Ceritanya aku wife no dua Madu aku baik sangat min tapi kadang2 madu aku ada dengki sikit kat aku

Salam min, hide yer profile ni.. aku nak kongsi citer aku dengan kakak dan abang bawang kat page ni, first aku tak mintak abang or kakak kecam aku

Ceritanya aku wife no dua Madu aku baik sangat min tapi kadang2 madu aku ada dengki sikit kat aku. Yang jadi masalah mak dan pak mtua aku min, Sebab dia aku tinggl laki aku,

Sebab dia laki aku ada tak betol sekarang, laki aku di sahkan gangguan ment4l, citer dia macam ni, Madu aku ni baik, lembut sangat dan aku selalu keluar bersama dengan dia,

dia keje aku Tak keje jaga anak2 kat rumah, ambil anak2 balik sekolah semua aku, masak Kadang dia penat pun aku masak kan, aku Tak kisah..

Aku sayang Madu aku ni, kami bahagia Tuhan je tahu, tapi aku Tak tahu apa yang mak mertua aku cakap kat Madu aku smpai dia cakap aku perempuan j4l4ng, macam2 dia hina aku,

sampai dia dan mak pak mtua aku ugvt kalau aku masih dengan suami, dia akan bawa lari anak2 dan dia nak tinggal kan suami aku tanpa sebarang berita, aku dulu min memang Bukan orang2 baik,

Orang muda rambut karat biasa, tapi tu dulu dan mak pak mertua aku memang benci sangat kat aku, sampai aku hantar lauk kat rumah dia pun dia buang depan mata aku aku redha aku Terima aku cuba jadi sebaik menantu,

dari aku kawen sampai la lani dia duk cakap aku perempuan j4l4ng rampas laki orang aku ambil keputusan tinggal kan laki aku dengan harapan fmly mertua dan Madu aku bhagia, tapi salah sama skli.

laki aku jadi tekanan perasaan, ingat kat aku dan anak2, perlu kan aku sampai la dia sekarang jadi gil4. laki aku pernah cakap yang aku orang pertama dia sayang, dia kawen dengan Madu aku Sebab mak bapak dia yang suruh,

tapi aku diam sikit tak masuk apa yang dia cakap, semalam mak mtua aku call cakap bekas laki aku dah teruk, aku pergi hospital min, dia dah Tak kenal aku dia pegang bahu aku cakap (nama aku) kenape tinggal kan dia,

sambil nangis, kenape Tak tunggu abg balik kerja? Knape tak balik? Mak dan pak mertua aku cakap, setiap orang datang tengok dia, tu jelah ayat dia aku cakap aku dah balik dia gelak je min Sekarang mak pak mertua aku merayu untuk aku balik pada suami aku,

dia cakap nak anak dia sihat macam dulu.. aku nak tanya kakak2 kat sini, perlu ke aku balik? Aku memang sayang suami aku, sejak berpisah langsung tak terlintas cari pengganti dia, please la jangan masuk campur hal rumah tangga anak2, kesian anak2 termasuk aku yang Jadi mangsa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *