulu..
dia tak pernah nak mulakan dulu.. dah tu sekirinya bersama pun keadaan mesti hambar.. saya umpama pengemis.. saya cintakan isteri tetapi benda ini berlaku membuatkan hubungan kami hambar.. apa bila bergaduh mesti saya yang akan mengalah..
selama perkahwinan kami tak pernah dia mengalah apabila kami bergaduh.. padahal punca pergaduhan dari dia.. dia akan beri seminggu sekali itupun dalam keadaan terpaksa.. dia cop saya gila s€x kalau lebih dari itu..
dan dia tak mahu lebih dari itu.. saya pelik.. nak kata dia penat.. tak.. dia tak memasak.. kami makan luar.. kemas rumah pun tak.. basuh baju pun tak.. saya yang basuh..
kalau saya tak basuh memang menggunung la pakaian kat dapur..saya yg sidai pakain.. nak kata saya nie tak bertanggungjawab tak jugak.. saya sediakan tempat tinggal selesa kelengkapan rumah serba serbi langkap pengasuh bill apa semua saya yang bayar..
dia hanya bayar duit kereta dia sahaja.. tak pernah saya sentuh langsung duit dia. Kelengkapan rumah sedia sy lengkapkan.. baru baru ini saya ada ajukan kepejabat agama islam untuk saya dikunseling.
Atas dasar pkp so pejabat agama islam kunseling melalui panggilan telefon.. pej agama kata cuba semak balik pergaulan isteri.. sama ada ada orang ketiga atau tidak. bila saya semak tak ada yang mencurigakan pun.. kawan kawan kerja whsp tu ada tapi yang biasa saja..
Paling buat saya terkilan bila dia kerap suruh saya langgan pel4cvr supaya saya tidak menyentuh dia.. sedih.. sy sangat sedih dia cakap bergitu.. Dalam masa yang sama saya masih harapkan isteri saya berubah dia ada dalam grop ini.. mudahan dia baca..
dan dalam masa yang sama sy sangat sayangkan anak saya.. sy tak sanggup utk lihat anak saya membesar dengan ibu bapanya duduk lain bumbung (penceraian).. perkara ini sangat memberi tekanan kepada saya.. perlukah saya pertahankan perkahwinan ini atau tidak??